Penjaga gol AS Roma, Allison Becker telah sah menjadi milik Liverpool Power! This is our year! dengan hanya sekali lafaz dan nilai hantaran bagi The Reds mendapatkan Allison sebanyak £65 juta telah memecahkan rekod dunia.
Kini secara rasmi penjaga gol antabangsa Brazil itu telah menjadi penjaga gol paling mahal di dunia yang fana ini selepas lulus ujian perubatan dan diikat dengan kontrak selama 6 tahun.
Nyata cuti Allison selepas Piala Dunia terganggu kerana perlu hadir ke Liverpool untuk melengkapkan perpindahan dam Allison telah menyambung kembali cutinya sebagai pemain Liverpool dan anak buah Jurgen Klopp.
Welcome to @LFC, @Alissonbecker. ?https://t.co/t4msWAm2sU pic.twitter.com/2xefw3zIFU
— Liverpool FC (@LFC) July 19, 2018
Liverpool telah membayar pendahuluan sebanyak £56 juta kepada Roma berserta £9 juta lagi sebagai tambahan. Ini termasuklah bonus layak ke Champions League dan muncul juara kejohanan agung Eropah itu.
Bekas kelab Allison di Brazil, Internacional bakal menikmati ganjaran sebanyak £2.2 juta dari bayaran yuran Liverpool kepada Roma sebanyak £56 juta. Inilah pentingnya kontrak kepada antara pemain dan pasukan. Bukan macam negara kau.
“Aku gembira, ini mimpi jadi kenyataan untuk memakai jersi yang penuh berprestij bagi kelab yang sebegini besar yang sentiasa mahu menang. Dari sudut kehidupan dan kerjaya ini merupakan satu langkah besar bagi akau untuk menjadi sebahagian dari kelab dan keluarga.” Ujar Allison.
— Liverpool FC (@LFC) July 19, 2018
Alisson telah menjadi penjaga gol termahal dalam sejarah, meleburkan rekod yang dipegang rakan senegaranya, Ederson yang menyertai Manchester City pada tahun 2017 dengan harga £35 juta (€40 juta) dari Benfica.
Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp menerima tekanan daripada peminat The Kops untuk berbelanja besar bagi mendapatkan penjaga gol bertaraf dunia sebelum musim baru bermula.
Penjaga gol sedia ada Liverpool, Loris Karius dan Simon Mignolet berterusan mempamerkan prestasi kurang meyakinkan, dan ia terbukti apabila Karius melakukan dua ‘schoolboy error’ dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah hujung musim lalu.
Karius menerima kecaman dari segenap ceruk dunia atas persembahan beliau pada malam tersebut yang telah menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah kepada Real Madrid. Tambah parah, memori cinta luka Karius masih lagi terbuku dalam sanubari pemain tersebut sehingga terbawa ke perlawanan pra-musim Liverpool ketika menentang Tranmere yang berkesudahan dengan Liverpool menang 3-2.
'He's one of the world's best' ?
Jürgen Klopp simply could not pass up the chance to sign @Alissonbecker: https://t.co/gN0qvFl8QO pic.twitter.com/EEZv5MYTGT
— Liverpool FC (@LFC) July 19, 2018
Melihat kepada keadaan tersebut, Klopp akhirnya bertindak dalam pasaran pemain dengan menyasarkan Alisson sebagai calon utama untuk menjaga gawang Liverpool musim depan.
Liverpool pada mulanya melakukan bidaan berjumlah £62.4 juta terhadap Alisson tetapi Roma mahu lebih dari itu, dipercayai sekitar £66.6 juta untuk melengkapkan perpindahan tersebut.
Sky Sports pernah melaporkan sebelum ini yang Liverpool tidak bercadang untuk melakukan bidaan terhadap Alisson musim panas ini kerana percaya pemain tersebut telah bersetuju untuk menyertai Real Madrid.
Tetapi segalanya berubah selepas kempen Piala Dunia 2018 berakhir kerana Real Madrid mengalihkan tumpuan mereka terhadap penjaga gol Belgium, Thibout Courtois untuk bersaing dengan Keylor Navas di Santiago Bernabeu.
The factors in his decision to join, his style of play, working with Jürgen Klopp, and his ambitions for the future.
Don't miss @Alissonbecker's first interview in full: https://t.co/QCpQwCn362 pic.twitter.com/UNbBjyNGrh
— Liverpool FC (@LFC) July 19, 2018
Alisson kini berusia 25 tahun dan sudah bersama Roma selama dua tahun sejak menyertai kelab tersebut pada tahun 2016 dari kelab Brazil, Internacional.
Beliau melakukan penampilan sebanyak 49 perlawanan bersama Roma musim lepas dimana beliau membantu kelab tersebut mara sehingga peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan menamatkan kempen Serie A di kedudukan ke-3.