Ali Dia – Penipu Bola Sepak Teragung Liga Inggeris

Bila sebutkan pemain bola sepak terbaik di EPL, pasti ramai akan terkenangkan kelajuan Thierry Henry, ketajaman Ruud Van Nistelrooy dan ketersembaman Steven Gerrard, tetapi tidak ramai yang tahu tentang beberapa pemain yang boleh dikirakan sebagai paling teruk. Kalau setakat Eric Djemba-Djemba tu belum boleh dikategorikan sebagai paling teruk, apatah lagi Bebe.

Ali Dia – mungkin ramai yang tidak mengenali pemain ini, tetapi dia pernah menggemparkan dunia bola sepak Inggeris suatu ketika dahulu.

Panggilan Telefon Misteri

Pada suatu hari pada tahun 1996, pengurus Southampton ketika itu, Graeme Souness telah menerima satu panggilan telefon daripada bekas pemain Liberia dan juga merupakan Pemain Terbaik Dunia, ‘George Weah’. Dalam perbualan tersebut, Weah telah mengesyorkan kepada Souness supaya mengambil seorang pemuda bernama Ali Dia untuk bermain dengan pasukan The Saints.

Souness mungkin masih lagi mengingati detik dia dikencing oleh Dia

Menurut ‘Weah’ lagi, Dia merupakan sepupunya dan sangat berbakat. Memandangkan internet bukanlah satu kemudahan pada zaman tersebut, Souness percayakan pemanggil tersebut lalu menawarkan kontrak selama sebulan kepada Dia.

Menyedari peluang ini hanya hadir sekali seumur hidup, Dia terus menerima tawaran tersebut. Ye lah, siapa tak nak main dengan Matthew Le Tissier kan? Dipendekkan cerita, Dia hadir ke kelab dan memulakan latihan bersama pemain bintang lain.

Sebenarnya ada rahsia yang tidak diketahui oleh Souness. Panggilan telefon daripada George Weah sebenarnya dibuat oleh rakan sekuliah Ali Dia di universiti dan menyamar sebagai Weah!

Waeh – bekas pemain terbaik dunia

Sesi Latihan Dan Hari Perlawanan

Dalam sesi latihan, Souness agak pelik melihat Dia di mana Dia tidaklah sebagus yang disangka, tetapi Souness masih bersangka baik bahawa Dia bakal menjadi bintang seperti Weah. Untuk menguji kebolehan Dia, Souness telah menamakan pemain ini dalam kesebelasan utama untuk menentang pasukan simpanan Arsenal, walaubagaimanapun, perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan kerana takungan air di padang.

Detik sebenar Ali Dia hadir pada 23 November 1996.

Pada hari tersebut, Southampton menerima kunjungan Leeds United dan ketika perlawanan memasuki minit ke-32, penyerang utama mereka Matt Le Tissier terpaksa dikeluarkan kerana tercedera. Tanpa membuang masa, Souness terus memanggil ‘wonderkid’ Ali Dia untuk menggantikan kaptennya.

Tidak seperi Kaiser Brazil yang enggan bermain, Ali Dia dengan penuh semangat melangkah masuk ke padang sambil diiringi tepukan gemuruh para penyokong Southampton. Seluruh stadium bagaikan tidak sabar untuk menonton aksi pemain baharu mereka. Mereka bagaikan tertanya-tanya, adakah pemain ini sehebat Roberto Baggio? Atau mampu merembat seperti Romario?

22 minit kemudian, semua orang bagaikan tidak percaya apa yang mereka lihat, dan 22 minit tersebut merupakan tempoh yang paling teruk dalam karier pengurusan Souness!

Ali Dia terlepas beberapa peluang keemasan, berlari tanpa arah tujuan di padang dan dalam bahasa mudahnya, Dia adalah sampah! Le Tissier telah menulis berkenaan perisitiwa ini.

“Persembahannya macam kartun. Dia ambik tempat aku, tapi dia macam takde posisi. Dia berlari je rata-rata. Aku rasa dia tak tahu dia main posisi mana. Aku tak pasti dia boleh speaking ke tak sebab aku rasa aku tak pernah bercakap dengan dia. Selepas tu, dia dibawa keluar semula sebab dia teruk gila.”

Matt Le Tissier pernah menolak tawaran kelab besar untuk kekal bersama Soton

Kontrak Dia ditamatkan

Kontrak Dia ditamatkan sejurus perlawanan tersebut tamat dan kemudian dia berpindah ke Gateshead. Bersama kelab Pantai Timur tersebut Dia bermain sebanyak lapan perlawanan dan menjaringkan dua gol.

Disebabkan prestasinya, Dia sering dimasukkan dalam pemain paling teruk dan pembelian paling mengarut, termasuk dinobatkan di tempat pertama “50 Pemain Bola Sepak Paling Haruk” oleh The Times.

Bagi orang ramai, Dia mungkin dikeji dihina dan dicaci, tetapi dia sebenarnya seorang lagenda. Dia mampu melakukan apa yang tidak terfikir oleh orang ramai dan pasti dia akan berbangga untuk bercerita kepada anak cucunya bahawa dia pernah bermain untuk pasukan Liga Perdana Inggeris.

Harap-harap cerita seperti ini tidak berlaku di Malaysia memandangkan penggiat bola sepak di Malaysia mempunyai pengetahuan yang luas dalam scouting pemain, di samping kejujuran yang tinggi tanpa memikirkan perut sendiri dalam mengendalikan pasukan di negara ini.

Artikel dipetik dan dioleh dari Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga