Alex Ferguson Dedahkan Kapten Terhebat Man Utd Pilihannya

Pengurus legenda, Sir Alex Ferguson telah mendedahkan kapten atau ketua pasukan Manchester United yang terhebat pernah bermain untuknya ketika era kegemilangannya di Old Trafford.

Tanpa perlu berfikir panjang atau membuat undian seperti anugerah Ballon d’Or dengan menamakan senarai calon akhir, Sir Alex Ferguson dengan mudah memilih Bryan Robson.

Sepanjang pemerintahan Sir Alex Ferguson selama 26 tahun, beliau telah melantik ramai kapten berkaliber dimulai dengan Bryan Robson, Roy Keane, Nemanja Vidic dan Gary Neville.

Jika Sir Alex Ferguson masih lagi menjadi pengurus Manchester United, sudah pasti Harry Maguire menjadi kapten terhebat. Satu pilihan yang lagi mudah.

Bryan Robson tiba di Old Trafford pada tahun 1981 dan sepanjang kariernya bersama Setan Merah, Robson telah menjulang dua gelaran Premier League, tiga Piala FA, satu UEFA Cup Winners dan satu Piala Liga.

Ketua pasukan legenda Manchester United itu telah mengangkat kaki pada 1994 untuk menyertai Middlesbrough, Bryan Robson hingga kini kekal sebagai kapten paling lama pernah berkhidmat dalam sejarah kelab Premier League.

Sir Alex Ferguson telah menghujani Kapten ‘Robson’ Marvel dengan pujian dan mendakwa Robson adalah “satu-satunya kapten yang saya tahu yang boleh membuat keputusan di atas padang.”

Perkara ini didedahak oleh Ferguson dalam satu sesi soal jawab mempromosikan filem mengenai kisah Bryan Robson di manutd.com dan Ferguson juga menjelaskan kenapa Robson menjadi pilihan:

“Baiklah, dia dengan mudah menjadi kapten terbaik yang pernah saya miliki. Saya rasa sepanjang tempoh dia di United, dia adalah pemain terbaik.”

“Pemain menyukainya, mereka membalasnya dan dia adalah kapten yang paling lama berkhidmat pada zaman saya.”

“Sukar untuk kapten kerana kadang-kadang dia perlu memberitahu perkara sebenar kepada pemain, anda tahu? Galakan yang dia perlu berikan kepada mereka kadangkala boleh menjadi agak tidak menentu dan dia begitu, tetapi para pemain memang menyayanginya.”

“Para pemain menghargai masa yang dia ambil untuk bersama mereka dan satu lagi, dia satu-satunya kapten yang saya tahu yang boleh membuat keputusan di atas padang. Dia tidak perlu melihat ke arah saya.”

“Dia akan melakukan perkara itu dan sungguh luar biasa. Malah ia sangat luar biasa kerana dia mempunyai kekuatan untuk melakukannya.”

Robson mengimbas kembali contoh sebelum Sir Alex menjadi pengurus Manchester United:

“Ia bukan sahaja ketika zaman anda bos tetapi ia juga sama di zaman Big Ron [Atkinson] ketika kami bermain di final Piala FA menentang Everton [pada 1985],” jawab Robbo.

“Apabila Kevin Moran dibuang padang [selepas 78 minit], saya rasa saya mempunyai banyak tenaga dalam permainan itu dan oleh itu Ron menjerit kepada saya: ‘Robbo awak pergi ke centre-half.’

“Saya hanya boleh mendengar dan saya berkata: ‘Tidak. Big Frank Stapleton – dia melakukan yang terbaik apabila dia kembali ke centre-half. Saya mahu menggunakan semua tenaga saya di bahagian midfield.’”

“Kami sampai ke separuh masa [dalam masa tambahan] dan bersyukur kami tidak bolos. Tetapi Ron masuk dan berkata: ‘Saya akan beritahu anda apa, saya cukup gembira kerana Frank melakukan tugas di centre-half supaya dia boleh kekal di sana dan anda boleh kekal di midfield.’

“Saya terlepas seorang pemain tetapi jika ada yang menjaringkan gol, saya fikir saya mungkin akan tercabut kepala saya.”

Dalam perlawanan itu, Walaupun bermain 10 orang Manchester United muncul juara hasil jaringan cantik Norman Whiteside pada minit ke-110 untuk menjulang Piala FA kedua dalam tempoh 3 musim.

Sebelum era Sir Alex Ferguson lagi Bryan Robson sememangnya seorang ketua pasukan yang mampu membuat keputusan di atas padang dan jelas dengan prestasi pemain di kepalainya ketika perlawanan.

Lantaran kepercayaan kepada rakan sepasukan Bryan Robson berani membuat keputusan dan tidak mengikut arahan pengurus serta berani mengambil risiko. Kerana inilah membutkan Robason disayangi rakan-rakan.

Rekod yang dipegang oleh Bryan Robson selaku kapten paling lama memegang jawatan di Manchestr United adalah semalam 12 tahun dari tahun 1982 sehinggalah tahun 1994.

BACA:  Kecewa Teruk Sampai Geleng Kepala Ferguson Dan King Kenny Ketawa Puas Selepas 5-0