Allegri Sahkan Tidak Akan Menguruskan Lagi Pasukan Serie A Selepas Juventus, Chelsea Dilaporkan Berminat

Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri mengesahkan yang beliau mahu menguruskan kelab luar Itali apabila beliau meninggalkan jawatannya di Juventus pada masa hadapan.

Pengurus berasal dari Itali ini telah dikaitkan untuk menjadi pengurus Arsenal dan Chelsea seterusnya dengan dua kelab tersebut sedang mencari calon sesuai untuk menggantikan pengurus masing-masing.

Massimiliano Allegri manager of Juventus during the UEFA Champions League match between Tottenham Hotspur and Juventus at Wembley Stadium, London, England on 7 March 2018. (Photo by Giuseppe Maffia/NurPhoto via Getty Images)

Allegri merupakan antara pengurus paling berjaya dalam sejarah Serie A. Beliau sedang memburu gelaran juara Serie A untuk 4 musim berturut-turut musim ini. Beliau juga merupakan pengurus yang bertanggunjawab membawa AC Milan memenangi Serie A pada musim 2010/2011.

Pengurus berusia 50 tahun ini merupakan pengurus yang disebut-sebut untuk mengisi kerusi panas di Chelsea atau Arsenal pada musim panas yang akan datang. Antonio Conte mengharungi musim yang mengecewakan musim ini walaupun berjaya membimbing The Blues menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya di England.

Arsenal pula masih berteka-teki mengenai masa depan Arsene Wenger selaku pengurus pasukan walaupun Wenger masih lagi mempunyai baki satu musim lagi dalam kontraknya. Dengan Arsenal turut mengharungi musim yang mengecewakan dan bakal terlepas slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan, pihak lembaga pengarah mungkin mempercepatkan pelan mereka untuk menggantikan tempat Wenger dengan pengurus baru.

Dua kali muncul naib juara bersama Juventus. Sayang seribu kali sayang

Allegri masih lagi tidak mendedahkan kelab mana yang bakal disertainya selepas ini tetapi beliau mengesahkan mahu mencuba nasib menguruskan pasukan di luar Itali selepas tugasnya selesai di Juventus.

“Sudah tentu saya akan ke luar negara. Perjalanan saya di Itali sudah berakhir.” Ujar Allegri kepada The Telegraph.

Allegri turut melihat beliau sebagai pengurus yang bertindak berdasarkan nalurinya, dan tidak terlalu bergantung kepada taktik atau statistik semata-mata.

“Saya bukanlah jurulatih yang terlalu fokus dengan taktik atau analisa kerana saya seorang yang suka bertindak berdasarkan naluri sendiri.”

“Pada pendapat saya, sebagai jurulatih, anda perlu membuat keputusan berdasarkan naluri anda dan bagaimana anda melihat sesuatu situasi.”

“Jika tidak, anda hanya perlu duduk di hadapan komputer sahaja dan bolasepak yang dimainkan sama sahaja seperti yang dimainkan dalam PlayStation. Saya bukan pengurus seperti itu.”

“Banyak pihak mahu mencapai tahap sempurna dalam bolasepak dengan menggunakan data dan statistik yang dikumpul mereka. Tetapi mustahil untuk perkara tersebut berlaku kerana terdapat banyak variasi dalam sukan ini.”

Merupakan pengurus terakhir yang berjaya membimbing AC Milan memenangi Scudetto

Allegri bakal membimbing pasukannya menghadapi Real Madrid dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dalam misi beliau untuk merangkul trofi yang tidak pernah dimenanginya itu.

Juventus terpaksa bekerja keras untuk mengenepikan cabaran Tottenham Hotspurs dalam pusingan ke-2, tetapi lawan mereka kali ini adalah lebih sukar dari itu. Allegri percaya Juventus mempunyai peluang untuk menendang keluar Real Madrid dari kejohanan ini dan mahu pemainnya menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin.

“Tottenham mempunyai pasukan yang kuat dan juga kelab yang hebat. Tetapi saya tahu ketika perlawanan menentang Spurs, kami mempunyai tingkap selama 15 hingga 20 minit yang mana mereka akan melepaskan gol.”

“Sebab itulah saya beritahu pemain saya untuk kekal fokus kerana kami perlu mengambil kesempatan tersebut. Mujurlah mereka berjaya melakukannya.”

BACA:  Bintang Arsenal Update Story Merayu Agar Kelab Melepaskannya