Aksi Zlatan Ibrahimovic ‘Koyak’ Dengan Ibrahima Konate

Barisan pertahanan Liverpool telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika menewaskan AC Milan 2-1 di San Siro awal pagi tadi.

The Reds benar-benar mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pasukan yang digeruni di benua Eropah, selepas mencipta sejarah menjadi pasukan Inggeris pertama yang menang semua perlawanan dalam aksi peringkat kumpulan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya merekodkan enam kemenangan dari enam perlawanan dalam aksi peringkat kumpulan, seterusnya melayakkan mereka ke pusingan kalah mati sebagai Juara kumpulan.

Walau berada dalam kumpulan yang kononnya maut, namun Liverpool seolah-olah berada di kelas mereka yang tersendiri dengan mara ke pusingan seterusnya tanpa dicabar.

Liverpool melengkapkan kemenangan keenam mereka pada awal pagi tadi di San Siro, selepas Mohamed Salah dan Divock Origi mencatat nama sebagai penjaring gol kemenangan untuk The Reds.

Walau bagaimanapun, pujian yang menggunung harus diberikan kepada barisan pertahanan Liverpool dalam perlawanan ini, dek kerana mereka telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Ketiadaan Joel Matip dan Virgil Van Dijk telah diisi oleh Nat Phillips dan Ibrahima Konate dengan kedua-dua mereka merupakan antara pemain terbaik Liverpool dalam perlawanan ini.

Nat Phillips jelas sekali tidak mengecewakan Jurgen Klopp dengan beliau cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengagumkan.

Beliau bahkan berjaya melakukan skill yang cukup dasyat hingga berjaya memperbodoh-bodohkan Zlatan Ibrahimovic dan Franck Kessie di dalam kotak penalti Liverpool.

Walau bagaimanapun, sebalik kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Phillips, gandingan beliau dalam perlawanan ini, Ibrahima Konate juga berhak untuk dipuji.

Kebanyakan peminat memilih Ibrahima Konate sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini selepas beliau mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Menurut laporan dari Sofascore, bekas bintang RB Leipzig itu berjaya melakukan tujuh clearance, dua tackle sempurna, tiga pintasan dan turut berjaya melakukan hantaran-hantaran berkualiti tinggi kepada rakan sepasukannya.

Selain dari statistik yang sungguh dasyat dan menakjubkan itu, antara pencapaian terbaik Konate dalam perlawanan ini adalah ketika beliau berjaya untuk menyimpan penyerang terhebat sepanjang zaman, Ibrahimovic dalam poketnya.

Data statistik Zlatan dalam perlawanan ini sudah cukup membuktikan yang beliau gagal untuk bersaing dengan pemain centre-back Liverpool itu.

Beliau hanya berjaya melakukan satu percubaan, yang mana ia sekadar percubaan tersasar, gagal untuk melakukan gelecekan, hanya mampu membuat 31 sentuhan dan purata hantaran yang berjaya beliau lakukan hanya sekitar 71% sahaja.

Zlatan Ibrahimovic koyak dengan Konate

Bahkan ada satu video yang menunjukkan bagaimana Zlatan melepaskan kemarahannya dengan membanting Konate ke bawah ketika mereka sedang bergelut di dalam kotak penalti.

Ia sudah cukup jelas untuk membuktikan yang Zlatan sudah koyak dan geram dengan Konate yang sentiasa ada untuk menggagalkan usaha beliau.

Melihat kepada rakaman ini, sangat jelas yang Ibrahimovic sudah hilang sabar dan koyak dengan kekentalan Konate dalam mengawal pergerakan beliau sepanjang permainan.

Zlatan Ibrahimovic sendiri bahkan turut teruja dengan persembahan Ibrahima Konate dalam perlawanan ini, dengan beliau memilih untuk bertukar jersi dengan bintang Liverpool itu selepas tamat perlawanan.

Hari yang indah untuk kedua-dua centre-back Liverpool itu selepas mereka berjaya mencipta detik menakjubkan bersama legenda bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovic.

Selain dua gandingan centre-back itu, Tyler Morton juga merupakan antara pemain muda yang benar-benar bersinar dalam perlawanan ini dan mendapat pujian yang menggunung dari pelbagai pihak.

Sumber: GMS

BACA:  Zlatan Buli Lucas Dengan Pemain Lazio Lain Goyang Nak Campur