Alexis Sanchez Dan Robert Lewandowski Bakal Berentap

London: Penyerang prolifik Arsenal Alexis Sanchez dan Robert Lewandowski dari Bayern Munich akan berdepan satu sama lain untuk membantu pasukan masing masing mencari kemenangan perlawanan Kumpulan F Liga Juara Juara di utara London awal pagi Rabu.

Selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam lapan perlawanan musim ini Sanchez penyerang Chile sudah meledak 10 gol pada enam perlawanan terakhir peringkat kelab dan negara.

Lewandowski menyumbat 22 untuk kelab dan bersama Poland termasuk 15 gol pada tujuh perlawanan terakhir.

kekalahan kepada Olympiakos menyebabkan pengurus Arsenal Arsene Wenger mengakui kelabnya perlu melalui perlawanan sukar melayakkan diri.

“Masih ada kemungkinan untuk layak tetapi memang sukar menerima kekalahan seperti itu. Pertarungan besar menanti kami di tempat sendiri,” katanya.

Moral skuad Wenger berada pada tahap menyakinkan selepas menang 3-0 di Watford Sabtu lalu. – Reuters

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86297#sthash.fzxKjUgH.dpuf

Baca Juga

Baca Juga