Aksi Kekalahan Bertemu Liverpool Bakal Menjadi Aksi Terakhir Pogba Bersama Manchester United

Aksi bertemu Liverpool kemarin sepertinya bakal menjadi aksi terakhir Paul Pogba bersama Manchester United.

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick sendiri telah mendedahkan yang pemain midfield beliau itu sepertinya tidak akan bermain lagi sehingga akhir musim ini nanti.

Pogba terpaksa dikeluarkan ketika aksi kekalahan memalukan bertemu Liverpool kemarin selepas beliau dikatakan mengalami masalah kecederaan betis.

Pemain kebangsaan Perancis itu pada ketika ini diletakkan dalam senarai pemain yang akan diketepikan untuk aksi bertemu Arsenal dan Chelsea selepas ini.

Namun kini, ketika sidang media pada hari Jumaat lalu, Ralf Rangnick mendedahkan yang Paul Pogba terpaksa diketepikan dengan doktor kelab percaya beliau memerlukan masa sehingga empat minggu untuk kembali pulih.

“Doktor kelab memberitahu saya yang dia sekurang-kurangnya memerlukan empat minggu untuk recover dan perlawanan terakhir adalah pada Mei nanti.”

Jelas Ralf Rangnick kepada media.

“Saya tak rasa akan ada kemungkinan dia bakal turun bermain lagi.”

Jika ramalan dari doktor benar, maka jelas sekali aksi kekalahan memalukan bertemu Liverpool itu bakal menjadi perlawanan terakhir Paul Pogba bersama Manchester United.

Kontrak beliau akan tamat pada penghujung musim ini dengan Paul Pogba langsung tak menunjukkan tanda-tanda yang beliau mahu menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Sebaik Paul Pogba digantikan oleh Jesse Lingard, Gary Neville dengan segera menyatakan bahawa:

“Seandainya kecederaan itu memerlukan masa berminggu-minggu, maka itu berkemungkinan minit terakhir Paul Pogba menyarung jersi Manchester United.”

Sebelum ini hangat dikatakan yang Paul Pogba akan bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Manchester United.

Walau bagaimanapun, layanan yang beliau terima dari penyokong sendiri ketika aksi kemenangan 3-2 bertemu Norwich City menyebabkan Paul Pogba mengubah keputusannya.

Pogba dikatakan benar-benar terkesan dengan hal tersebut dan kerana itulah beliau tidak mahu lagi terus menyarung jersi Manchester United.

Bukan hanya kena boo, Paul Pogba turut dimaki, dicaci, dan dihina oleh para penyokong Manchester United di Old Trafford pada ketika itu.

Beliau bahkan turut menganjing semula para penyokong yang mencemuh beliau dengan menunjukkan isyarat menganjing ala Hulk Hogan.

Pogba sepanjang kariernya di Old Trafford, beliau telah membuat 229 penampilan bersama Manchester United dan turut menjaringkan 39 gol.

Manchester United menandatangani beliau dari Juventus dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £89 juta.

Paul Pogba juga berjaya membantu Manchester United menjulang Carabao Cup dan Europa League ketika musim pertamanya bersama Man United.

Masih tidak jelas ke mana arah tuju beliau selepas ini dengan Paul Pogba sebenarnya telah dikaitkan dengan pelbagai kelab selepas beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Beliau pernah dikaitkan bakal menyertai Real Madrid, Paris Saint Germain, Barcelona dan terbaru beliau juga turut dikaitkan bakal menyertai Newcastle United.

Selain dari kesemua kelab itu, Paul Pogba turut dikaitkan dengan bakal kembali ke Turin dengan Juventus sangat berminat mahu menyambut kepulangan semula beliau.

Masih tidak jelas ke mana destinasi pilihan Pogba selepas ini, namun satu hal yang pasti, beliau akan meninggalkan kelab pada penghujung musim ini selepas kontraknya tamat.

Para peminat Manchester United sendiri sepertinya tiada masalah kehilangan Paul Pogba dek kerana rata-rata dari mereka sememangnya tidak berminat dengan bintang Perancis itu.

Kebarangkalian beliau akan tandatangani kontrak baru di saat-saat akhir juga berpotensi untuk berlaku dek kerana Man Utd sendiri sehingga kini masih berusaha untuk memujuk beliau.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Aksi Penjaga Gol Paul Pogba Bantu Antonio Jana Hampir RM1.4 Juta