Aksi pemain tengah buruan Liverpool, Thiago Alcantara memanaskan badan(warm-up) bersama pasukan kebangsaan Sepanyol telah menjadi viral dan menjadi bualan peminat bola sepak di media sosial.
Selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Bayern Munich musim dengan menjuarai trbele, Bundesliga, DFB Pokal dan Champions League, Thiago Alcantara mendapat panggilan untuk pasukan Sepanyol.
Aksi pemanas badan Thiago Alcantara ini menjadi antara faktor kenapa beliau menjadi rebutan pasukan gergasi Premier League.
Alcantara dan pemain Manchester City telah mengambil bahagian dalam satu drill di mana kedua-dua pemain itu saling bertukar hantaran dari jarak jauh dan mengawal bola tanpa jatuh ke tanah.
Selección Española de Fútbol (SeFutbol) atau The Spain national football team telah memuat naik video rakaman kedua-dua pemain itu dilaman Youtube dan Twitter rasmi mereka.
Ciapan berserta video di laman Twitter Selección Española de Fútbol yang bertajuk “Power, Control dan Precision” telah menjadi viral dan bualan media sosial.
Semua maklum bahawa Thiago Alcantara memiliki kemahiran dan kepakaran dalam menghantar bola, dan sangat terhibur untuk melihatnya menjadikan teknik melorong bola itu nampak mudah untuk dilakukan.
Saksikanlah apa itu Kuasa, Kawalan dan Ketepatan.
🙌🏻¡¡VUELVE TU SERIE FAVORITA!!🙌🏻
📺 @Thiago6 & Rodri
📼 Temporada 2 – Capítulo 1: "Potencia, control y precisión"#SomosEspaña 🇪🇸#SomosFederación pic.twitter.com/mpG3BPjYRA
— Selección Española de Fútbol (@SeFutbol) September 1, 2020
Chelsea, Barcelona, Lyon dan Paris Saint-Germain semuanya kecundang kepada pengusaan bahagian tengah yang begitu dominan oleh Thiago Alcantara dan menjulang Bayern Munich sebagai juara.
Thiago Alcantara dilaporkan mahu mencari angin baru dan cabaran yang lebih dalam kariernya. Premier League bakal menjadi destinasi beliau yang seterusnya.
Liverpool dan Manchester United antara pasukan paling kuat dikaitkan dengan pemain tengah berusia 29 tahun itu dan Bayern Munich meletakkan £25 juta sebagai tanda harga.
"Liverpool have won 4 trophies in the last 2 seasons with that midfield, so why go and change it now?"
The Good Morning Transfers team discuss what Thiago Alcantara would bring to the Liverpool squad if he were to join the champions… pic.twitter.com/w34GVQMt7K
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 2, 2020
Thiago menyertai Bayern Munich pada tahun 2013 selepas tidak berpuas hati dengan minit permainan yang diperolehi beliau dan Thiago menyertai Bayern Munich untuk kembali bergandingan dengan Pep Guardiola yang menguruskan Bayern Munich ketika itu.
Thiago Alcantara telah dilepaskan oleh Barcelona dan dibenarkan untuk berpindah keluar ke Bayern Munich dengan yuran perpindahan sekecil £17juta sahaja.
Jika dibandingkan dengan apa yang dibayar kelab bolasepak hari ini, jumlah tersebut amatlah rendah memandangkan kualiti yang dimiliki Thiago yang berjaya memenangi 4 kejuaraan La Liga dan 1 medal Liga Juara-Juara Eropah ketika bermain bersama Barcelona.
Liverpool are still working to get Thiago Alcantara. Bayern are now convinced they’re gonna receive a new bid from #LFC soon. Klopp pushing again for Thiago. Manchester United only had contacts with his agent at the moment – nothing advanced between clubs. 🔴 #Liverpool #Thiago
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 2, 2020
Perjalanan Thiago di Jerman tidak bermula dengan baik serta indah kerana beliau gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama untuk dua musim pertamanya di Allianz Arena.
Tetapi tidak lama kemudian, Thiago mula menunjukkan prestasi sebenarnya dan sejak itu, beliau dianggap pemain paling penting dalam bahagian tengah Bayern Munich memenangi pelbagai gelaran.
Setakat ini Liverpool paling kuat dikaitkan dengan Thiago tetapi Liverpool dilaporkan berkeras tidak akan membayar lebih daripada £20 juta.