Pemain Pelajar Indonesia bawah 18 tahun, Cristian Robertus Rumbaik telah menunjukkan aksi terpuji apabila melindungi pemain pasukan pelajar Malaysia Bawah 18 tahun selepas dilontar dengan balingan botol oleh penyokong tidak bertamadun.
Cristian Robertus Rumbaik merupakan penjaring gol pendahuluan pasukan pelajar Indonesia pada minit ke-37 selepas M Supriadi menembusi pertahanan sisi kanan Malaysia.
M Supriadi membuat hantaran kepada Araihan yang kemudiannya menghantar kepada Cristian Robertus Rumbaik yang melakukan tendangan yang berbuah gol.
Menurut laporan portal Indonesia, gol Cristian Robertus Rumbaik adalah hasil keberkatan dukungan 40,000 penyokong Indonesia yang hadir di Stadium Batakan Balik Papan, Indonesia.
Namun keberkatan itu hilang apabila penyokong Indonesia itu menggila dengan agresifnya membaling botol kepada pemain Malaysia yang membuatkan beberapa kali permainan terhenti.
Namun satu detik indah lagi sangat positif dalam bola sepak telah dihadirkan oleh Cristian Robertus Rumbaik ketika satu stadium diselubungi aura negatif yang penuh dengan kebencian dan dendam kesumat.
Cristian Robertus Rumbaik telah menjatuhkan pemain Malaysia ketika dalam satu perebutan bola, melihat situasi itu penyokong Indonesia menggila dan memulakan balingan botol tanpa batasan.
Tindak balas Cristian Robertus Rumbaik ketika berdepan situasi ini sangat terpuji melambangkan seorang pelajar yang berakal lagi berakhlak tinggi.
Cristian Robertus Rumbaik telah melindungi pemain Malaysia yang terbaring dari balingan botol dan meminta ara penyokong supaya menghentikan balingan tersebut.
Ternyata tindakan Cristian Robertus Rumbaik menjadi tular dan mendapat pujian dari peminat bola sepak Malaysia.
Malaysia berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti walaupun terpaksa bermain 10 pemain selepas mengutip kad merah.
Panenka lemah yang gagal total pelajar U-18 Indonesia mengundang padah dan bertukar menjadi kelakar beraras tinggi lagi tidak bersempadan menyaksikan Indonesia tewas lagi di kaki Malaysia.
Malaysia bertemu Thailand di perlawanan akhir bagi penentuan juara 47th Asian Schools Football Championship(ASFC).