Manchester United telah menghukum Fulham dalam tempoh lima minit yang penuh kegilaan untuk menempah tempat ke separuh akhir Piala FA apabila mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-1 di Old Trafford.
Fulham telah mendominasi perlawanan serta pasukan yang lebih baik dan mendahului melalui jaringan Aleksandr Mitrovic lima minit memasuki separuh masa kedua, tetapifokus mereka hilang kerana koyak teruk ketika permainan berbaki kira-kira 20 minit.
Manchester United seperti tiada harapan lagi untuk menang yang langsung mati kutu namun tiga kad merah mengubah keputusan apabila pengurus Fulham Marco Silva, Willian dan Mitrovic semuanya dibuang padang.
Semua ini terjadil selepas sepakan sudut Fulham bertukar menjadi serangan balas, dengan pemain gantian Antony memecut di sebelah kanan dan gol penyamaan hampir hadir melalui Jadon Sancho.
"It's all the drama, Mick. I just love it"#EmiratesFACup pic.twitter.com/6sDu3tHZHV
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 19, 2023
Willian pada awal seperti wira buat Fulham apabila menyelamatkan percubaan Sancho di atas garisan gol namun menjadi petualang dan judas buat Fulham yang telah membawa petaka menafikan mereka ke separuh akhir.
Bernd Leno diayamkan Sancho tapi Willian datang menyelamatkan situasi tetapi semakan semula Video Assistant Referee (VAR) telah mendedahkan kisah sebenar apabila Willian menggunakan tangan untuk mengeluarkan bola.
Pengadil perlawanan, Chris Kavanagh memberi isyarat untuk tendangan sudut tetapi dihantar ke monitor oleh VAR dan Kavanagh berhenti seketika untuk menghantar Marco Silva keluar kerana membangkang sebelum dia sampai ke skrin.
Keputusan penalti yang tidak dapat dielakkan lagi dan kad merah untuk Willian, pemain Fulham mula koyak dan membantah keputusan pengadil kerana sepakan penalti dan kad merah.
Sabitzer bringing the sauce 🤌#EmiratesFACup pic.twitter.com/xlTA6Yh3BU
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 19, 2023
Aleksandar Mitrovic bertindak bodoh apabila bukan sahaja membantah keputusan pengadil tetapi telah menyentuh pengadil lalu dengan segera dilayangkan kad merah.
Bruno Fernandes menghantar Leno ke arah yang salah dari sepakan penalti dan dua minit kemudian United mendahului apabila Marcel Sabitzer menjaringkan hantaran lintang rendah Luke Shaw.
Sungguh jahat dan penuh bergaya gol pertama Marcel Sabitzer bersama Manchester United dan Bruno Fernandes melengkapkan kebangkitan tidak bergaya Manchester United dengan gol ketiga pada penghujung permainan.
Pemenang Piala FA dua belas kali itu mara ke separuh akhir untuk bertemu Brighton di Wembley manakala Fulham hanya mampu termenung memikirkan kesilapan sendiri yang pastinya menjejaskan misi ke Eropah mereka melalui Premier League dengan penggantungan dua tonggak mereka.
Man Utd (4-2-3-1) De Gea; Wan-Bissaka, Maguire, Martinez, Shaw; McTominay, Sabitzer; Fernandes, Sancho, Rashford; Weghorst.
Substitutes: Butland, Dalot, Lindelof, Malacia, Fred, Mainoo, Pellistri, Antony, Elanga.
Fulham (4-2-3-1) Leno; Tete, Diop, Ream, Robinson; Palhinha, Reed; De Cordova-Reid, Pereira, Willian; Mitrovic.
Substitutes: Rodak, Tosin, Cedric, Lukic, Wilson, Cairney, Solomon, James, Vinicius.
Referee Chris Kavanagh.