Al-Jufferi Tumbangkan Pesilat Indonesia Walau Bertarung Dengan Menggunakan Sebelah Tangan

walau terpaksa menghabiskan pertarungan dengan hanya menggunakan sebelah tangan, namun pesilat negara Al-Jufferi Jemari tetap berjaya menewaskan lawannya Iqbal Chandra di pentas Sukan SEA.

Semangat juang yang ditunjukkan oleh Al-Jufferi sememangnya satu hal yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau kini berjaya mengesahkan tempat untuk beraksi di pentas separuh akhir.

Beliau menderita kecederaan di tangan kanannya ketika beraksi bertemu pesilat Indonesia, Iqbal Chandra di Pusat Sukan Bac Tu Liem semalam.

Al-Jufferi yang pernah muncul sebagai Juara dunia pada tahun 2016 itu berjaya mencatatkan kemenangan menewaskan Iqbal Chandra menerusi jatuhan terakhir.

Melihat Al-Jufferi menderita kecederaan tangan, jelas sekali ia kesempatan untuk pesilat dari Indonesia itu menyerang beliau di tempat yang sama.

Al-Jufferi mengalami kecederaan tersebut pada aksi di pusingan kedua dalam kategori Tanding Putra F dengan acara tersebut sebenarnya pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA.

Namun dengan semangat dan tekad yang beliau miliki, Al-Jufferi tetap menghabiskan pertarungan seterusnya mencatatkan kemenangan dalam pertarungan tersebut.

Bercakap ketika ditemu bual oleh Akbar Sahari, Al-Jufferi telah memberikan ucapan yang penuh semangat dan bermotivasi.

“Pertama sekali saya nak mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana urusan saya di dalam gelanggang telah dipermudahkan.”

“Yang pertamanya saya ingin beritahu dekat sini yang saya harap rakan-rakan saya, biarlah dia berjuang tu kerana Negara. Sebabnya kami ni bukan bekerja kami ni memikul tanggungjawab.”

“Kalau memikul tanggungjawab tu perjuangan dia lain. Jadi apa yang berlaku dalam gelanggang tadi ia adalah satu kuncian ya, saya rasa ia satu kuncian daripada pihak lawan saya iaitu Iqbal Chandra dari Indonesia.”

“Jadi waktu tu sempatlah juga sikit untuk saya mengeluarkan dari kuncian tu, tapi alhamdulillah dalam beberapa masa yang diberikan tu saya berjaya memasuki sendiri, itu pun atas izin Allah SWT.”

Akbar Sahari kemudiannya bertanya adalah kecederaan itu bakal mengganggu persembahan beliau di peringkat separuh akhir nanti, dengan Jufferi menjawab:

“Subhanallah saya rasa tak akan ganggu sebab saya main untuk menang, saya main demi keluarga saya, demi negara, demi Wira Megat (Zulkarnain Tan Sri Omardin) demi memartabatkan silat negara di persada dunia, terutama Sukan Olimpik (Paris 2024).

Semangat juang yang ditunjukkan oleh Al-Jufferi harus dipuji dan beliau selayaknya dianggap wira atas persembahan yang beliau tunjukkan di pentas Sukan SEA itu.

Sumber: Astro Arena

Baca Juga

Baca Juga