Aksi Pressing Gila Babi Elneny Ketika Stoppage Time Jadi Viral

Pemain baru yang diikat Arsenal musim ini, Gabriel dan Thomas Partney telah mempamerkan aksi yang superb ketika Arsenal mengalahkan Machester United di gelanggang keramat mereka, Teater Impian Old Trafford.

Namun betapa padu prestasi dua pemain baru itu tidak mampu untuk menandingi kerja keras yang sangat gila babi daripada Mohamed Elneny yang tidak mengenal erti penat dan lelah.

Ketika permainan memasuki masa kecederaan pada minit ke-91, Elneny telah melakukan satu pressing yang gila-gila mengikut saja arah hantaran bola yang dibuat pemain Manchester United.

Dari kotak penalti sendiri, Mohamed Elneny pantas berlari keluar mengejar bola ke bahagian kiri sehinggalah bola sampai ke tengah padang.

Luke Shaw yang mendapat bola cuba melarikan bola ke kanan namun Mohamed Elneny pantas menutup ruang dan mengahalang segala pergerakan dan percubaan Luke Shaw untuk membuat hantaran.

Situasi itu dan pressing gila babi itu telah menyebabkan Luke Shaw terpaksa membuat hantaran kebelakang kepada Viktor Lindelof.

Namun Elneny nyata tidak kenal erti penat dan terus mengejar dan membuat pressing ke atas Lindelof pula.

Ternyata percubaan Lindelof yang agak kayu dan keras untuk melepasi Elneny tidak berjaya dan menyebabkan bola keluar membuatkan Lindelof memaki hamun rakan sepasukannya.

Lontaran ke dalam menjadi milik Arsenal dan baki masa permainan berjaya dicuri Arsenal untuk mempertahankan kelebihan satu gol.

Arsenal telah memuatnaik video aksi pressing Elneny yang tidak berjantung selama 20 saat itu dan telah mendapat puluhan ribu ciapan kembali.

“This was in the 91st minute 🤯.”

—-

“Ini pada minit ke-91 🤯.”

Mikel Arteta telah memuji aksi Mohamed Elneny selepas perlawanan yang memberikan segalanya dalam perlawanan apabila diturunkan.

“Aku pernah beraksi bersama Elneny dan dengan Elneny kami tahu kualiti beliau secara peribadi dan apa yang mampu beliau berikan kepada pasukan.”

“Aku suka pemain yang tidak mempunyai ego yang bermain untuk pasukan dan mahu menyumbang sama ada bermain seminit atau 96 minit atau sekadar ada dan memberi sumbangan.”

Entah apa ilmu yang dipakai oleh Mikel Arteta sehingga pemainnya beliau mampu memberikan usaha yang sebegini rupa ketika ramai pemain yang pasti kecundang bermain dalam hujan lebat selama 90 minit.

Ole Gunnar Solksjaer perlu berguru dengan Arteta untuk mendapatkan aksi yang bertenaga lagi bersemangat daripada para pemain bintangnya.

BACA:  Giroud: Perpindahan Ke Chelsea Bantu Lonjak Prestasi Bersama Perancis