Aksi Gol Sundulan Dengan Lompatan Super Human Cristiano Ronaldo

Pemain yang berstatus veteran, Cristiano Ronaldo telah melakukan aksi luar biasa yang bertaraf super human apabila melakukan lompatan yang tinggi untuk melakukan sundulan.

Aksi menakjubkan Ronaldo itu telah dilakukan dalam perlawanan Juventus menentang Sampdoria di Serie A dan lebih manis itu merupakan gol kemenangan.

Jaringan itu telah membolehkan Juventus kembali ke puncak Serie A.

Cristiano Ronaldo telah melonjak begitu tinggi ke udara untuk menanduk masuk lambungan sesedap rasa Alex Sandro sebelum tamat separuh masa pertama.

Daripada kiraan yang dilakukan, Ronaldo telah membuat lompatan setinggi 0.71 meter ke udara dan menemui bola yang berada di ketinggian 2.56 meter.

Pertemuan bola dan Ronaldo diudara telah menghasilkan satu sundulan padu yang tidak mampu diselamatkan penjaga gol.

Ini merupakan gol ke-10 Ronaldo untuk Juventus dalam 14 perlawanan musim ini. Gol kelima dalam enam perlawanan terakhir.

Kesakitan lutut yang dialami Ronaldo sejak sebulan lalu nyatat tidak memberi kesan kepada pemain itu untuk melompat sebegitu tinggi.

“Macam aku cakap sebelum ni, lutut aku ada rasa kesakitan sebulan yang lalu, tetapi sekarang, aku OK dan aku mahu bantu Juventus menang piala.”

Pengurus Sampdoria nyata teruja dan terkejut dengan perlakuan Ronaldo itu.

“Ronaldo melakukan sesuatu yang hanya boleh dilihat dalam NBA. Kau hanya mampu ucap tahniah dan meneruskan hidup.”

Ketika menyertai Juventus, secara biologinya badan Ronaldo baru berusia 23 tahun dan kini baru saja memasuk 24 tahun.

Jadi apa yang dilakukan Ronaldo secara biologinya bukan sesuatu yang luar biasa.

Baca Juga

Baca Juga