Dua minggu lalu, Harry Maguire menggegarkan dunia bola sepak dengan aksi ‘No-look defending’ beliau bertemu Burnley dalam saingan Premier League.
Minggu lalu pula, bintang Liverpool, Thiago Alcantara memukau para peminat seluruh dunia dengan aksi ‘No-look Pass’ dari jarak 50 ela mencari Kostas Tsimikas ketika aksi kemenangan The Reds menewaskan The Canaries 3-1.
Aksi magis yang ditunjukkan oleh bintang Sepanyol itu terlalu hebat hingga menyebabkan skill ‘No-look Goal’ Roberto Firmino nampak biasa-biasa sahaja.
La mejor atajada de la temporada (?). Así detiene el portero del Swansea City, Andrew Fisher un disparo de Andreas Weimann en el partido Swansea City vs Bristol City por la Championship. 🦆🧤 pic.twitter.com/jsY7lf2wip
— Futbol de Inglaterra (@Mercado_Ingles) February 21, 2022
Walau bagaimanapun, secantik-cantik hantaran dari jarak 50 ela Thiago, harus diakui bahawa ada aksi ‘No-look’ yang lebih menakjubkan lagi berbanding apa yang beliau lakukan.
Penjaga gol Swansea City, Andrew Fisher berjaya melakukan aksi ‘No-look Save’ yang mampu memukau para peminat seluruh dunia.
Penjaga gol berusia 24 tahun itu menyertai kelab dari Wales itu dengan perjanjian selama empat tahun dari kelab League One, MK Dons pada jendela perpindahan Januari lalu.
Beliau dengan tidak sengaja telah berjaya melakukan aksi ‘No-look Save’ dari jarak dekat dan aksi spontan beliau itu berjaya memukau para peminat.
Mungkin akan ada peminat yang menganggap hal itu terlalu sukar untuk dilakukan kerana mana mungkin untuk seorang penjaga gol menyelamatkan percubaan dari pasukan lawan, dengan tidak melihat bola tersebut.
E essa defesa do Andrew Fisher do Swansea? Hahaha 🧤 pic.twitter.com/fxiKpsRVEV
— Curiosidades Premier League (@CuriosidadesPRL) February 21, 2022
Jelas sekali jika insiden itu tidak dirakam, tidak akan ada mana-mana manusia di muka bumi ini yang akan percaya hal seperti itu boleh berlaku.
Fisher melakukan aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan itu ketika beliau turun beraksi bertemu Bristol City dalam saingan Championship.
Rakaman bagaimana beliau melakukan aksi ‘No-look Save’ itu tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Stop that Fisher. pic.twitter.com/BoZnHkQjG3
— Stop That Football (@stopthatfooty) February 21, 2022
“Macam mana bola itu boleh tepat sampai dekat dia, dan dia boleh peluk bola itu walau tak tengok pun arah bola tu pergi?”
“Ini orang panggil kadang-kadang kita memerlukan nasib untuk melindungi kita. ‘No-look Save’ memang luar kotak, saya tak rasa ada orang pernah terfikir ia akan berlaku.”
“Ia berlaku terlalu pantas, saya nampak dia rebah, dia berpusing, kemudian bola sudah ada dalam dakapan dia dan dia sedang berdiri penuh bergaya.”
“Walau saya rasa dia tak sengaja dan benda ni sekadar nasib, tapi saya percaya ia adalah aksi penyelamatan terhebat yang pernah dia lakukan sepanjang kariernya.”
“Memang sungguh menakjubkan, saya langsung tak jangka bola itu akan berakhir ada dalam dakapan dia sedangkan dia sudah rebah dan berpaling dari bola.”
Aksi hebat Fisher walau dalam keadaan tak disengajakan itu sememangnya harus diakui antara aksi penyelamatan terhebat pernah disaksikan oleh para peminat.
Dalam keadaan huru-hara di kawasan kotak penalti, penyerang pasukan lawan pula melakukan percubaan dari jarak kurang 5 ela dan Fisher mampu menyelamatkan percubaan tersebut. Tak cukup hebat lagi?
Another massive let off for Swansea as Gibbs-White can't lay the ball off to Billy Sharp who would have had a one-on-one with Andy Fisher. #SUFC #Swans https://t.co/Ew607olNZc
— Swansea City Online (@SwanseaCityLive) February 19, 2022
Bola yang sepatutnya boleh menerjah jaring gawang gol kerana penjaga gol sudah tertewas, akhirnya berada dalam dakapan penjaga gol itu semula walau ia berlaku secara tak sengaja.
Aksi ‘No-look Save’ dari Fisher itu juga sebenarnya merupakan aksi terpenting juga yang berjaya dilakukan oleh penjaga gol itu.
Dek kerana nasib memihak kepadanya hingga mampu menyelamatkan percubaan bahaya itu, Swansea City berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 menewaskan Bristol City di Swansea.com Stadium.
Skuad kendalian Russell Martin itu walau bagaimanapun gagal untuk meneruskan rentak kemenangan mereka, selepas dikejutkan dengan kekalahan memalukan di tangan Sheffield United.
Swansea City berkunjung ke Bramall Lane untuk bertemu Sheffield dengan mereka dikejutkan dengan kekalahan 4-0 di tangan The Blades.
George Baldock dan Billy Sharp masing-masing menjaringkan satu gol sementara Gibbs-White meledak dua gol untuk membantu Sheffield United mencatatkan kemenangan 4-0.
Swansea goalkeeper Andy Fisher has invented the 'no look save' and we can't get enough of it https://t.co/t5mqLytlCC
— Love Goalkeeping (@GoalkeepingLove) February 21, 2022
Keputusan itu secara tak langsung menghidupkan semula harapan Sheffield United untuk naik ke saingan Premier League, sementara Swansea pula kekal di kedudukan ke-17 liga.
Sumber: GMS