Aksi Kelakar Pertahanan Manchester United dan Harry Maguire Hadiahkan Liverpool Empat Gol

Seawal minit kelima Liverpool sudah dihadapan hasil jaringan mudah dan sangat menganjing dari Naby Keita selepas menyempurnakan hantaran bersahaja Mohamed Salah.

Entah apa yang terjadi kepada pertahanan Machester United, Aaron Wan-Bissaka, Victor Lindelof dan Harry Maguire ke laut, hanya Luke Shaw berdepan dengan Mohamed Salah.

Tindakan Luke Shaw yang sedikit lambat naik menyebabkan Salah tidak offside dan mudah menghantar bola kepada Naby Keita.

Mohamed Salah mencuba dengan satu rembatan namun tersasar. Manchester United kembali membalas dengan satu rembatan kencang juga sipi-sipi tersasar ke sebelah kiri gawang.

Kesilapan Harry Maguire yang melanggar Luke Shaw menyebabkan Naby Keita terlepas dan menghantar bola terus kepada Trent Alexander Arnold yang berada di kanan.

Trent Alexander Arnold terus menghantar hantaran rendah ke dalam kotak penalti yang pantas disambar oleh Diogo Jota untuk gol kedua.

Selepas 14 minit, Manchester United sudah ketinggalan dua gol.

Pada minit ke-24 perlawanan dihentikan kerana pemain veteran, James Milner mengalami kecederaan lalu terus dikeluarkan digantikan dengan Curtis Jones.

Mason Greenwood melakukan satu percubaan menarik selepas memperdayakan Andrew Roberton namun percubaan itu tenang ditepis keluar oleh Allison Becker.

David De Gea melakukan aksi menyelamat yang hebat dalam situasi satu lawan satu dengan Mohamed Salah yang berjaya lolos hasil satu lagi kesilapan pemain sendiri.

Teruk pertahanan Manchester United di ayamkan, Mohamed Salah mencuba berjaya dihadang dan bola sampai kepada Naby Keita yang terus menyuap kepada Salah untuk gol ketiga.

Mohamed Salah menjaringkan gol keempat sebelum tamat separuh masa pertama yang juga berpunca dari kebaraian akibat tidak teraturnya barisan pertahanan Manchester United.

North West Derby berakhir dengan sangat teruk pada separuh masa pertama dengan Setan Merah ketinggalan empat gol. Aksi keras tanda kekoyakkan ditunjukkan dipenghujung separuh masa pertama.

Sejarah Permusuhan Manchester United Dan Liverpool

Permusuhan antara Liverpool dan Manchester bukanlah satu perkara baru, malah telah berlanjutan sejak penghujung abad ke-18 dan ketika itu, pertelingkahan ini lebih kepada perlumbaan ekonomi antara dua bandar yang jaraknya hanyalah kira-kira 56km.

Kau bayangkan pegawai daerah Nilai berlumba dengan pegawai daerah Padang Jawa untuk menaikkan taraf ekonomi daerah masing-masing. Tak ke Padang Jawa tu dah jadi bandaraya sekarang kan?

Sejak tercetusnya revolusi industri persaingan antara dua bandar ini telah mula tercetus, sepanjang abad ke-18 bandar Manchester jauh lebih popular dan menjadi sebutan di bahagian utara dengan industri pembuatan.

Pada penghujung abad ke-18 Liverpool telah membangun dengan pesatnya sebagai pelabuhan utama yang menjadi faktor penting kepada pertumbuhan dan kejayaan kapas di bahagian utara.

Revolusi industri telah menyaksikan kewujudan kilang-kilang yang pesat. Untuk membawa keluar hasil kilang dan membawa masuk barang mentah sudah pasti memerlukan pelabuhan.

Bermula abad ke-19 Liverpool yang terkenal dengan pelabuhan mereka terus berkembang mengatasi kepoweran yang ada pada Manchester sehingga digelar bandar kedua bagi empayar British pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Kemuncak kepada perseteruan yang membawa kepada kebencian Liverpool kepada Manchester dengan wujudnya terusan kapal Manchester (Manchester Ship Canal) pada 1984 yang dibina oleh hasil permuafakatan pedagang Manchester.

Hal ini kerana para pedagang Mancunian tidak senang hati dengan bayaran yang dikenakan kepada mereka untuk mengimport dan mengeksport barang-barang, lantas menyebabkan kenaikan kos operasi perniagaan mereka. Jadi, selaku penjimatan jangka panjang mereka telah membina terusan kapal sendiri.

Selepas terusan kapal Manchester siap dibina pada tahun 1984 ia menjadi terusan kapal terbesar di dunia, sekaligus memberi impak negatif kepada sektor perkapalan dan pelabuhan di Liverpool.

Produk dan hasil dari pembuatan di Manchester kini tidak perlu lagi melalui pelabuhan Liverpool dan banyak kos logistik berjaya dijimatkan.

Kedua-dua bandar tersebut adalah sebahagian dari daerah Lancashire sehingga tahun 1974 apabila berlakunya penguatkuasaan Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1972.

Sejak itu, Liverpool dan Manchester masing-masing mula berjiran sebagai daerah metropolitan yang dikenali sebagai Merseyside dan Greater Manchester.

Permusuhan bola sepak

Persaingan antara kedua bandar ini tidak pernah padam sehingga kini dan membawa kepada persaingan dalam bidang sukan terutamanya bola sepak.

Lantaran sejarah permusuhan yang panjang antara kedua-dua bandar ini maka perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Liverpool telah digelar North West Derby.

Dery dalam bola sepak biasanya digunakan untuk permusuhan antara dua pasukan atau lebih dalam satu bandar namun mungkin kerana dua bandar ini pernah berada dalam daerah yang sama iaitu Lancashire maka isitilah ini boleh diguna pakai.

North West Derby kini menjadi antara derby terbesar dalam dunia bola sepak dan mungkin yang paling besar lantaran kumpulan peminat yang dari seluruh pelusuk dunia yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan.

Secara geografinya, Manchester dan Liverpool berada di bawah bahagian yang sama iaitu North-West of England (Barat Laut England) dan terdapat lapan county dalam bahagian ini, Chesire, Merseyside, Greater Manchester, Cumbria dan Lancashire.

Nak mudahkan pemahaman anda, ringkasan berkenaan bandar-bandar ini adalah seperti berikut:

Liverpool Manchester
Negara United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland
Negeri England
Bahagian Barat Laut England
County Merseyside Great Manchester
Bandar Liverpool Manchester
Kelab bola sepak terkemuka Liverpool, Everton Man United, Man City

Selama tiga dekad, dari than 1960-an sehingga awal 1990-an, Liverpool nyata lebih unggul dan berbanding Manchester United dengan kejuaran demi kejuaraan yang mewujudkan reputasi yang gah sehingga kini.

Skuad Manchester United bangkit seketika di bawah pimpinan bekas kapten Liverpool, Sir Matt Busby pada lewat 1960-an, apabila United memenangi gelaran eropah pertama mereka.

Ketika itu Manchester United dilihat bakal menguasai dunia dengan barisan pemain muda yang dipimpin oleh Sir Matt Busby namun tragedi Munich telah meranapkan segalanya.

Perbandingan kedudukan akhir liga setiap musim antara Manchester United dan Liverpool [1]
Peristiwa Munich pada tahun 1958 ternyata memberi kesan yang cukup mendalam kepada skuad United. Andai peristiwa Munich itu tidak berlaku, tidak mustahil dekad 60-an kita dapat saksikan persaingan yang lebih sengit antara dua kelab ini.

Berikut adalah pencapaian kedua-dua kelab setakat ini.

Kelab Liverpool Manchester United
Kejuaraan Eropah 6 3
Piala UEFA/Liga Europa 4 0
Piala Super Eropah/UEFA 3 1
UEFA Cup Winner’s Cup 0 1
Liga Perdana Inggeris/Divisyen 1 19 20
Piala FA 7 12
Piala Liga 8 4
Piala Emirates 0 0
Jumlah kejuaraan 41 41

Jumlah kejuaraan antara kedua-dua kelab juga hampir sama namun amat malang kerana mereka tidak pernah memenangi Piala Emirates seperti Arsenal.

Malah, masih segar dalam ingatan semua bilamana pengurus lagenda United, Sir Alex Ferguson dilantik memegang jawatan di kelab tersebut, ayat pertama yang keluar dari mulutnya adalah;

“Knock Liverpool off their fu*king perch!”

“Menendang Liverpool daripada takhta!”

Ini jelas menunjukkan permusuhan yang sangat ketat antara kedua-dua pasukan ini sehingga pengurus baru dilantik pun dah terbayang nak singkir kelab lawan daripada persada bola sepak England.

Selepas 27 tahun mengemudi, United akhirnya berjaya muncul sebagai kelab yang paling berjaya di England dalam kancah domestik selepas memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris, dengan satu sahaja kejuaraan berbanding Liverpool dan itu hanya berjaya dicapai selepas bersaranya Ferguson.

Jika dilihat semula sepanjan 10 sehingga 15 tahun yang lalu, Liverpool sering menjadi pasukan kedua terbaik di belakang United, namun selepas persaraan pengurus lagenda mereka, pasukan Syaithon Merah mengalami penurunan prestasi yang mendadak dan menjadi pasukan setaraf Tottenham Hotspur dan Arsenal dalam kancah liga domestik.

Mereka juga gagal untuk kekal bermain dalam UCL dalam dua musim berturut-turut, sehinggalah berjaya melakukannya pada musim ini.

Hal berbeza pula berlaku kepada Liverpool. Selepas prestasi pasukan yang yo-yo, pengurusan tertinggi kelab telah melantik Jurgen Klopp untuk memegang jawatan tersebut, lantas nasib Liverpool terus berubah.

Di bawah kendalian pengurus berbangsa Jerman itu, mereka telah berjaya memenangi Liga Juara-Juara UEFA dan juga Liga Perdana Inggeris buat pertama kalinya dalam sejarah kelab, sehinggakan ada seorang penyokong yang mengatakan apa yang telah dimenangi Liverpool itu tidak berjaya dimenangi oleh United.

Sampai bila kemerosotan dan ketidaktentuan prestasi United ini akan berterusan, hanya waktu yang akan menentukan.

Bagi penyokong Liverpool, ini adalah detik yang paling indah dalam hidup mereka kerana tidak perlu risau akan ancaman daripada pasukan yang paling dibenci mereka.

BACA:  Pandangan Carragher Tentang Situasi Harry Maguire Pada Ketika Ini