Alan Shearer Melabel Klopp Sebagai Sampah Kerana Berang Dengan Keputusan Pengadil

Alan Sheare dengan keras telah membidas Jurgen Klopp selepas perlawanan kerana kelakuannya yang berang lagi penuh emosi dengan keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti pada lewat permainan.

Liverpool power this is our year suatu ketika dilihat mampu untuk meraih 3 mata penuh dalam Merseyside derby namun keputusan pengadil menafikan kejayaan Liverpool.

Klopp nyata berang dengan keputusan pengadil, Craig Pawson telah bercakap dengan pengadil perlawanan di luar padang selepas wisel penamat. Kemarahan Klopp itu di bawa semasa temuramahnya bersama Patrick Davison dari Sky Sports.

“Aku tidak faham mengapa pengadil melakukan perkara tersebut. Dejan Lovren tidak melakukan sebarang terjahan. Calvert-Lewin cuba memenangi penalti ketika itu dan tangan Lovren berada di belakang. Aku tidak kisah jika kamu berkata itu adalah penalti. Adakah pendapat aku bakal mengubah keputusan perlawanan ?”

“Aku hanya mahu bercakap dengan pihak yang mempunyai pemahaman mengenai bolasepak walaupun sedikit. Aku meminta maaf, aku salah dan kamu betul. Aku tidak berminat untuk menjawab soalan lagi.” Ujar Klopp.

Klopp tidak puas hati dengan keputusan pengadil. Imej : Reuters

Klopp berkeras bahawa pemainnya sudah melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan dan merungut dengan cara permainan Everton yang seakan tidak mahu bermain bola sepak ditambah dengan keputusan pengadil.

Namun apa yang dilalui dan dirasakan oleh Klopp nyata tidak disenangi oleh Alan Shearer. Dengan mukaddimah yang padu lagi tajam Shearer membuka kata bicara.

“Sampah!” Ujar ikon Newcastle itu kepada Match of the Day 2.

—-

“It’s rubbish!” the Newcastle icon said on Match of the Day 2.

Shearer menyatakan sebelum perlawanan lagi semua sudah tahu bahawa Everton akan bermain dengan bertahan dan Shearer juga mempersoalkan barisan pemain diturunkan oleh Klopp.

“Semua orang sudah tahu sebelum perlawanan bagaimana Everton akan bermain. Cara permainan mereka sudah pasti akan kekal di bawah dan bertahan. Itu bergantung kepada Liverpool untuk melepasinya dan mereka gagal.”

“Kita telah mendengar rungutan Klopp bahawa itu satu keputusan yang teruk dan hanya ada satu pasukan sahaja akan menang. Baik ko tengok balik pemilihan pemain ko.”

Klopp.. Klopp.. hati kau keras.

Klopp penuh yakin bahawa mereka akan meraih kemenangan dalam derby tersebut walaupun ramai mempersoalkan pilihan pemainnya sebelum sepak mula di mana Coutinho dan Firmino direhatkan dan mempertaruhkan Dominic Solanke.

Shearer menyarankan Klopp menyalahkan diri sendiri dan pemain sambil menyindir ketamakan Mane.

“Kau rehatkan pemain (Phillipe Coutinho) yang menjaringkan hatrik minggu lalu. Dan sebagai penyerang, yang aku tahu aku akan direhatkan jika tidak menjaringkan gol.”

“Sebaliknya ko letak pemain yang masih mentah dan banyak lagi perlu belajar dalam perlawanan besar.”

“Jadi dari duk salahkan pengadil, salahkan diri kau jela dan salahkan pemain kau kerana bodoh ketika bertahan dan tidak mendahului 2-0 ketika Mane berpeluang melakukannya.”

Pendapat Shearer ini nyata senada dengan pendapat orang ramai dan ketamakan Mane juga jangan dilupakan. Namun Klopp tetap mempertahankan keputusannya dalam pemilihan pemain dan cenderung menyalahkan cara Everton bermain.

Keputusan Klopp untuk merehatkan pemain utama seperti Philippe Coutinho dan Roberto Firmino jelas memakan diri tetapi bekas pengurus Dortmund ini enggan mengakui kesalahan tersebut, dan menyalahkan taktikal Everton yang hanya mahu bertahan.

“Hanya satu pasukan yang bermain untuk menang selama 95 minit perlawanan berlangsung. Satu lagi pasukan tidak mampu untuk membawa bola ke dalam kotak penalti kami dan tidak mencatatkan sebarang sepakan tepat ke arah gol kecuali penalti tersebut.”

“Secara keseluruhannya persembahan kami agak bagus. Cuma kami tidak menjaringkan gol yang cukup. Saya melihat hanya satu pasukan sahaja yang bermain. Saya hammpir tidak percaya dengan terjahan yang dilakukan pemain lawan sepanjang perlawanan.”

“Kami bermain bersih dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Ada satu terjahan yang kotor dilakukan pemain lawan iaitu terjahan yang dilakukan Sigurdsson yang mana itu adalah kesalahan kad merah yang jelas.” Luah Klopp mempertahankan pendiriannya.

Apabila ditanya mengapa beliau melakukan perubahan drastik terhadap pasukan Liverpool di mana Firmino dan Coutinho beraksi cemerlang bermula dari bangku simpanan, beliau menjawab:

“21 hari, 7 perlawanan. Kami boleh terus menekan pemain kami untuk terus beraksi sehingga mereka cedera dan selepas itu, pihak media akan berkata pasukan Liverpool tidak mempunyai skuad yang cukup. Pemain yang dpilih menggantikan Firmino dan Coutinho melakukan tugas mereka dengan baik sekali.” Ujar Klopp.

Baca Juga

Baca Juga