Aksi Klopp Cari Pasal Dan Dilayangkan Kad Kuning

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kini antara pengurus bola sepak terbaik dunia dan membawa Liverpool kembali ke landasan sebagai pasukan yang digeruni.

Selepas beberapa ketika kehebatan Liverpool hanya meniti dibibir peminat mereka di padang sahaja kini sebaliknya terjadi. Bukan sekadar sembang lagi.

Pengurus yang berasal daripada Jerman itu telah diikat dengan kontrak lanjutan dan kekal di Anfield sehingga 2024 lantaran tugasnya yang cemerlang.

Kini selepas beberapa tahun memerintah, Klopp telah memegang beberapa rekod kelab tanpa perlu menabur janji palsu.

1. Pengurus Liverpool yang terpantas meraih 100 kemenangan.
2. Nisbah kemenangan 63 peratus, terbaik dalam sejarah kelab.
3. Rekod tidak kalah terbanyak pernah diraih dalam sejarah Liverpool.

Dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2019, Liverpool telah bertemu pasukan daripada Mexico, Monterrey.

Monterrey merupakan juara CONCACAF Champions League 2019 mara ke semi final selepas menewaskan Al-Sadd, juara Qatar Stars League.

Jurgen Klopp tidak menurunkan barisan pemain terbaik. Tiada pemain pertahanan tengah sejati diturunkan dalam perlawanan ini dan Roberto Firmino dan Sadio Mane juga direhatkan.

Dalam kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Monterrey ini, aksi ketegangan antara Klopp dan Antonio Mohamed menarik perhatian.

Klopp tidak pernah mengecewakn lagi menghiburkan dengan aksi menganjing yang padu, mengajuk reaksi kad kuning Antonio Mohamed sambil jelirkan lidah.

Nasib baik tak bertumbuk dua orang ni di tepi padang.

Gol minit akhir Firmino membawa Liverpool ke perlawanan akhir bertemu Flamengo.

Jurulatih Monterrey, Antonio Mohamed tidak diam dan bertindak balas.

Akhirnya Klopp dan Antonio Mohamed telah dilayangkan kad kuning kerana berkelakuan yang tidak sepatutnya di tepi padang.

Nama Klopp tersenarai antara yang menerima kad kuning bagi pasukan Liverpool bersama Joe Gomez.

Pengurus yang kini berusia 51 tahun tiu telah dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 8 Oktober 2015 selepas cemerlang selama 7 tahun bersama Borussia Dortmund dengan 2 kejuaraan Bundesliga dan mara ke perlawanan akhir Champions League.

Sebelum itu Klopp telah bersama FSV Mainz 05 dan telah membawa kelab itu ke liga teratas Jerman buat pertama kali dalam sejarah kelab pada 2004 dan bermain di kejohanan Eropah setahun kemudian.

Pada musim pertama di Anfield, Liverpool telah mara ke final League Cup dan Eruopa League di mana mereka tewas dalam kedua-dua perlawanan akhir itu.

Musim 2016/17 Mmenyaksikan Kloop telah membawa The Reds kembali ke Champions League buat pertama kali sejak 2014. Menamatkan musim itu ditangga ke-4 pada hari terakhir menewaskan Middlesbrough di Anfield.

Kepulangan kembali Liverpool ke Champions League dengan penuh bergaya apabila mara ke final di Kiev sebelum tewas 3-1 kepada juara bertahan Real Madrid.

Namun pada musim 2018-19, pengurus berusia 52 tahun itu sekali lagi membawa Liverpool ke final Champions League dan telah menjulang kejuaraan ke-6 Liverpool dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.

Di saingan domestik, Liverpool menamatkan liga ditempat kedua walaupun mengumpul 97 mata dan mengejar Manchester City hingga perlawanan terakhir.

Baca Juga

Baca Juga