Alan Shearer Anggap Bintang Chelsea Terlalu ‘Sopan’ Ketika Bertahan

Alan Shearer menganggap pemain pertahanan Chelsea, Malang Sarr terlalu sopan ketika aksi kemenangan The Blues menewaskan Luton Town dalam saingan FA Cup kemarin.

Legenda Man City, Micah Richards turut bersetuju dengan kenyataan dari Alan Shearer dengan menganggap Malang Sarr sangat berlembut ketika bertahan.

Chelsea berjaya mara ke peringkat suku akhir saingan FA Cup musim ini selepas menewaskan Luton Town 3-2 di Kenilworth Road.

Chelsea walau bagaimanapun dalam perlawanan tersebut dua kali ketinggalan dengan pasukan tuan rumah nampak hampir untuk menang perlawanan tersebut.

Reece Burke dan Harry Cornick berjaya menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah dengan Sarr yang diturunkan dalam kesebelasan utama the blues terlibat dengan kedua-dua gol tersebut.

Hal itu menyebabkan Alan Shearer menganggap pemain berusia 23 tahun itu terlalu sopan ketika bertahan hingga menyebabkan pasukan lawan menjaringkan gol.

“Sarr mengawal Reece Burke, apa saya maksudkan, bukankah dia terlalu baik, saya tak nampak dia terlalu aggressive.”

Jelas Shearer kepada BBC.

“Dia jauh dari lawan, sentuhan dia, semuanya nampak tak cukup.”

“Bola tu masuk dengan cantik dan larian serta contact dia lakukan memang sempurna, cara bagaimana dia kawal situasi di far corner tu bagus tapi dia tak aggressive.”

Richard yang ada di studio bersama Shearer bersetuju dengan analisis yang dibuat oleh legenda Premier League itu.

Bekas pemain pertahanan Man City itu kemudiannya menambah dengan menyatakan:

“Macam kamu kata, ketika dia berdepan larian ke arah dia dan dia ada rasa tekanan tu… Dia tak cukup aggressive.”

“Kadang kala ketika kamu pemain yang kecil, kamu cuma perlu pastikan yang kamu rapat dengan seseorang, hentikan dia dari membuat larian.”

“Benda tu tak berlaku dan dia sebabkan Chelsea bolos.”

Burke menjaringkan gol seawal minit kedua dalan perlawanan tersebut sebelum Saul Niguez menyamakan kedudukan pada aksi babak pertama perlawanan.

Sarr kemudiannya menjadi punca Cornick berada di kedudukan onside selepas beliau maju terlalu awal dan membenarkan pemain lawan membuat larian pantas masuk ke kawasan Chelsea dan menewaskan Kepa Arrizabalaga.

Pemain bawah 21 tahun Perancis itu melengkapkan perpindahan menyertai Chelsea pada tahun 2020 yang lalu dari Nice.

Beliau sebelum ini menghabiskan masa selama satu musim beraksi bersama Porto sebagai pemain berstatus pinjaman sebelum kembali ke Stamford Bridge musim ini.

Beliau tampil 16 kali dari semua pertandingan sepanjang musim ini dan ia sudah cukup untuk membuktikan yang Thomas Tuchel sendiri sudah mula percaya dengan kemampuannya.

Timo Werner dan Romelu Lukaku berjaya menjaringkan gol pada aksi babak kedua dalam perlawanan bertemu Luton Town, seterusnya mengesahkan kemenangan untuk Chelsea menewaskan pasukan dari Championship itu.

Chelsea berjaya mara ke aksi perlawanan akhir saingan FA Cup sejak dua musim kebelakangan ini, namun mereka kalah dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Pada tahun 2020 mereka tewas di tangan Arsenal dan pada 2021 mereka tewas di tangan Leicester City.

Mereka kemudiannya berdepan kekalahan perlawanan akhir kelima di Wembley kemarin, selepas tewas kepada Liverpool dalam saingan Carabao Cup.

Selepas terlepas peluang untuk menjulang Piala pertama musim ini, Chelsea sudah tentu menyasarkan untuk sekali lagi mara ke perlawanan akhir saingan FA Cup.

Anak-anak buah Thomas Tuchel itu juga tentu saja tidak mahu kalah lagi andai mereka berjaya mara ke aksi perlawanan akhir ketiga berturut-turut dalam saingan FA Cup.

Chelsea masih berpeluang untuk menjuarai saingan FA Cup dan Champions League musim ini.

Mereka juga masih bersaing dalam perebutan untuk memenangi gelaran liga, namun sepertinya agak sukar untuk anak-anak buah Thomas Tuchel itu memintas Man City dan Liverpool yang sedang bersaing untuk menjuarai saingan liga musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  5 Hal Yang Chelsea Tak Boleh Lakukan Sepanjang Tempoh Kelab Dibekukan