Aksi Ketika Bertemu Liverpool Punca Hannibal Mejbri Ditendang Kembali Sertai Skuad B-23

Ralf Rangnick dilaporkan langsung tidak gembira dengan tindakan Hannibal Mejbri ketika diturunkan dalam aksi pertemuan bertemu Liverpool di Anfield bulan lalu.

Pengurus interim kelab itu tak gemar dengan cara permainan pemain muda United itu ketika aksi kekalahan memalukan 4-0 mereka di tangan Sang Penakluk Dunia itu.

Pemain berusia 19 tahun itu masuk menggantikan Anthony Elanga dengan perlawanan pada ketika itu berbaki enam minit sahaja lagi sebelum wisel penamat dibunyikan.

Sebaik sahaja pemain muda itu masuk ke padang, beliau dilihat mula bermain kasar dan melakukan beberapa terjahan merbahaya ke atas pemain Liverpool.

Tidak dinafikan lagi yang corak permainan yang beliau tunjukkan itu agak keras dan berpotensi untuk mengundang kecederaan terhadap pemain lawan.

Beliau bahkan turut dilayangkan kad kuning atas aksi keras yang dipersembahkan namun hal itu sebenarnya sangat dikagumi oleh para penyokong skuad setan merah itu.

ESPN baru-baru ini telah melaporkan yang pengurus interim kelab, Ralf Rangnick sebenarnya langsung tak gembira dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Hannibal Mejbri itu.

Pengurus dari Jerman itu percaya yang Hannibal berpotensi untuk dilayangkan kad merah andai beliau konsisten mempamerkan corak persembahan yang sama.

Sejak tamat aksi perlawanan tersebut, pemain kebangsaan Tunisia itu tidak lagi diturunkan dalam mana-mana perlawanan United dan beliau dikatakan sudah dihantar semula untuk sertai skuad bawah 23 tahun setan merah.

Hal itu dikatakan berlaku kerana itu adalah hukuman yang dikenakan ke atas Hannibal Mejbri dari Ralf Rangnick yang sememangnya tak gembira dengan persembahan beliau.

Alejandro Garnacho dan Alvaro Fernandez merupakan dua pemain dari skuad akademi yang kini lebih kerap diturunkan untuk beraksi bersama skuad utama.

Mereka bahkan akan turut disenaraikan dalam barisan pemain simpanan United dan akan terus diturunkan andai khidmat mereka diperlukan.

Kedua-dua mereka tak dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi kemenangan 3-0 menewaskan Brentford pada hujung minggu lalu.

Walaupun Ralf Rangnick tak gembira dengan apa yang dipersembahkan oleh Hannibal Mejbri, namun legenda kelab, Gary Neville sebenarnya telah menghamburkan pujian menggunung kepada produk akademi kelab itu.

Bercakap ketika sedang mengulas untuk Sky Sports, Gary Neville menjelaskan bahawa:

“Untuk lebih adil, budak itu setidak-tidaknya telah menunjukkan sesuatu. Jujur, mereka perlukan seorang budak kecil untuk masuk dan tunjukkan kepada pemain lain tentang cara mengejar bola dan mencabar bola. Saya sebenarnya berbangga dengan dia.”

“Mungkin dia tak suka dengan cara pemain Liverpool bertukar hantaran di depan dia, saya hanya harap pemain lain pun sama.”

Hannibal Mejbri bahkan turut mengasari Jordan Henderson dan Naby Keita dengan cara yang agak aggresif dan beliau juga tak benarkan sama sekali Andy Robertson mengatasinya.

Neville kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka tentang pujian yang beliau hamburkan kepada bintang muda itu.

“Saya mengaku saya salah dan tidak profesional kerana membuat ulasan bagi pihak penyokong Man Utd yang mana saya kata budak itu (Mejbri), saya berbangga dengan dia kerana dia berusaha untuk atasi semua orang dan tendang semua orang.”

Ujar Neville mengakui kesalahan beliau.

“Tapi dia persembahkan sesuatu dia buktikan sesuatu kepada kita.”

“Dia tak suka cara Liverpool di Anfield main saling bertukar hantaran di sekitar dia dan dia tak gembira melihat rakan sepasukannya dan beliau sendiri diaibkan oleh Liverpool.”

“Setidak-tidaknya dia persembahkan sesuatu. Saya tak kata dia bagus kerana dia boleh cederakan pemain Liverpool, tapi sebagai penyokong United kamu perlu balas itu.”

Manchester United akan kembali beraksi dalam saingan Premier League pada hujung minggu ini untuk beraksi bertemu Brighton.

Walau harapan untuk mereka mengakhiri saingan liga musim ini dikelompok empat teratas sudah semakin sukar, namun tak ada masalah rasanya untuk melihat United mampu membuat kejutan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jelas Martial Mahu Pergi, Persoalannya Kelab Mana Yang Nak? - Rangnick