Aksi Santai Ronaldo Berdepan Penceroboh Padang Yang Mahu Meragut Jersinya Mencuri Perhatian Peminat

Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi wira penyelamat Manchester United selepas membantu skuadnya untuk mencatat kemenangan selepas ketinggalan pada aksi babak pertama permainan.

United cemerlang melakukan comeback dengan menewaskan Atalanta 3-2 selepas mereka pada awalnya ketinggalan 2-0 pada aksi babak pertama dalam saingan Champions League.

Ole Gunnar Solskjaer tidak senang duduk ketika skuadnya ketinggalan, dan beliau mula menarik nafas lega selepas anak-anak buahnya berjaya mengikat kedudukan.

Walau kedudukan sudah terikat 2-2, namun Solskjaer sebenarnya masih tidak gembira dengan keputusan itu, selepas melihat keputusan tidak menentu mereka dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum ini.

Gol jaringan Mario Pasalic dan Merih Demiral melihatkan United bakal sekali lagi berdepan dengan kekalahan, dan tentunya akan mengundang kecaman dari para peminat.

Walau bagaimanapun, United pada hari ini telah menunjukkan semangat juang tidak kenal erti putus asa, dan berjaya mengubah kedudukan pada aksi babak kedua permainan.

Aksi hebat dari Bruno Fernandes berjaya membuka ruang untuk Marcus Rashford meledak gol pertama United, seterusnya menaikkan lagi semangat para pemain setan merah untuk terus berusaha mencatat kemenangan dalam perlawanan ini.

Harry Maguire yang sebelum ini teruk dikritik atas persembahan dungu yang beliau persembahkan, berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk United mengikat Atalanta 2-2.

Pemenang lima kali gelaran Ballon D’or, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi wira penyelamat United dengan meledak gol kemenangan untuk setan merah buat kali kedua dari dua perlawanan terakhir dalam saingan Champions League.

Luke Shaw cemerlang menghantar bola masuk ke kotak penalti, dengan Cristiano Ronaldo tenang menanduk masuk bola tersebut untuk gol kemenangan Manchester United.

Kemenangan ini jelas memberi makna kepada bintang Portugal itu dengan beliau dilihat benar-benar menikmati kejayaan United sebaik wisel penamat dibunyikan.

Beliau melutut sambil menjerit kegembiraan dan menunjukkan reaksi yang beliau sangat puas dengan persembahan dan keputusan perlawanan ini.

Ketika Ronaldo dalam perjalanan untuk keluar meninggalkan padang, seorang penceroboh padang berlari mengejar idolanya itu sambil dikejar oleh petugas keselamatan.

Peminat itu dilihat berlari pantas dari belakang dan beliau dilihat cuba meragut jersi Ronaldo dengan menariknya dari belakang sebelum ditangkap oleh petugas keselamatan.

Ronaldo agak terkejut melihat ada peminat yang cuba meragut jersinya, namun beliau tetap tenang dan seolah terhibur dengan insiden tersebut.

Mengapa peminat itu sanggup menceroboh masuk ke padang, bahkan nekad untuk lakukan apa saja untuk dapatkan jersi Ronaldo?

Jelas sekali ia kerana Ronaldo merupakan pemain terhebat sepanjang zaman dalam dunia bola sepak, dan merupakan kebanggaan kelab.

Para peminat sememangnya sanggup melakukan apa saja demi untuk mencipta detik indah bersama ikon bola sepak itu.

Gol jaringan Ronaldo berjaya membantu United untuk naik ke kedudukan pertama dalam saingan peringkat kumpulan F, dengan mereka pada ketika ini mengumpul enam mata dari tiga perlawanan.

Skuad setan merah akan kembali beraksi dalam saingan Champions League pada awal bulan nanti, untuk bertemu Atalanta di Bergamo.

Gergasi dari saingan Serie A itu tentunya berhasrat untuk membalas dendam dan mengutip mata penting untuk melayakkan diri ke saingan peringkat kalah mati.

Sumber: GMS

BACA:Β  Impian Usain Bolt Akhirnya Terlaksana, Bakal Beraksi Di Old Trafford