Alexis Sanchez Sah Sertai Inter Milan Secara Pinjaman

Akhirnya pemain piano Manchester United menemui kelab barunya, Inter Milan selepas tidak diperlukan lagi di Old Trafford dan menyertai pasukan Antonio Cone secara pinjaman sehingga tarikh 30 Jun 2020.

Sanchez bakal bersatu kembali bersama bekas rakan Setan Merahnya di Inter Milan, Romelu Lukaku yang menyertai pasukan Italy itu dengan nilai perpindahan £74 juta pada perpindahan musim panas ini.

Pemain Chile ini merupakan pemain yang menerima gaji yang terbesar di Manchester United, £400,000 seminggu je dan Manchester United dipercayai telah memberi subsidi kepada Inter Milan bagi menjayakan pinjaman ini.

Dengan gaji yang begitu besar, Sanchez dibayar Setan Merah untuk bermain bola sepak dan beliau lebih kerap bermain piano berbanding tujuan asal menimbulkan rasa tidak harmoni di kem Setan Merah yang mana pemain lain juga mahukan gaji yang besar kerana mereka bermain bola sepak.

Sanchez hanya menjaringkan dua gol musim lalu dan hanya satu di Premier League. Jika Sanchez terus kekal di Old Trafford maka beliau mungkin hanya boleh mendapat tempat ketika bermain di Europa League dan Carabao Cup. Itu pun kalau boleh main la.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mahu memberi lebih peluang kepada pemain muda iaitu Mason Greenwood yang mana telah menjadi pemain gantian sebanyak 3 perlawanan pada musim ini.

Beberapa jam sebelum berita pinjaman ke Inter Milan ini disahkan secara rasmi, Alexis Sanchez telah membuat satu hantaran di laman Instagaram rasmi beliau mengucapkan selamat maju jaya buat rakan-rakan di Manchester United.

Sanchez dijangka menerima gaji sekitar £4.5 juta je setahun bersama Inter Milan tetapi tidak mempunyai pilihan untuk membeli pemain itu seperti mana termaktub dalam perjanjian.

Sanchez telah menjaringkan 70 gol ketika bersama Arsenal selama 3 tahun setengah dan pada musim sebelum menyertai Setan Merah, Sanchez telah diclaonkan sebagai pemain terbaik tahunan PFA selepas menjaringkan 30 gol dan 17 bantuan gol.

Sanchez juga telah menjulang Copa America dua kali berturut-turut bersama pasukan kebangsaannya Chile. Semoga Sanchez kembali bangkit bersama Inter Milan.

Kami di The Sukan sayang dan sukakan Sanchez sebagai pemain bola sepak berbanding pemain piano.

Baca Juga

Baca Juga