Aksi Panas Dele Alli Dengan Anak Pep Guardiola Dirakam Netizen

Peminat bola sepak liga Inggeris pasti kenal akan pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli, pemain yang satu ketika dahulu pernah menggegar dunia bola sepak dengan aksi memukau di atas padang.

Kelincahannya telah membawa kepada gosip perpindahan pemain England ini ke kelab-kelab yang lebih besar daripada Spurs seperti Real Madrid, AC Milan dan juga Manchester City.

Itu cerita dulu.

Sekarang ni bilamana prestasi di padang tak berapa nak cantik, maka gosip lain pula yang timbul.

Pada bulan Mac lalu kisah cinta Dele menjadi tumpuan netizen di England selepas dia dilaporkan berpisah dengan model, Ruby Mae, selepas dikatakan tidak mempunyai persefahaman lagi.

Ruby dan Dele, ketika saat bahagia. | Gambar : The Sun

Begitulah kisah cinta. Andai persefahaman gagal dibentuk, maka perpisahan adalah jalan terbaik. Bak kata pujangga kota,”Cinta yang agung adalah cinta yang gagal.”

Berbalik kepada cerita Dele.

Antara punca sebenar perpisahan mereka adalah kerana Dele terlalu asyik bermain permainan video Fortnite.

“Dele dan Ruby dah menjadi sejarah,” kata seorang teman Ruby kepada The Sun.

“Hubungan mereka sangat panas, tapi sekarang rasanya dah takde apa kot. Ruby sedih sangat tapi sekarang ni dia tengah tenangkan diri sendiri.

Beberapa bulan berlalu dan Dele, seperti lelaki-lelaki lain, cepat saja menemukan pengganti.

Netizen di England telah merakam gambar panas Dele mencium anak perempuan pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang bernama Maria.

Ha’ah, betul la tu yang kamu baca. Anak Pep Guardiola.

Merpati dua sejoli itu dikatakan bertemu pada bulan lalu dan mereka telah dilihat bercumbu mesra di sebuah bar atas bumbung di London.

Maria anak Pep. | Gambar : The Sun

Seorang netizen yang kebetulan berada di tempat itu berkata,”Dele dan Maria buat tak tahu je dengan orang sekeliling.

“Diorang tak kisah pun siapa yang nampak diorang masa diorang tengah peluk-peluk di depan meja DJ.

“Tempat tu pula masa tu penuh dengan orang. Semua meja ditempah dan betul-betul padat.

“Orang yang lalu sebelah diorang pun sampai tak berkelip mata tengok ke diorang.”

Entah apa lah reaksi Pep nanti kan. Ye lah, kat padang nampak garang. Silap-silap mahu kena terajang free si Dele ni.

Si Dele ni pula mungkin ni satu strategi dia untuk menyertai pasukan juara liga. Lagipun duduk di Spurs lama-lama pun bukan boleh menang piala, kan?

Berita : GiveMeSport

Baca Juga

Baca Juga