Kurang lebih 33 tahun lalu Alex Ferguson menonton aksi Michael Knighton menimbang bola di tengah-tengah bulatan di padang Old Trafford sebelum dia melakukan satu voli cantik ke dalam gol di hadapan Stretford End.
Kini Knighton telah menyeru supaya pengurus terhebat dalam sejarah Manchester United itu melakukan satu perkara yang tepat dalam membantunya membawa ke episod akhir pemilikan keluarga Glazer ke atas kelab yang mereka berdua kasihi.
Knighton, kini 70 tahun, merupakan individu yang hampir membeli Manchester Untied pada harga GBP 20 juta pada bulan Ogos 1989 dan pada hari ini dia meluahkan rasa tidak faham bagaimana Ferguson dan bekas ketua pegawai eksekutif David Gill masih mampu hidup dengan tenang dalam keadaan kelab yang mereka telah bina dengan bersusah payah kini hampir diranapkan oleh pemilik yang telah mengambil wang sebanyak GBP 1 billion sepanjang 17 tahun lalu.
Knighton pada hari ini telah menubuhkan satu konsortium yang turut disertai oleh mereka yang digelarnya sebagai ‘billionair kecil’. Akan tetapi dia juga masih berharap akan bantuan daripada Sir Jim Ratcliffe, seorang jurutera kimia bertaraf billionair yang juga merupakan anak jati Manchester dan penyokong Syaitan Merah.
Glazer secara berterusan menyatakan bahawa kelab tersebut bukan untuk dijual dan Knighton percaya bahawa kini Ferguson perlu memainkan peranan untuk meyakinkan keluarga dari Amerika Syarikat tersebut supaya menerima tawaran dan berambus.
“Aku dah hubungi Sir Alex Ferguson dan aku dan hubungi David Gill,” ujar Knighton di pejabat Professor David Mach di Royal Acedemy of Arts di London.
“Aku juga dah hubungi Michael Edelsen, yang merupakan pengarah bila mana aku bertugas selama tiga tahun dalam lembaga pengarah United, dan pengerusi Martin Edwards menggunakan pelan tindakan yang aku cadangkan dan mengubah kelab menjadi satu kuasa yang pernah mereka jadi.”
Dalam perbualan tersebut, Knighton turut mempersoal fungsi Ferguson di United pada hari ini, seolah-olah melabelkan bekas pengurus tersebut sebagai tali baru keluarga Glazer.
“Ferguson, Gill dan Edelsen masih lagi bekerja di sisi Glazer. Macam mana diorang boleh terpacak kat situ dan biarkan kehancuran Manchester United terus berlaku?” Soal Knighton.
“Sir Alex dan David Gill sebenarnya boleh je hentikan Glazer sebelum berlakunya pembelian dulu. Jadi atas alasan yang diorang sahaja tahu, diorang tak buat macam tu. Tapi sekarang ni diorang kena bertindak.
“Ferguson kena nampak di mana kedudukan kelab ini berbanding Manchester City dan Liverpool. Tengok lah kat Old Trafford. Satu stadium yang sangat ikonik di dalam dunia kini berada dalam keadaan yang sangat memalukan.”
Terkini, keluarga Glazer bersikap terbuka untuk membawa lebih banyak pelaburan dari luar ke Old Trafford dan sebuah firma saham swasta Apollo Global Management dikatakan berminat.
Ratcliffe, pengasas jenama Ineos – sebuah syarikat kimia yang terkemuka di dunia, yang mempunyai nilai kekayaan peribadi bernilai GBP 10 juta turut dikatakan berminat..
“Kalau Apollo Management melabur di United, memang masalah besar. Mereka hanya akan membawa kesakitan kewangan yang sama seperti Glazer – cuma lagi teruk,” ujar Knighton lagi.
“Mereka sudah ada kaitan dengan Glazer dah banyak tahun dah. Leon Black adalah antara salah seorang daripada pengasas. Sesiapa yang tak kenal Leon Black patut Google dia.
“Dia pernah bagi duit sebanyak USD 158 juta kepada Jeffery Epstein di atas perkhidmatan yang diberikan. Adakah satu institusi sebesar Manchester United mahu dikaitkan dengan orang macam ni?”
Bagi yang tidak tahu, Jeffrey Eipstein dan Leon Black adalah dua ahli perniagaan yang pernah didakwa melakukan salah laku seksual di Amerika Syarikat.
“Jadi jawapannya adalah Sir Jim Ratcliffe,” tambah Knighton lagi.
“Konsortium yang aku tubuhkan tidak mempunyai dana yang cukup untuk buat apa yang perlu. Kita sembang tentang nilai GBP 2.5 billion untuk membeli kelab, GBP 500 juta untuk bayar segala hutang, GBP 700 juta untuk ubahsuai Old Trafford dan baki GBP 500 juta lagi untuk dilaburkan kepada pasukan.
“Kami akan perlukan pertolingan dan sebab itulah aku ada lepak dengan Sir Jim sepanjang enam bulan lepas. Aku tahu dia mendengar dan dapat tengok dia bercakap di pentas umum berkenaan minatnya [untuk membeli kelab] adalah satu episod yang penting.”
Terdapat laporan menyebut bahawa pemilik Manchester United, keluar Glazers telah meletakkan harga setinggi GBP 6 bilion atau RM26.81 bilion untuk membolehkan kelab itu dijual kepada pemilik baru.
Penyokong di Old Trafford tidak berpuas hati dengan pemilikan itu sejak ketibaan keluarga Glazers pada 2005, di mana ramai yang mempersoalkan bagaimana pengambilalihan dibenarkan sejak awal lagi.
Bukan sahaja tidak menyuntik pelaburan ke kelab dengan dana sendiri malahan keluarga Glazers tenang sahaja mengeluarkan dividen dari keuntungan kelab. Dia kan pemilik.
It would take around £6bn to buy #mufc #mulive [@jamesalanrobson]
— utdreport (@utdreport) August 17, 2022
Lapan tahun pertama tempoh perkhidmatan Glazers diliputi oleh kejayaan Sir Alex Ferguson di atas padang, tetapi sejak gelaran terakhir Liga Perdana Inggeris dan persaraan pada 2013, Manchester United telah mundur ke keadaan terburuk mereka sejak 1970-an.
Sejak persaraan Sir Alex Ferguson, Manchester United semakin ketandusan kejuaraan dan hampir hilang taringnya mereka serta boleh terkeluar dari senarai enam pasukan teratas.
Namun dari segi pendapatan dan nilai komersil, Manchester United masih lagi antara kelab terkaya dan bernilai tinggi dalam sejarah bola sepak.
Mereka hanya memfokuskan kepada keuntungan dan penajaan berbanding tujuan asal kewujudan kelab bola sepak untuk meraih keunggulan.
🚨 At least three consortiums are readying for formal bid for Manchester United and there is a belief that the Glazers would sell for around $6bn.
The biggest takeover in global sports history is a strong possibility within the 12-24 months.
(Source: @MiguelDelaney) pic.twitter.com/sDFS8ayo4z
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 17, 2022
Keuntungan yang diraih kelab sepatutnya dilaburkan kembali kepada pasukan untuk mengembalikan kegemilangan namun itu tidak terjadi.
Bantahan terhadap keluarga Glazer telah berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan berikutan permulaan yang suram bantahan semakin hangat.
Bekas ahli lembaga United, Michael Knighton baru-baru ini mendakwa dia sedang menyusun gerak kerja dan rancangan ‘pengambilalihan’ dengan sebuah konsortium.
Apabila cerita ini timbul maka semua orang bertanya soalan yang sama. Berapa banyak yang diperlukan untuk membeli Manchester United?
Sumber: Mirror