Aleister Black: Membawa Pencak Silat Ke Gelanggang WWE

Aleister Black atau nama sebenarnya Tom Budgen merupakan seorang penggusti profesional WWE berasal dari Belanda.

Beliau dilahirkan pada 19 Mei 1985 di Alkmaar, Netherlands. Black telah melakukan debut dalam dunia gusti seawal usia 17 tahun lagi.

Nama Aleister Black kini menjadi salah seorang penggusti paling terkenal di WWE dan beliau antara penggusti yang mempunyai ramai penggemar.

Peminat mungkin mengenali Black sejak beliau mula menyertai WWE dan pasti ramai tidak tahu bahawa beliau mempunyai sejarah perjalanan yang luar biasa hebat.

Karier Awal Aleister Black

WWE merupakan pengaruh utama bagi para penggusti yang berminat untuk menceburi dunia hiburan ini.

Kebanyakkan penggusti profesional, mereka mula menanam minat untuk menceburi bidang ini kerana dipengaruhi oleh WWE dengan menjadi penonton ketika usia kecil dahulu.

Tetapi hal itu tidak terjadi kepada Aleister Black, beliau sebenarnya sejak kecil merupakan peminat tegar rancangan gusti Jepun, NJPW.

Jadi minat Black untuk ceburi bidang gusti adalah dari pengaruh menonton aksi gusti di Jepun. Bahkan sewaktu kecil beliau sama sekali tidak mengambil tahu tentang WWE.

Black mula menjadi penonton WWE semasa berusia 16 tahun. Beliau ketika itu sudah menyertai program latihan untuk menjadi seorang penggusti profesional.

Untuk berada di tahap seperti sekarang, Black sebenarnya sudah banyak bekorban. Dari awal lagi beliau sudah mula berusaha untuk menjadi penggusti profesional.

Di Belanda sememangnya tiada tempat untuk mengetengahkan bakat-bakat dalam sukan gusti. Jadi mereka harus mencari pengalaman di luar untuk terus mengejar cita-cita menjadi seorang penggusti profesional.

Aleister Black sendiri telah merantau ke pelbagai negara demi untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penggusti profesional yang berjaya.

Bapa beliau adalah individu yang banyak membantu dan sentiasa menyokong beliau dari kecil hingga sekarang.

Bapanya merupakan salah seorang penggemar rancangan gusti dan sememangnya menanam cita-cita untuk melihat anaknya menjadi seorang penggusti profesional.

Nama Aleister Black Mula Dikenali

Sebelum menandatangani perjanjian bersama WWE, Aleister Black sebenarnya sudah mencipta nama yang gemilang dalam arena gusti semi-pro.

Beliau pernah beraksi di pentas Insane Championship Wrestling, Westside Xtreme Wrestling, Progress Wrestling dan Pro Wrestling Guerilla.

Sepanjang kariernya di luar WWE, Black pernah menjuarai wXw Unified World Heavyweight Championship, wXw World Lightweight Championship, wXw Tag Team Championship, ICW Championship dan Progress Tag Team Championship.

Pada tahun 2016, Aleister Black menandatangani perjanjian menyertai WWE dan beraksi di bawah jenama NXT.

Namun, Black hanya melakukan debut rasminya bersama WWE setahun selepas itu setelah menyelesaikan urusan visanya.

Fakta menarik tentang Black ketika bersama NXT adalah, beliau tidak pernah kalah dalam kesemua perlawanan awalnya di sana.

Hasil dar kemenangan demi kemenangan dan aksi hebat yang dipamerkan, setahun selepas itu, Black sudah berpeluang untuk beraksi dalam perlawanan perebutan tali pinggang kejuaraan NXT.

Black telah bertemu dengan pemegang sabuk kejuaraan dunia NXT ketika itu, Andrade Cien Almas.

Perlawanan antara Black menentang Cien Almas di NXT TakeOver New Orleans pada April 2018 menjadi antara perlawanan paling menarik dan Epik sepanjang karier Cien Almas.

Cien Almas ternyata tidak memberi laluan mudah kepada Black untuk menewaskannya.

Black akhirnya berjaya menewaskan Cien Almas dalam perlawana penuh epik itu dan menjuarai kejuaraan utama NXT.

Penggusti kelahiran Belanda itu berjaya untuk mempertahankan kejuaraan dunia NXT sehingga Julai 2018.

Black terlepas sabuk kejuaraan dunia NXT itu selepas ditewaskan oleh Tommaso Ciampa dalam satu perlawanan penuh aksi.

Namun selepas gagal untuk mempertahankan kejuaraannya, Black menyalahkan Johny Wrestling Gorgano menjadi punca utama kekalahan beliau.

Gorgano merupakan rakan regu Ciampa
yang kemudian menjadi seteru utamanya, telah masuk mengganggu perlawanan antara Black dan Ciampa.

Maka lontara dari itu terjadilah perseteruan antara mereka bertiga dalam saingan utama di NXT.

Selepas dari itu, Aleister Black telah dipanggil untuk menyertai jenawa utama WWE iaitu SmackDown Live.

Black Mahir Dalam Seni Persilatan

Selepas dibawa naik ke main roaster pada penghujung 2019, Black menjadi salah seorang penggusti paling di gemari.

Tetapi kenapa beliau berjaya menarik minat para penonton, sedangkan Black tiada kemahiran dalam bercakap seperti penggusti kelas atasan lain di WWE?

Semua sedia maklum bahawa WWE sekadar rancangan hiburan sahaja. Pemenang, perlawanan, keputusan dan tempo masa semuanya sudah di atur lebih awal.

Penggusti hanya mengikut skrip yang sudah tersedia dan memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Namun harus diingat juga, walaupun semua sudah dirancang, aksi yang mereka pamerkan dalam gelanggang adalah aksi sebenar.

Dek kerana itu lah ramai penggusti yang boleh ditimpa kecederaan serius ekoran dari aksi mereka dalam dunia hiburan gusti.

Lebih kurang 60% aksi yang mereka lakukan adalah aksi sebenar dan baki 40% cuma lakonan. Tetapi mereka juga harus bijak untuk kaburkan penonton supaya segala aksi nampak tulen.

Sukar sebenarnya nak lakukan semua itu kerana WWE merupakan rancangan siaran langsung dan mereka beraksi dihadapan puluhan ribu penonton.

Kebanyakkan penggusti gagal nak uruskan hal tu. Tetapi Aleister Black mampu membuat kita semua anggap 100% aksi dia dalam gelanggang adalah benar.

Aleister Black satu-satunya penggusti dalam dunia ni yang pakai buah silat dalam gelanggang gusti. Dari usia tujuh tahun Black telah mempelajari Ilmu persilatan dari gurunya.

Selain silat Black juga mahir dalam seni bela diri yang lain seperti Kick Boxing, BJJ dan lain-lain. Tetapi yang jelas, beliau lebih kerap menggunakan silat dari martial arts yang lain.

Segala jenis buah silat beliau gunakan atas gelanggang baik dari kekuda, sepak terajang, penumbuk sampai tahap gerakan mengelak serangan lawan beliau gunakan kemahiran silatnya.

Macam mana nak nampak semua yang dia lakukan itu sekadar lakonan kalau dah buah silat dia pakai meletop-letop kena dekat lawan.

Itu lah yang membezakan Black dengan penggusti lain. Dengan tubuh fizikal yang tinggi lampai dan badan penuh tattoo, Black dah berjaya curi perhatian peminat dari penampilan dia sendiri.

Ditambah pula dengan aksi dalam gelanggang yang hebat sebab tu Black menjadi antara penggusti paling populer dalam WWE sekarang.

Walau Black tidak terkenal seperti Kevin Owen, Seth Rollins atau Roman Reigns, namun setiap aksi darinya sangat menghiburkan para peminat.

Selain dari penampilan dan aksi yang mengagumkan, lagu tema beliau Root Of All Evil turut mencatatkan muat turun tertinggi dalam kalangan WWE.

Selain itu, watak beliau dalam permainan video WWE 2K20 adalah yang paling terkenal antara yang lain. Itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa Black antara penggusti yang mempunyai masa depan cerah.

Aleister Black berjaya memenangi dua perlawanan dalam PPV terkahirnya setakat ini. Beliau awalnya menewaskan AJ Style di Elimination chamber dalam perlawanan tanpa peraturan.

Dalam perlawanan ini Aleister Black mempamer aksi cukup hebat dan feud beliau dengan Style sangat berbaloi ditonton.

Terbaru, Black berjaya menewaskan Bobby Lashley dalam pentas terbesar WWE, WrestleMania.

Semoga Aleister Black berjaya untuk menjadi seorang penggusti profesional yang berjaya di masa hadapan dan menjadj Juara dunia di WWE.

BACA:  Peminat Teruja Melihat Lesnar Kembali Dan Membelasah Cena Ketika Off-Air