Alexis Sanchez Buat Hal Lagi

Alexis Sanchez telah mengecewakan rakan sepasukan kebangsaannya, Chile, setelah mengabaikan peminat dalam keadaan mengamuk bagaikan kanak-kanak yang tidak mendapat lollipop daripada bapanya selepas tewas kepada Argentina 0-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Duni 2018 zon Amerika Selatan.

Sejurus tamat perlawanan, kesemua rakan sepasukan Sanchez menuju ke arah peminat dan memberikan penghargaan kepada mereka yang sanggup mengembara sejauh lebih 1500km untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan.

Cer teka apa yang Sanchez jerit masa ni

Namun, Sanchez yang kecewa tidak menyertai rakan sepasukan dan terus berjalan ke bilik persalinan sambil menarik-narik bajunya. Tak matang kan?

Tugu Sanchez di kampung halamannya

Pemain Bayern Munich, Arturo Vidal, yang digantung dalam perlawanan tersebut turut menyertai rakannya mengucapkan terima kasih kepada penyokong.

Penyerang Arsenal itu kini sedang menghadapi masa yang sukar dalam kariernya. Pasukan yang diwakilinya, Arsenal baru sahaja ditendang keluar dari Liga Juara-juara oleh Bayern Munich, selain ditolak oleh Manchester United ke tangga keenam.

Lebih malang lagi, pemain berusia 28 tahun itu digugurkan daripada kesebelasan utama ketika mereka tewas 1-3 kepada pasukan bakal juara, Liverpool.

Lukanya bagaikan diperah asam limau selepas Leo Messi menjaringkan gol tunggal pada hari Khamis yang lalu.

Solomon Rondon, penyerang WBA mungkin boleh menjadi duri dalam daging Chile.

Chile kini menduduki tangga keenam, sama seperti Arsenal, kumpulan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan dan jika mereka gagal mendapatkan keputusan yang baik, mereka bakal berdepan risiko tidak layak, memandangkan hanya empat slot automatik yang akan diberkan, dengan pasukan di tangga kelima perlu melalui perlawanan timbal balik dengan pasukan dari benua lain.

Pada hari Selasa ini Chile bakal bertemu Venezuela, pasukan tercorot daripada 10 pasukan, dan mereka berpeluang cerah untuk menambah mata, kalau Sanchez tak main lah.

Sumber : The Sun Football

Baca Juga

Baca Juga