Aksi Dummy Lacazette Merupakan Yang Terhebat Sepanjang Zaman

Alexandre Lacazette telah melakukan salah satu dummies yang terhebat dalam sejarah bola sepak dunia ketika aksi perlawanan Arsenal menentang Brighton dalam saingan premier league.

Dani Ceballos memilih untuk menghantar bola kepada Bukayo Saka atas kebijaksanaan helah luar biasa dari Lacazette yang membuat dummies melepaskan bola sambil berbaring atas padang.

Lacazette ketika itu terbaring dan tidak menghadap bola, tetapi dengan kepakaran dan deria yang hebat, beliau berjaya mengangkat kakinya tepat pada waktu bola melalui celahan kangkangnya untuk sampai ke kaki Saka.

Antara detik terbaik dalam perlawanan itu yang mungkin ramai tidak perasan dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa dummies itu merupakan yang terhebat sepanjang zaman.

“Saya menonton aksi itu lebih dari 10 kali dan saya masih tidak tahu macam mana dia boleh mengangkat kakinya tepat pada waktu dengan ruang yang cukup untuk bola itu melepasinya.”

“Sungguh luar biasa, adakah dia sudah mempraktikkan perkara itu sejak dalam sesi latihan?”

“Tidak syak lagi, ini adalah dummy terbaik sepanjang zaman.”

Antara puji pujian yang dilemparkan oleh para peminat apabila melihat aksi dummy menarik yang dilakukan oleh Lacazette.

Tetapi sayangnya dummy yang begitu cantik dan mantap tidak membantu untuk mengubah keputusan perlawanan yang mana Arsenal tewas 2-1 kepada Brighton dalam perlawanan tersebut.

Skuad kendalian Mikel Arteta telah tewas dalam dua perlawanan awal saingan liga yang telah bersambung kembali selepas digantung hampir tiga bulan.

Perlawanan pembukaan semula saingan premier league telah menemukan Arsenal dengan Manchester City dan the Gunner’s tewas 3-0 dalam perlawanan tersebut kepada the citizens.

Kebanyakkan peminat pasukan Arsenal kecewa dengan kekalahan berganda mereka dan mempertikaikan keputusan Mikel Arteta yang mengetepikan Ozil dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Tanpa Ozil, Arsenal tewas 3-0 kepada Manchester City dan bercakap selepas perlawanan, Arteta menjelaskan keputusannya mengetepikan Ozil dari senarai penuh skuad the Gunners ke Etihad.

“Ianya berpunca dari perubahan taktikal yang saya mahukan.”

Jelas Arteta kepada wartawan selepas pasukannya tewas dalam perlawanan tersebut.

“Saya cuma akan memilih pemain mengikut waktu yang kami semua pegawai bertugas percaya pemain itu boleh bermain dengan sangat baik dan itu saja.”

“Semuanya menjadi tidak kena bermula dari minit pertama permainan lagi. Setiap kebarangkalian insiden berlaku tidak seperti dirancang dan kami sendiri tidak pernah meminta kejadian seperti itu terjadi.”

“Sekiranya ada pemain yang mengalami kecederaan otot, mungkin ya, tetapi kali ini saya tak rasa ianya seperti itu.”

“Mereka awalnya cergas dan cuma mengalami kecederaan ketika sudah beraksi, jadi kami tentunya tidak bersedia dengan segala kejadian itu.”

Jelas Arteta berkenaan pemain yang mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut.

Arsenal kini berada di kedudukan kesepuluh dalam saingan liga dengan mengutip 40 mata dan mempunyai baki lapan lagi perlawanan untuk saingan musim ini.

Jadi peluang untuk mereka layak ke saingan Eropah musim hadapan agak sukar memandangkan jarak mata yang semakin ketinggalan.

BACA:  Peminat Kecewa Melihat Ozil Dan Lacazette Sekadar Berpayung Menonton Perlawanan