Alasan Mengapa Mane Memilih Untuk Sertai Bayern Munich

Sadio Mane tampil menjelaskan tentang keputusan beliau mahu meninggalkan Liverpool dan mengapa beliau tidak mengambil masa yang lama untuk memilih Bayern Munich.

Gergasi Bundesliga itu pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk melengkapkan perpindahan Sadio Mane dari Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £35.1 juta.

Sadio Mane dilihat berada di padang latihan Bayern Munich sambil memakai jersi kelab tersebut dengan beliau menjalani medikal pada petang semalam.

Pemain kebangsaan Senegal itu hari ini mendedahkan tentang mengapa beliau memilih untuk menyertai Bayern Munich.

Mane turut menegaskan yang beliau mahu urusan perpindahan itu berlaku sebaik mendengar Bayern Munich sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

“Ketika pertama kali ejen saya beritahu saya tentang minat Bayern, saya ketika itu terus berasa teruja.”

Jelas mane kepada BILD.

“Saya nampak diri saya berada di sana dengan segera. Bagi saya ia merupakan kelab yang tepat di waktu yang betul.”

“Ia merupakan antara kelab terbesar di dunia dan mereka senantiasa bersaing untuk memenangi Piala. Jadi, bagi saya ia adalah satu keputusan yang tepat untuk saya ke sana.”

Ketika ditanya tentang keputusan beliau mahu menyertai Bayern Munich, Mane kemudiannya menjawab:

“Ejen saya beritahu saya yang ada kelab lain yang bertanya, dan ia sebahagian dari rundingan.”

“Tapi saya pada ketika itu juga ada perasaan yang baik, lebih-lebih lagi ketika Bayern tunjukkan perancangan mereka kepada saya. Saya nampak diri saya dalam perancangan Bayern lebih dari orang lain.”

Mane yang berjaya memenangi gelaran Champions League bersama Liverpool pada tahun 2019 itu kemudiannya telah ditanya adakah beliau akan membantu Bayern untuk ke perlawanan akhir Champions League.

“Saya tak mahu kata tidak.”

Jelas Mane.

“Impian setiap pemain adalah untuk memenangi Champions League, setiap pemain bola sepak di dunia. Saya bersama sebuah pasukan yang sangat, sangat kompetetif sekarang.”

“Tapi masih terlalu awal sepertinya untuk bercakap tentang perlawanan akhir saingan Champions League, kami bahkan belum bermain bersama dalam perlawanan pertama lagi. Apa yang penting kami akan berikan segalanya untuk layak ke perlawanan akhir.”

Berapa gaji Mane terima bersama Bayern Munich?

Sadio Mane pada ketika ini akan menikmati kenaikkan gaji yang sangat lumayan selepas beliau melengkapkan perpindahannya menyertai Bayern Munich.

Mane yang kini sudah berusia 30 tahun itu dijangka akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama gergasi Bundesliga itu.

Liverpool sendiri sudah menerima tawaran bernilai £35.1 juta dari Bayern Munich untuk melepaskan pemain penyerang utama mereka itu.

Menurut sumber laporan dari The Mirror, Mane dijangka akan menerima pendapatan bernilai £250,000 seminggu di Allianz Arena.

Ia sebenarnya kadar kenaikkan gaji yang sangat tinggi berbanding apa beliau terima ketika kariernya bersama Liverpool sebelum ini.

Bersama Liverpool, Sadio Mane dilaporkan hanya menerima pendapatan bernilai £100,000 sahaja dan bersama Bayern Munich beliau menerima kenaikkan lebih satu kali ganda.

Kontrak Mane bersama Liverpool sebenarnya hanya berbaki setahun sahaja lagi dan The Reds sendiri sebenarnya berjaya mencipta keuntungan yang sangat banyak selepas menjual bintang Senegal itu dengan nilai £35 juta sedangkan beliau boleh pergi sebagai pemain bebas ejen pada musim panas akan datang.

Mane dan Liverpool sendiri sebelum ini telah mengadakan rundingan berkait tawaran kontrak baru untuk pemain penyerang itu.

Rundingan tersebut walau bagaimanapun berakhir dengan kegagalan dan kerana itulah Mane memutuskan untuk meneruskan kariernya di Jerman.

Bekas pemain penyerang Southampton itu dilaporkan meminta Liverpool supaya menaikkan gajinya kepada £400,000 seminggu dan permintaan beliau itu telah ditolak mentah-mentah oleh finalis saingan Champions League itu.

Seandainya Liverpool menerima permintaan dari Sadio Mane itu, maka bintang Senegal itu bakal menjadi penerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League.

Mohamed Salah yang kini turut masih berunding dengan Liverpool berkait kontrak barunya itu juga dilaporkan meminta nilai yang sama seperti yang Mane pernah minta sebelum ini.

Dengan kontraknya hanya berbaki setahun sahaja lagi, Mo Salah sepertinya akan meninggalkan Liverpool sebagai pemain bebas ejen pada musim panas akan datang.

Salah sendiri pada ketika ini sudahpun menjadi penerima gaji tertinggi di Anfield bersama Virgil Van Dijk dan Thiago Alcantara.

Bintang Mesir itu bersama Thiago Alcantara dilaporkan menerima gaji bernilai £200,000 seminggu sementara Virgil Van Dijk pula menerima £220,000 seminggu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mohammed Salah Luah Kekecewaan Di Twitter 30 Minit Selepas MU Belasah Chelsea 4-1