Aksi Penjaga Gol Paul Pogba Bantu Antonio Jana Hampir RM1.4 Juta

Aksi persis penjaga gol daripada Paul Pogba ketika menentang West Ham United secara tidak langsung telah membantu Michail Antonio menjana pendapatan tambahan £250 Ribu lebih kurang RM1.4 juta.

Keputusan seri 1-1 ketika menentang West Ham United menyebabkan Manchester United sekali lagi melepaskan peluang mengukuhkan tempat ke Champions League.

Perjuangan ke pentas Eropah tertinggi itu akan ditentukan pada perlawanan terakhir menentang Leicester City, jika menang menentang West Ham tekanan akan berkurangan. Tapi seri.

Mason Greenwood telah menyelamatkan Manchester United dengan gol penyamaan selepas Michail Antonio meletakkan West Ham di hadapan melalui satu sepakan penalti.

Sepakan penalti dihadiahkan gara-gara Paul Pogba telah mengangkat kedua belah tangan beliau untuk menepis sepakan percuma Declan Rice di dalam kotak penalti.

Tindakan Pogba ini bukan sahaja memberikan sepakan penalti malah telah membantu Michail Antonio mendapat habuan sebanyak £250 Ribu (RM1.4 juta).

Bagaimana duit boleh jatuh dari langit ke poket Antonio?

Bagaiman Paul Pogba Bantu Antonio Jana Hampir RM1.4 Juta?

Gol sepakan penalti Michail Antonio bukan sahaja telah membantu beliau meneruskan ketajaman di depan gol selepas Premeir League kembali bersambung malah telah berjaya menambah wang di poket beliau.

Semakin jelas makna disebalik gurauan Michail Antonio dengan Bruno Fernandes di depan muka Paul Pogba disusuli dengan satu senyuman yang puas. Menganjing terus depan muka Pogba.

Michail Antonio telah mendedahkan bahawa beliau mendapat persetujuan daripada Mark Noble yang merupakan pengambil sepakan penalti tetap West Ham United jika mereka diberikan sepakan penalti.

Gol ke-10 daripada Michail Antonio akan mengaktifkan klausa bonus dalam kontraknya bersama West Ham United, jika menjaringkan 10 gol semusim Antonio akan mendapat bonus tambahan £250 Ribu (RM1.4 juta).

Mark Noble tiada masalah untuk memberikan tugasan itu kepada Antonio dan membantu rakan sepasukannya itu meraih bonus. Tak hairanlah kenapa Antonio tersenyum manis.

“Aku dan Mark Noble dah sembang sebelum ni, Mark Noble tanya aku apa sasaran aku untuk musim ini. Aku cakap 10 gol dan itulah sasaran aku sejak 5 tahun lalu berada di sini.”

“Aku tak pernah capai sasaran itu, aku dapat 9 je bukan 10. Jadi Mark Noble cakap kalau kita dapat penalti dalam baki dua perlawanan beliau akan bagi aku sebab aku banyak jaring gol penting bulan ni maka Mark Noble percayakan aku.”

Lakoh besar ni sobat. Kemah keming Mark Noble. Michail Antonio tidak pernah terfikir akan mendapat penalti, lawan Manchester United kot, Raja VAR.

Tapi tindakan Pogba ketara sangat, VAR pun tak mampu menolong.

“Aku tak terfikir pun akan dapat penalti dan selepas dapat aku fikir takkan la Noble nak bagi aku sepak. Selepas VAR membuat keputusan, Noble tanya aku, ‘Dah sedia ke sobat?’ Aku terus jawab ‘Ya Sobat’.”

“Aku tahu mana nak sepak sebab aku telah berbincang dengan Noble minggu lepas dan telah berlatih sepakan penalti.”

Ini merupakan kali pertama Michail Antonio mendapat gol dua angka bersama West Ham United dan telah mengaktifkan bonus gol sebagaiman termaktub dalam sambungan kontrak beliau pada 2017.

Rekod jaringan Michail Antonio bersama West Ham United:

Musim 2015/16: 8 gol

Musim 2016/17: 9 gol

Musim 2017/18: 3 gol

Musim 2018/19: 6 gol

Musim 2019/20: 10 gol

BACA:  Guardiola Dakwa Ditawarkan Peluang Untuk Menandatangani Pogba Januari Lalu