Aksi dungu penjaga gol terhebat di alam semesta, Alisson Becker yang dilengkapkan lagi dengan aksi boleh tahan tolol Virgil Van Dijk telah membantu Arsenal menewaskan Liverpool untuk membuka peluang perebutan kejuaraan Liga Perdana.
Arsenal yang lemah dan lembik menang 3-1 di Stadium Emirates dan merupakan pasukan yang lebih baik pada malam itu. Kalah pun masih lagi top on the table.
Liverpool berada di tangga teratas saingan Liga Perdana dan berpeluang melonjak lapan mata di atas lawan mereka, tetapi kini pasukan Jurgen Klopp mempunyai kelebihan hanya dua mata.
Di sebalik keunggulan Arsenal, pasukan kendalian Mikel Arteta menikmati nasib yang agak menyebelahi mereka kali ini dalam perjalanan mereka menuju kemenangan.
HUGE MISTAKE IN THE BACK FROM ALISSON AND VAN DIJK AND MARTINELLI TAKES ADVANTAGE! π³ pic.twitter.com/VqgjDkv7j7
β ESPN FC (@ESPNFC) February 4, 2024
Arsenal mendahului separuh masa pertama apabila Bukayo Saka merembat deras selepas percubaan Kai Havertz ditampan Alisson Becker namun bola sampai ke kakinya.
Liverpool menyamakan kedudukan dengan bantuan nasib apabila bola melencong ke gawag selepas terkena tangan Gabriel Magalhaes yang gagal diselamatkan David Raya dan William Saliba dengan lebih awal.
Awal separuh masa kedua Liverpool seperti kembali ke dalam permainan, tetapi kedunguan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker membolehkan Arsenal mendahului semula.
Semua berpunca dari hantaran gelembung buaya yang terus dikejar Martinelli dan Van Dijk menjadi gelabah lalu mempamerkan aksi dungu seperti anjing laut mengejar bola serta kehilangan punca. Tak tentu arah jadinya.
Alisson dengan dungu juga telah keluar menonong untuk mengeluarkan bola dengan tendangan namun terhalang dengan Van Dijk. Bola berhenti di kaki Martinelli dengan gawang terbuka dan satu tolakan mudah cukup untuk gol kedua.
Melihat keputusan ini pastinya Manchester City tersenyum lebar apabila bermain kurang dua perlawanan dan jika menang kedua-dua perlawanan ini maka City akan mendominasi carta Premier League dengan kelebihan satu mata.
Kekalahan ini juga telah menjadikannya peluang Arsenal untuk merebut gelaran juara lebih besar dan menjadi saingan tiga penjuru.
Jika anda penyokong Liverpool dan tidak kuat, mudah koyak, anda disarankan hentikan bacaan anda setakat ini sahaja demi kebahagiaan bersama.
Arsenal 3-1 Liverpool
Arsenal yang lemah dan lembik tidak lagi bangang seperti sebelum ini apabila sudah pandai menjaringkan gol ketika menentang Liverpool dan bukan setakat mencipta peluang seperti biasa dan hasilnya tiga mata.
Perlawanan tumpuan minggu ini pastinya pertembungan antara Arsenal dan Liverpool di stadium Emirates yang merupakan pertemuan kedua Premier League bagi musim 2023/24 di mana perlawanan pertama berakhir dengan seri 1-1.
Cukup rencah perlawanan ini yang sememangnya layak dimenangi Arsenal, diadun dengan kebodohan pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk dan kedunguan Penjaga gol terhebat dunia, Alisson Becker serta kad merah.
Pada awal tahun 2024, Liverpool telah menunjukkan Arsenal jalan keluar dari saingan Piala FA dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan yang sepatutnya dimenangi Mikel Artera dan anak buahnya namun deretan peluang keemasan dibazirkan.
ππ«π¬ππ§ππ₯ π-π ππ’π―ππ«π©π¨π¨π₯: Opta Stats Review π
Arsenal's xG total of 3.52 was the highest faced by Liverpool in a Premier League game on record. π²
We look back at today's clash, which has opened up the Premier League title race once again.#ARSLIV #AFC #LFC
β Opta Analyst (@OptaAnalyst) February 4, 2024
Skrip sama diulangi Arsenal dalam perlawanan berlangsung di Stadium Emirates apabila tampak garang dengan terus menekan Liverpool dari awal permainan lagi, sepertinya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.
Bukayo Saka terlepas peluang terbaik apabila gagal menanduk hantaran lintang cantik Gabriel Martinelli selepas dikawal ketat oleh Joe Gomez.
Pada minit ke-14, Martin Odegaard melakukan satu lorongan dan hantaran sangat genius membelah pertahanan Liverpool disusuli larian bijak Kai Havertz untuk situasi satu lawan satu berdepan Alisson Becker.
Penjaga gol terhebat di alam semesta berjaya menafikan peluang keemasan Kai Havertz dengan hadangan berkelas dunia, malangnya bola tiba di kaki Bukayo Saka yang terus melakukan rembatan kencang ke gawang terbuka.
24 goal contributions in 30 games across all competitions this season ππ
Bukayo Saka. That's it, that's the tweet. pic.twitter.com/YEf9gN0T4R
β Football on TNT Sports (@footballontnt) February 4, 2024
Permainan terus menjadi milik Arsenal yang terus membazirkan peluang untuk meraih kedudukkan lebih selesa. Trent Arlexander Arnold gagal untuk mengekang Gabriel Martinelli yang lain macam liarnya.
Selepas itu Liverpool perlahan-lahan mula mengimbangi rentak Arsenal dan menguasia peratusan penguasaan perlawanan tetapi tidak dari segi percubaan.
Sepanjang 45 minit pertama Liverpool hanya melakukan dua percubaan tanpa sebarang percubaam tepat berbanding Arsenal hadir dengan 6 percubaan dengan 4 percubaan tepat dihasilkan.
Di masa kecederaan akhirnya Arsenal dihukum kerana tidak mahu memanfaatkan peluang walaupun Ibrahima Konate dan Virgil Van Dijk barai teruk, lambungan Cody Gakpo berjaya menemui Luis Diaz, William Saliba terkemut-kemut untuk melindungi bola.
Bukayo Saka against the Premier League big six:
β½οΈβ½οΈβ½οΈπ °οΈπ °οΈ vs. Man Utd
β½οΈβ½οΈπ °οΈπ °οΈ vs. Spurs
β½οΈβ½οΈπ °οΈπ °οΈ vs. Chelsea
β½οΈβ½οΈβ½οΈ vs. Liverpool
β½οΈβ½οΈ vs. Man Cityππ’π π ππ¦π π©π₯ππ²ππ« π€© pic.twitter.com/kgLO7Bzlx3
β Football on TNT Sports (@footballontnt) February 4, 2024
Diaz rebah namun sempat menendang bola yang terkena tangan Gabriel Maghalaes lalu bola tertampan ke gawang sendiri untuk gol sendiri sebelum berhenti rehat. Liverpool masih tanpa percubaan tepat tapi mempunyai satu gol.
Bersambung permainan Liverpool terus garang dengan menhadirkan bahaya, percubaan Diaz berjaya dihadang Ben White. Kemudian Alexis Mac Alisster pula mencuba dengan rembatan jarak jauh yang sedikit tersasar.
Curtis Jones pula datang dengan percubaan lencong. Kurang tiga minit tiga percubaan bahaya dihadirkan Liverpool yang pastinya memberi tekanan kepada Arsenal.
5 β Gabriel Martinelli has scored five goals against Liverpool, his joint-most vs a single side for Arsenal (level with Crystal Palace). In addition, no player has been directly involved in more league goals against them since the start of last term (3 goals, 2 assists). Impact. pic.twitter.com/vIdZCbawNt
β OptaJoe (@OptaJoe) February 4, 2024
Minit ke-53, akhirnya Arsenal membalas melalui percubaan Odegaard yang sipi-sipi ke tepi tiang untuk sepakan penjuru pertama mereka dalam perlawanan ini.
Arsenal kembali meneutralkan kegarangan Liverpool dan pada minit ke-67, Gabriel Martinelli meletakkan Arsenal kembali di depan selepas Virgil Van Dijk melakukan aksi dungu.
Semua berpunca dari hantaran gelembung buaya yang terus dikejar Martinelli dan Van Dijk menjadi gelabah lalu mempamerkan aksi dungu. Alisson keluar untuk mengeluarkan bola namun terhalang dengan Vam Dijk. Bola di kaki Martinelli dengan gawang terbuka dan satu tolakan mudah cukup untuk gol kedua.
2 β Arsenal have won two of their four Premier League games against teams starting the day top of the table under Mikel Arteta (both wins against Liverpool), as many victories as they had in their previous 17 such matches prior to the Spaniardβs arrival (D4 L11). Competitors. pic.twitter.com/0uqEqzjA4m
β OptaJoe (@OptaJoe) February 4, 2024
Arsenal semakin yakin, Martinelli dan Saka dikeluarkan Lenadro Trossard dan Reiss Nelson masuk. Dengan lima minit berbaki tiada tanda dari Liverpool untuk bangkit.
Situasi bertambah buruk selepasIbrahima Konate mengutip kad kuning kedua membawa kepada kad merah selepas mengasari Kai Havertz dan Arsenal pastinya tidak akan membazirkan peluang untuk tiga mata.
Arsenal terus membunuh perlawanan dengan gol ketiga dari Trossard yang melakukan larian solo dari kiri dan meletakkan bola ke celah kangkang Alisson. Memalukan.
Pengadil meniup wisel penamat untuk kemenangan kepada Arsenal.
Kesebelasan Utama Arsenal vs Liverpool
Arsenal (possible 4-2-1-3) Raya; White, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Jorginho, Rice; Odegaard; Saka, Havertz, Martinelli.
Simpanan: Ramsdale, Smith Rowe, Nketiah, Kiwior, Cedric, Trossard, Nelson, Elneny, Walters.
Liverpool (possible 4-1-2-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Gomez; Gravenberch, Mac Allister, Jones; Gakpo, Jota, Diaz.
Simpanan: Thiago, Nunez, Adrian, Elliott, Robertson, Clark, McConnell, Kelleher, Quansah.
Pengadil: Anthony Taylor (Cheshire).