Aksi Sepanyol Bertemu Sweden Berdepan Masalah Besar Selepas Tiga Pemain Disahkan Positif C0V-19

Aksi perlawanan pembukaan Euro 2020 yang menemukan antara Sepanyol dan Sweden ketika ini diganggu oleh beberapa pemain yang disahkan positif C0V-19.

Ia menimbulkan sedikit kekecohan selepas dua lagi pemain baru-baru ini disahkan positif sedangkan aksi perlawanan pembukaan tinggal beberapa hari saja lagi.

Ketua pasukan Sepanyol, Sergio Busquets telah disahkan positif C0V-19 selepas menjalani saringan pada hujung minggu lalu dan beliau ketika ini sudah dikuarantinkan.

Persatuan bola sepak Sepanyol ketika ini sedang dalam usaha untuk menstabilkan keadaan dengan mengesan kontak rapat pemain midfield Barcelona itu dari kalangan pemain kebangsaan.

Laporan terbaru menyatakan yang dua pemain Sweden ketika ini telah disahkan positif C0V-19, ini meletakkan aksi perlawanan dari kumpulan E yang akan dilangsungkan di Sevilla nanti dalam bahaya.

Dua pemain yang dilaporkan positif itu merupakan bintang Juventus, Dejan Kulusevski dan pemain Bologna, Mattias Svanberg.

Kulusevski merupakan pemain pertama yang dimasukkan ke ruang kuarantin, selepas pemain berusia 21 tahun itu mengadu mengalami kesejukkan terlampau dan ada tanda-tanda C0V-19.

Laporan dari pihak FA Sweden mengesahkan berita tersebut dengan menjelaskan:

“Pagi ini, Dejan Kulusevski memberitahu pihak petugas kesihatan kelab yang beliau mengalami rasa sejuk yang keterlaluan.”

“Dejan dengan segera diuji dan beliau didapati positif. Dejan telah dihantar untuk kuarantin dan diasingkan terus dari pemain yang lain. Mengikut kata doktor skuad kebangsaan, Dr. Anders Valentin, Dejan juga tidak ikut sama terbang ke Gothenburg.”

Laporan seterusnya yang menyusul kemudian mengesahkan seorang lagi pemain, Svanberg yang kini berusia 22 tahun turut disahkan positif dan telah meninggalkan kem latihan skuad Sweden untuk dikuarantinkan.

Beliau hanya akan dibenarkan untuk kembali bersama skuad seandainya sudah dapat kebenaran dari doktor khas pasukan.

Kedua-dua pemain kebangsaan Sweden bersama Busquets sepertinya bakal terlepas aksi perlawanan pembukaan kumpulan E saingan Euro 2020.

Namun masih belum dapat dipastikan lagi sama ada perlawanan tersebut boleh diteruskan atau tidak seandainya ada beberapa pemain lagi yang akan disahkan positif sebelum sepak mula nanti.

Sepanyol bakal berdepan dengan Lithuania dalam aksi pemanas badan terakhir mereka pada Selasa nanti, namun mereka telah memilih untuk menurunkan skuad U-21 untuk beraksi dalam perlawanan tersebut.

Pengurus pasukan Luis Enrique turut memanggil lima pemain tambahan termasuk penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga untuk bersedia.

Kesemua lima pemain itu telah dipanggil untuk menjalani sesi latihan secara beransingan dan bakal dipanggil seandainya skuad Euro Sepanyol perlukan pemain gantian.

Setiap pasukan mempunyai tempoh 48 jam untuk menunda sesebuah perlawanan seandainya skuad mereka mempunyai kurang dari 13 orang pemain.

Namun jika pasukan tersebut gagal untuk meneruskan perlawanan selepas tempoh 48 jam tersebut, maka pasukan lawan akan diberikan kemenangan 3-0.

Namun begitu, masih belum jelas apa akan berlaku seandainya kedua-dua pasukan mengalami masalah sama dan tidak boleh menyediakan skuad lengkap dalam tempoh 48 jam.

UEFA sendiri telah meletakkan protokol tambahan untuk mengelak berlakunya hal tidak diingini, antaranya menaikkan jumlah pemain yang boleh didaftarkan dari 23 pemain kepada 26 pemain.

Namun apa yang pasti, skuad kebangsaan Sepanyol dan Sweden tentunya sangat berharap tidak ada lagi pemain lain yang akan mengikut jejak langkah tiga pemain tersebut.

BACA:  Fabregas: 'Passing' Tiada Makna Punca Sepanyol Tersingkir