Aksi Lionel Messi Memperbodoh-bodohkan Bintang Urawa Reds Mencuri Perhatian Peminat

Lionel Messi mencuri perhatian peminat selepas beliau melakukan skill yang menakjubkan untuk memperdaya pemain Urawa Reds ketika aksi pra musim bersama PSG.

Bahkan ketika Messi memperdaya bintang Urawa Reds itu, pengulas perlawanan ketawa besar melihat bagaimana bintang Argentina itu memperdaya lawannya itu.

Paris Saint Germain pada ketika ini sedang berada di Jepun untuk aksi jelajah pra musim mereka dengan Juara saingan Ligue 1 itu berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan kelab dari J- League.

Pablo Sarabia, Kylian Mbappe dan Arnaud Kalimuendo kesemuanya berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Lionel Messi gagal untuk menjaringkan gol, namun beliau berjaya mempamerkan skill yang mencuri perhatian peminat pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut.

Pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu menerima bola di sudut sebelah kanan dari Sergio Ramos dengan beliau ketika itu sedang dalam usahanya mahu membantu jentera serangan PSG.

Sebaik Messi menerima bola, pemain lawan segera mengasak beliau dan memberi tekanan kepada bekas bintang Barcelona itu.

Walau bagaimanapun, ketua pasukan Argentina itu berjaya memperkotak-katikkan pemain tersebut hingga menyebabkan beliau tersungkur sambil melihat sahaja bintang PSG itu membawa bola masuk ke kawasannya.

Pemain tersebut cuba mendapatkan bola dari Messi dengan beliau dilihat mengasak bintang Argentina itu untuk merampas bola.

Messi berjaya memperdaya beliau dan ketika beliau melepaskan diri, pemain dari Jepun itu dilihat tersungkur dan hanya mampu melihat sahaja beliau maju ke kotak penalti Urawa Reds.

Ia sememangnya pergerakan klasik dari Lionel Messi dan pemain Urawa Reds itu tidak perlu merasa malu kerana pemain pertahanan berkelas dunia juga turut sering diperdaya seperti itu.

Walau bagaimanapun, selain aksi menakjubkan dari Messi itu, para peminat turut tertarik dengan reaksi pengulas dari beIN Sports yang mengulas perlawanan tersebut.

Pengulas gagal untuk menahan ketawa ketika melihat keadaan bintang Urawa Reds yang tersembam selepas diperdaya oleh Lionel Messi.

Suara ketawa beliau jelas didengari dalam siaran langsung perlawanan tersebut dan para peminat terhibur melihat hal itu.

Bayangkan sahaja bagaimana kalau perlawanan itu diulas oleh Ray Hudson, sudah tentu beliau akan lebih hilang akal ketika melihat Messi memperdaya lawan seperti itu.

Mbappe berjaya menjaringkan gol kedua dalam perlawanan tersebut dan gol yang beliau jaringkan itu sememangnya sungguh luar biasa dasyat.

Beliau meledak gol dari sudut yang sepertinya agak mustahil untuk seseorang pemain boleh menjaringkan gol dengan di hadapan beliau turut ada pemain lawan yang cuba menghalang beliau.

Kesemua peminat di Saitama Stadium terpukau melihat kehebatan Mbappe meledak gol dari sudut sesukar seperti itu.

PSG berjaya mencatatkan empat kemenangan dari empat perlawanan mereka di bawah kendalian pengurus baru, Christophe Galtier yang masuk menggantikan Mauricio Pochettino.

Bekas pengurus Lille dan Nice itu turut telah memperkenalkan peraturan baru di Parc des Princes dengan beliau dilaporkan telah mengharamkan para pemain dari menggunakan telefon bimbit di kantin.

Beliau mahu mengurangkan aktiviti pemain di media sosial dan kerana itulah beliau memperkenalkan peraturan tersebut.

Para pemain juga turut dipaksa untuk hadir ke padang latihan pada jam 8 pagi hingga 8:45 pagi dan seandainya pemain tersebut lewat mereka berpotensi untuk dihalau pulang.

Beliau dirasakan bakal menjadi pengurus yang akan mampu membimbing PSG untuk menjuarai gelaran Champions League yang selama ini sememangnya diidam-idamkan oleh mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Barcelona Masih Menjual Jersi Messi Walau Bintang Argentina Itu Sudah Sertai PSG