Aksi Rizal Ghazali Tidur Bersama Piala FA Nyata Mencuit Hati

Malam yang penuh bermakna buat pasukan, penyokong dan seluruh rakyat Kedah semalam apabila berjaya membawa pulang Piala FA kembali ke Kedah. Rizal Ghazali nyata tidak mampu menahan kegembiraan sehingga lenanya ditemani Piala FA.

Selepas berhempas pulas mempertahankan benteng dengan aksi penuh bersemangat Pahang, Rizal telah berkongsi dua keping gambar yang dimuat naik ke laman Instagramnya.

Selepas lena bersama piala dalam bas, Rizal menyambung lenanya di kamar pula.

Aksi tidur Rizal bersama piala ini nyata menggamit nostalgia lalu dan mencuit hati. Semoga tiada yang terasa hati.

#sayangketatsendatpadat

Baca Juga

Baca Juga