Aksi Gila Fred, Pijak Kaki De Gea Hingga Rebah Bolehkan Arsenal Jaring Gol Pendahuluan

Pemain kesayangan peminat Manchester United, Fred buat hal lagi dengan aksi gila dan tidak masuk akal apabila Fred entah dirasuk apa ntah telah memijak kaki David De Gea.

Pemain terbaik Manchester United bulan November itu terus rebah digawang dengan meninggalkan gawang yang terbuka luas ketika permainan masih berlangsung.

Kejadian tidak masuk akal ni terjadi dalam perlawanan Manchester United menentang Arsenal.

Dalam perlawanan ini Manchester United bermain dengan memulakan gerakan dari bawah namun tidak mampu merencakan serangan akibat pressing dari pemain Arsenal.

Scott McTominay dan Fred yang sepatutnya menjadi penghubung dan menerima bola dari Harry Maguire tidak membuka ruang dan hanya berada dibelakang pemain Arsenal.

Cristiano Ronaldo mendapat peluang terbaik selepas 10 minit dan mempunyai pilihan menghantar bola namun Ronaldo memilih membuat rembatan yang sangat teruk.

Akhirnya Arsenal berjaya berada dihadapan dengan satu kejadian antara yang teraneh dalam bola sepak.

Emile Smith Rowe berjaya menjaringkan gol pembukaan namun tidak dikira oleh pengadil kerana David De Gea terlebih dahulu rebah. Fred ke pijak kaki De Gea?

Selepas dirujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) tiada kecurangan dari pemain Arsenal ke atas David De Gea dan Fred yang disayangi yang memijak kaki member sendiri.

VAR mengesahkan jaringan dari Emile Smith Rowe untuk gol pembukaan perlawanan dan gol itu dikira kerana bola masuk sebelum pengadil menghentikan perlawanan.

Sungguh kelakar, gila dan bodoh tindakan dari Fred ini. Sehingga tamat separuh masa pertama Fred kembali menjadi Fred dengan hantaran yang bersepah ke laut.

Tugas Fred sepatutnya menghubungkan gerakan dari bawah ke bahagian serangan diputuskan begitu sahaja dan Scot McTominay turut senada dan menjadi Fred nombor 2 dalam perlawanan di separuh masa pertama.

Dah pijak kaki David De Gea sampai rebah dan gol terhasil masih tak nak mengaku ke Fred?

Fred menebus perlakuan tidak masuk akalnya apabila mencipta bantuan gol untuk Bruno Fernandes menjaringkan gol penyamaan dipenghujung perlawanan.

Fred Melakukan Aksi Kelakar Tak Masuk Akal

Chelsea dan Manchester United berkongsi dan bertanding untuk membuktikan siapa lebih kelakar dalam pertembungan Liga Perdana di Stamford Bridge yang menyaksikan keputusan seri terhasil.

Walaupun menguasai 45 minit pembukaan, Chelsea tidak dapat memecah kebuntuan dan kedua-dua pasukan hanya dapat menjaringkan gol pada separuh masa dan berkongsi mata sehingga tamat perlawanan.

Manchester United yang bermain tanpa pedoman telah menjaringkan gol pembukaan permainan lima minit selepas separuh masa.

Sentuhan pertama yang sangat buruk oleh Jorginho membuatkan Jadon Sancho datang merampas dan pemain Inggeris itu tidak membuat kesilapan dalam situasi satu lawan satu dengan Edouard Mendy.

Jorginho menebus kekelakarannya dengan gol penyamaan melalui sepakan penalti 18 minit kemudian selepas Aaron Wan Bissaka merembat Thiago Silva.

Dipenghujung permainan Fred berpeluang untuk menjaringkan gol penyamaan ketika Edouard Mendy yang terkenal dengan kecemerlangannya membuat kelakar menghantar bola kepada Fred.

Banyak pilihan yang dipunyai oleh Fred ketika itu yang hanya berdepan dengan Edouard Mendy juga dalam situasi satu lawan satu dengan jarak yang agak jauh.

Fred terlalu lambat untuk membuat keputusan dan memilih untuk membuat kelakar yang tidak masuk akal dengan melambung bola menghantar semula kepada Mendy.

Pada ketika itu Fred mempunyai pilihan untuk terus merembat kencang atau melakukan chip atau menghantar bola kepada Jesse Lingard atau Cristiano Ronaldo.

Kerana terlalu lambat membuat keputusan dan mungkin Fred mati akal maka dilambungkan bola kepada Mendy yang sudah kembali ke gawang.

Percubaan Fred itu lebih kepada memberi kembali bola kepada Mendy. Sangat harmoni dan fair play sikap yang dipamerkan oleh Fred.

Jika tidak menghasilkan gol sekalipun banyak lagi pilihan dan Fred mempunyai masa dan ruang yang secukupnya untuk menyudahkan peluang percuma itu dengan baik.

Dalam perlawanan menentang Chelsea Fred tidaklah bermain terlalu teruk dan agak bagus berbanding sebelum-sebelum ini, tapi kegagalan ini menjadikan Fred terus dibenci.

Itulah Fred kesayangan Ole suatu ketika dahulu, Fred sepanjang musim ini sering menjadi mangsa makian para penyokong, selepas beliau senantiasa mempamerkan aksi dungu setiap kali diturunkan untuk bermain.

Pemain kebangsaan Brazil itu jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, namun sebelum ini Solskjaer tidak pernah meragui kemampuan pemainnya itu, dan sentiasa menyediakan tempat untuknya dalam kesebelasan utama skuad.

Dengan permainan tanpa pedoman jelas, Fred yang kegemarannya melakukan hantaran kebelakang kerap kali berada pada posisi yang salah dan tidak masuk akal.

Di atas kertas Fred berperanan sebagai pemain tengah bertahan tetapi tidak jelas apa posisinya di padang yang langsung tidak membantu ketika bertahan dan menyerang.

Fred sepatutnya menjadi pelindung kepada bahagian pertahanan namun kerap menyusahkan pertahanan dengan hantaran kebekalang dan tidak berfungsi sebagai penghubung atau perantara dengan jentera serangan.

Sebelum ini, Roy Keane sangat marah apabila Ole terus menerus memberi kepercayaan kepada Fred untuk bermain dalam kesebelasan utama United.

Keane menyatakan andai Solskjaer berjalan masuk ke studio Sky Sports selepas tamat perlawanan tersebut, beliau sudah tentu akan mencekak leher pengurus United itu, dan tanya padanya, ‘Kenapa terus mainkan Fred’.

Legenda setan merah itu jelas sekali begitu terkesan dan kecewa melihat persembahan Fred dan beliau turut merasakan pemain midfield Brazil itu tak sepatutnya berada di atas padang.

Bersama pasukan Brazil tidak dapat dinafikan Fred bermain dengan baik dan telah membantu Brazil mara ke Piala Dunia malah pernah menjadi pemain terbaik perlawanan.

Namun ketika beraksi bersama Manchester United yang mungkin berada bukan pada posisinya yang terbaik sebagai pivot berganda bersama Scot McTominay menjadikan Fred huru-hara.

Bekas legenda Arsenal, Martin Keown senada dengan pendapat penyokong bola sepak yang lain bahawa Fred tidak mempunyai set kemahiran yang cukup untuk menjadi seekor pivot.

Fred bukanlah seorang pemain yang teruk tetapi terus meletakkan Fred sebagai pemain tengah bertahan sejak musim lalu menjadikan Fred semakin teruk saban perlawanan.

Chelsea 1-1 Manchester United

Manchester United terus mencari calon pengurus interim mereka dan Ralf Rangnick yang mendapat jolokan The Godfather of German Football dan bapa gegenpressing sudah bersetuju untuk menyertai Setan Merah.

Nama Ralf Rangnick yang berbakti bersama Lokomotiv Moscow sebagai Pengarah Sukan dan Pembangunan kini menjadi sebutan dan kehebatan serta falsafah bola beliau menjadi igauan ramai.

Berita mengenai cara permainan yang bakal diterapkan Ralf Rangnick rancak dibicarakan dan pemain yang bakal dibeli juga antara topik hangat untuk dibualkan.

Ralf Rangnick hanya akan menjadi pengurus interim selama 6 bulan sehingga penghujung musim dan akan dilantik menjadi perunding kelab selama dua tahun selepas itu.

Itulah yang telah dilaporkan media dan setakat ini sebelum perlawanan menentang Chelsea belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Man Utd mengesahkan Rangnick akan menjadi pengurus interim.

Kejutan telah dilakukan Michael Carrick sejam sebelum perlawanan apabila barisan kesebelasan utama yang dikeluarkan untuk menentang Chelsea sangat mengejutkan.

Cristiano Ronaldo diletakkan dibangku simpanan bersama Phil Jones yang lama menghilang, tujuh pemain mentaliti bertahan diturunkan dengan tiga penyerang sahaja.

Scott McTominay, Nemanja Matic dan Fred membentuk triple pivot? Hanya Bruno Fernandes, Jadon Sancho dan Marcus Rashford berada di depan.

Perlawanan ini nyata menjadi milik Chelsea sepenuhnya dari awal permainan lagi lantaran Manchester United turun hanya untuk bermain bertahan gila-gila.

Hakim Ziyech terlebih dahulu mencuba dengan satu rembatan yang terbias sedikit kaki Victor Lindelof namun berjaya didakap kemas David De Gea.

Callum Hudson Odoi pula datang selepas Aaron Wan Bissaka terlepas bola dan Victor Lindelof mudah diperdaya dan sekali lagi De Gea menjadi penghalang.

Mujurlah Callum Hudson Odoi tidak menghantar bola kepada Timo Werner yang bebas tidak dikawal. Hantar pun tak gol kan?

Kesian Eduoard Mendy apabila wajahnya sangat jarang muncul dalam siaran langsung ini dan hanya muncul ketika hantaran kebelakang dilakukan itu pun sangat jarang.

Chelsea berterusan menekan dan menekan dan Manchester United agak bacul untuk cuba menyerang, bawa bola ke final third dan hilang begitu saja.

Selepas 20 minit barulah bola percubaan Manchester United masuk dalam kotak Chlesea itupun dari percubaan jarak jauh mengarut Bruno Fernandes.

Peluang terbaik Chelsea hadir pada minit ke-30 melalui Antonio Rudiger dengan satu percubaan jauh yang terkena palang.

Callum Hudson Odoi datang mencuba lagi, lemah sangat rembatannya, mudah untuk De Gea. Perlawanan yang agak hambar ini berakhir tanpa sebarang jaringan untuk tempoh 45 minit pertama.

First touch yang menakutkan dari Jorginho mengundang padah apabila clearance Bruno Fernandes dari kawasan sendiri gagal ditahan dengan kemas.

Jadon Sancho segera mengambil peluang merampas bola dan melakukan satu larian deras dengan Marcus Rashford datang menyokong disebelah kiri.

Jorginho pemain terakhir dibelakang dan menyebabkan Eduoard Mendy berdepan dengan situasi dua lawan satu, mudah buat Sanco meletakkan Setan Merah di depan.

Pada minit ke-64, Jadon Sancho telah dikeluarkan dan Cristiano Siu Ronaldo dimasukkan. Tak pasti samada perlukan yang tepat atau tidak.

Anthony Taylor telah menghadiahkan penalti kepada Chelsea selepas Aaaron Wan Bissaka telah merembat dan menyapu kaki Thiago Silva ketika mahu melakukan clearance.

Video Assistant Referee (VAR) mengesahkan itu adalah penalti. Jorginho mengambil tanggungjawab membuat sepakan untuk menebus kesilapan silam.

Mudah buat buat Jorginho Jorginho meletakkan bola ke gawang dengan menghantar De Gea ke arah yang salah.

Jesse Lingard dimasukkan menggantikan Marcus Rashford dan permainan berterusan bosan dengan Chelsea menguasai perlawanan.

Manchester United terus berkampung dikawasan sendiri dan Chelsea terus buta kayu.

Berbaki tiga minit permainan Donny Van De Beek dimasukkan menggantikan Bruno Fernandes. Kemudian McTominay mengalami kecederaan terkena rembatan di muka.

Fred mempamerkan aksi luar biasa dengan satu percubaan yang sangat padu membuatkan rakan sepasukan tercengang termasuklah pemain Chelsea.

Permainan diteruskan dengan masa kecederaan 5 minit diberikan Antonio Rudiger memperoleh peluang terbaik namun percubaannya jauh dari palang.

Keputusan berakhirnya dengan keputusan seri menyaksikan Chelsea selaku pendahulu liga kehilangan mata berharga kepada pasukan yang sepatutnya menjadi lubuk mata

Timo Werner merupakan pemain paling banyak melakukan percubaan dengan lima rembatan namun tidak mampu diterjemah dengan jaringan. Kaki bangku.

Chelsea (3-4-2-1) Mendy; Chalobah, Thiago, Rudiger; James, Loftus-Cheek, Jorginho, Alonso; Ziyech, Hudson-Odoi; Werner.

Pemain Simpanan: Arrizabalaga, Christensen, Lukaku, Azpilicueta, Barkley, Mount, Saul, Pulisic, Havertz.

Man Utd (possible 4-3-3) de Gea; Wan-Bissaka, Bailly, Lindelof, Telles; McTominay, Matic, Fred; Sancho, Fernandes, Rashford.

Pemain Simpanan: Henderson, Jones, Dalot, Mata, Lingard, van de Beek, Ronaldo, Martial, Greenwood.

Pengadil perlawanan: Anthony Taylor.

BACA:  Sheikh Jassim Mahu Solskjaer Kembali Ke Old Trafford Jika Berjaya Ambil Alih Man Utd