Aliff Aziz Penyokong Tegar Manchester United

Astro Arena telah melaporkan bahawa Aliff Aziz merupakan peminat tegar Manchester United.

Di mana penyanyi dan pelakon kacak dari Singapura itu seringkali berkongsi ciapan tentang Manchester United.

Dipetik dari sumber Wikipedia:

Mohammad Aliff Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia.

Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia. Pada Julai 2007, beliau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun.

Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single “Cinta Arjuna” yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu “Sayang Sayang” juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.

Pada 2023, Aliff Aziz telah berjuang dalam Gegar Vaganza All Stars, namun tersingkir di separuh akhir.

Berbalik kepada kecintaannya kepada Manchester United, Aliff Aziz seorang yang sangat sayangkan Manchester United.

Aliff Aziz sentiasa mengikuti perkembangan Man United.

Pada minggu lalu, Aliff Aziz berkongsi tweet yang memuji gol Rashford yang sangat luar biasa.

Manchester United akan meneruskan kempen mereka menentang Everton pada minggu ini.

Erik Ten Hag dalam sidang medianya menganggap mereka di landasan tepat untuk menjadi pasukan yang hebat pada musim akan datang.

Musim ini mereka diganggu kecederaan membuatkan mereka terlepas peluang untuk memenangi 14 lagi perlawanan.

Ten Hag yakin dengan skuad yang penuh United dengan mudah menambah angka 14 kemenangan lagi pada eranya.

“Jadi bayangkan kami mempunyai lebih ramai pemain yang tersedia dan tidak diganggu masalah kecederaan, dengan mudah kami boleh meraih 75 kemenangan dan itu memberitahu anda semua bahawa masa depan pasukan ini sangat cerah.”

Ten Hag kemudian memuji dirinya sendiri sebagai pengurus yang tepat dalam mengendalikan projek Man United dengan membandingkan rekodnya dengan beberapa pengurus sebelum ini.

“Apabila anda membandingkannya dengan pengurus lain, pasukan lain, atau pengurus terdahulu dalam kelab besar ini, anda boleh lihat ada masa depan yang cerah.

“Ia adalah keseimbangan yang baik dalam usia yang ada dalam skuad ini. Pemain muda, pemain pertengahan umur; bayangkan apabila mereka tersedia, boleh menang dengan mudah daripada 100 perlawanan 75 boleh menang. Ia adalah perbezaan yang besar.”

Ten Hag menegaskan United tidak dapat beraksi lebih baik musim ini kerana masalah kecergasan yang berterusan.

“Tiada pasukan yang boleh menangani kecederaan yang begitu banyak seperti yang kami sedang hadapi,” kata pengurus asal Belanda itu.

Dia memberikan contoh, pada Januari dan Februari ketika mereka memiliki lebih ramai pemain tersedia, prestasi mereka sangat membanggakan.

Sehinggakan ETH dicalonkan sebagai persaing untuk pengurus terbaik bulanan.

“Saya fikir kami bermain ke tahap maksimum jika anda mengambil kira ketersediaan pemain. Kami terlepas begitu ramai pemain utama sepanjang musim ini. Persembahan yang kami lihat ketika ramai pemain tersedia pada bulan Januari dan Februari persembahannya sangat bagus.”

“Projek ini menuju ke arah yang betul apabila kami mempunyai semua pemain tersedia,” kata Ten Hag.

“Bola sepak tahap tinggi adalah tentang memenangi perlawanan. Kami sedang berusaha, terus berusaha untuk prestasi yang lebih baik. Dalam kedudukan genting anda merindui pemain yang mempunyai impak yang sangat tinggi terhadap cara kami mahu bermain.”

Marcus Rashford dan Jonny Evans telah pulih selepas diturunkan dalam kekalahan hujung minggu lalu kepada City. Pemain utama lain seperti Lisandro Martínez, Harry Maguire, Luke Shaw, Aaron Wan-Bissaka dan Rasmus Højlund masih belum cergas untuk beraksi dalam masa terdekat.

Di sebalik krisis kecederaan melanda, United berjaya mengketengahkan lagi bakat muda seperti Kobe Mainoo dan Alejandro Garnacho.

Baca Juga

Baca Juga