Aksi Latihan Sudah Cukup Buktikan Kenapa Messi Layak Menang Ballon D’Or

Pemain genit dan serba lincah Barcelona yang berasal daripada Argentina yang dinobatkan sebagai antara pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, Lionel Messi telah dipilih sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or bagi tahun 2019.

Lionel Messi menjadi pemain bola sepak pertama dan satu-satunya dalam sejarah meraih anugerah Ballon d’Or buat kali ke-6 selepas memenanginya pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015.

Majlis anugerah yang berlangsung di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis itu menyaksikan Messi telah memotong dan berada dihadapan pencabarnya terdekatnya dalam tempoh 10 tahun ini, Cristiano Ronaldo.

Lionel Messi telah membuktikan kenapa beliau layak untuk menggondol anugerah Ballon d’Or bagi tahun 2019 dalam satu rakaman video latihan bersama pasukan Barcelona.

Pemain Argentina itu dilihat sangat selesa ketika berlatih dengan bola di kakinya dan gembira menitiskan air mata rakan sepasukan dengan jaringan gol demi gol.

Tidak cukup dengan itu Messi juga menambah perisa dengan aksi licik mempamerkan beberapa nutmeg dan gerakan badan palsu yang memperdayakan rakan sepasukannya.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1202929594686423040

Nutmeg yang diterima oleh Clement Lenglet sesuatu yang paling pedih dalam video ini.

Aksi yang ditunjukkan Messi ini ketika latihan sesuatu yang biasa buat pemain Barcelona yang lain kerana mereka seakan pasrah bila diperdaya Messi.

Setiap tahun para peminat bola sepak akan bertelagah dan bersetuju mengenai siapa pemain terbaik dunia dan pada masa yang sama, mereka tidak sabar untuk menantikan siapa yang bakal dijulang sebagai pemenang Ballon d’Or.

Luka Modric satu-satunya manusia yang memecahkan duopoly Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam tempoh 10 tahun dan kini anugerah itu kembali kepada Messi.

Ini merupakan trofi ke-6 yang berjaya diraih Lionel Messi sejak bergelar pemain bola sepak profesional.

Baca Juga

Baca Juga