Ferguson, Del Bosque, Pirlo Beri Jawapan Kenapa Kelab Inggeris Gagal di Pentas Eropah

Sejak Chelsea memenangi Liga Juara-juara Eropah pada tahun 2012, tiada lagi kelab Inggeris yang mampu memenangi trofi yang paling berprestij bagi kejohanan kelab di dunia ini meskipun mereka bermain di liga yang paling kompetitif di dunia.

Chelsea, Liverpool, Manchester City, Tottenham Hotspur, Arsenal, Manchester United dan yang terbaru untuk tempoh yang singkat Leicester City – kesemua kelab ini terkandas di peringkat kumpulan, pusingan 16 pasukan dan paling jauh mereka mara hanya sehingga suku akhir.

Pada 2018 pasukan terhebat di muka bumi Liverpool dengan nasibnya telah mara ke final. Di atas kertas semua meramal Real Madrid juara dan akan mendapat tentangan sengit. Realitinya Real Mudah muncul juara.

Kehebatan Liverpool agak berbeza dengan pasukan Inggeris yang lain kerana kehebatan Liverpool hanya terletak di bibir dan mulut penyokong mereka sahaja. Atas sebab inilah mereka cepat beremosi.

Gareth Bale sebelum ini pernah menyatakan bahawa punca utama kegagalan kelab Inggeris ini adalah kerana liga yang terlalu kompetitif dan padat sehinggakan pasukan yang bertanding di peringkat eropah tidak dapat memberikan fokus dan perhatian sepenuhnya terhadap Liga Juara-juara.

Itu pendapat Bale. Beberapa individu berpengaruh lain dalam bola sepak turut memberikan pandangan mereka. Antaranya ialah pengurus lagenda Manchester United – Alex Ferguson, bekas pengurus Sepanyol dan Real Madrid – Vicente Del Bosque, dan juga lagenda Itali – Andrea Pirlo.

Ronaldo dan Messi Punca Kelab Inggeris Gagal – Ferguson

Ferguson berjaya menjulang trofi Liga Juara-juara ini sebanyak dua kali – pada 1999 dan 2008. Ketika bercerita kepada ESPN, Ferguson menyatakan bahawa bola sepak ibarat pusingan roda, bermaksud setiap negara ada hari masing-masing.

Pada tahun 1970-an, kelab Belanda, Ajax dan kelab Jerman, Bayern Munich menguasai saingan, sebelum Liverpool mula mendominasi pada tahun 1980-an.

Satu kekesalan Ferguson sepanjang menjadi jurulatih ialah tidak dapat membawa Faiz Subri bermain untuk United.

Antara tempoh 1989 sehingga 1995, giliran dominasi berubah kepada kelab Itali, di mana AC Milan telah muncul juara sebanyak tiga kali, manakala pasukan dari England pula muncul pada awal 2000 sehingga 2012, dengan tiga pasukan – Chelsea, Liverpool dan Manchester United berjaya menjulang piala ini, di samping Arsenal berjaya layak ke perlawanan akhir pada tahun 2005.

“Sekarang ni memang pak cik nampak pasukan dari Sepanyol yang akan terus mendominasi,” kata Ferguson.

“Diorang tu pasukan terbaik, sebab tu diorang menang. Tapi langit tak selalu cerah, nak. Itu semua akan berubah.

Punca dan masih la punca yang menghitung menunggu mati

“Anak pun tahu kan Cristiano Ronaldo akan jadi tua, Leo Messi pun akan jadi tua nanti.

“Bila diorang dah tua, susah nak cari pengganti. Nanti pada masa tu barulah kelab dari negara lain yang akan kuasai Liga Juara-juara,” tambah Ferguson.

Ternyata Ferguson melihat dua watak ini yang menyebabkan kelab Sepanyol menguasai Liga Juara-juara. Tapi tu lah, tak pasti Ferguson faham ke tidak soalan yang diajukan. Orang tanya kenapa kelab Inggeris gagal. Maafkan je lah orang tua ini.

Perlu Lebih Bertahan – Del Bosque

Bekas jurulatih Sepanyol dan Real Madrid ini mempunyai rekod pencapaian yang sungguh mengagumkan selaku seorang jurulatih. Piala Dunia, Kejohanan Eropah, dua trofi Liga Juara-juara, dua La Liga dan banyak lagi trofi yang berjaya digapai pengurus ini.

Ketika ditanya Mirror Football kenapa kelab England gagal, Del Bosque mempunyai jawapannya tersendiri.

“Pelik la tengok pasukan dari England lemau di Eropah walaupun mereka mempunyai liga antara yang terbaik di dunia.

“Mungkin dalam Liga Juara-juara, kau kena ada benteng pertahanan yang kukuh sikit kot, dan pada masa yang sama jangan le menyerang dengan nafsu kuda. Pasukan-pasukan England ni perlu ubah mentaliti diorang dulu.

“Memang la tiada orang yang berani bantah kualiti dan kekuatan kelab Inggeris, tapi itu tidak menjamin kejayaan di Eropah,” ujar Del Bosque lagi, ringkas.

Mungkin ada benarnya kata Del Bosque. Selalunya pasukan Liga Inggeris akan saling berbalas serangan tanpa peduli sangat akan tembok pertahanan mereka sendiri.

Salah satu bas yang mungkin akan dibawa oleh Mourinho

Sebab itu lah sewaktu Mourinho mula-mula menyertai Chelsea pada tahun 2004 dulu, Mourinho berjaya memenangi liga kerana dia memperkenalkan sistem pertahanan yang kebal, di samping mempunyai pemain di barisan serangan yang pandai main bola.

Contoh terdekat pula ialah Leicester City. Meskipun tewas kepada Atletico Madrid, Leicester layak sehingga peringkat suku akhir adalah kerana jasa barisan pertahanan yang mapan dari peringkat kumpulan sehinggalah ke pusingan 16 pasukan.

Kelab Inggeris Memerlukan Sentuhan Itali – Pirlo

Andrea Pirlo, bekas pemain Juventus dan bekas bakal pemain Kedah ini pula mempunyai pendapatnya sendiri. Pirlo sendiri pernah memenangi Liga Juara-juara sebanyak dua kali, pada tahun 2003 dan 2007.

Ketika ditanya perihal kelab Inggeris, Pirlo mengatakan kelab Inggeris kekurangan sentuhan Itali.

“Mungkin kelab Inggeris memerlukan lebih banyak meniru cara Itali di atas padang.

“Kau tengok lah, Manchester City pasukan pilihan kot semasa mereka bertemu Monaco, tapi mereka gagal untuk mengawal permainan sebetulnya untuk menang di pusingan kedua di Monaco.

“Guardiola pula gagal untuk pindahkan gaya dan pemikirannya kepada para pemain, sebagai mana dia lalukan di Barcelona dan Bayern Munich,” tambah Pirlo.

Peminat Pirlo pernah membuat lagu Pirlo Usha.

Sentuhan Itali yang dimaksudkan oleh Pirlo mungkin berkisar kepada kekuatan pertahanan, seperti mana yang kita tahu, pasukan dari Itali selalunya mempunyai teknik dan seni pertahanan yang indah dan juga kuat.

Rujukan berita :

1- Alex Ferguson : ESPN

2- Del Bosque dan Pirlo : Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga