Alphonso Davies Dinasihatkan Supaya Berhenti Menyanyi Dan Fokus Pada Bola Sepak

Alphonso Davies dinasihatkan supaya beri tumpuan kepada karier bola sepak dan lupakan hasratnya untuk jadi seorang penyanyi rap.

Davies diberikan nasihat begitu selepas beliau mengeluarkan track terbarunya bersama kumpulan hip-hop beliau, Stugang.

Pemain kebangsaan Canada itu baru-baru ini telah membuat kemunculan semula bersama skuad Bayern Munich selepas sebelum itu terpaksa berehat agak panjang kerana masalah kesihatan.

Beliau terpaksa berehat panjang kerana bertarung dengan masalah jantung dan kini selepas kembali beliau berjaya membantu Bayern Munich mencatatkan empat kemenangan berturut-turut, seterusnya menjulang gelaran Bundesliga.

Selain dari dunia bola sepak, Davies juga sebenarnya seorang yang sangat aktif bersiaran di Twitch dan beliau juga merupakan pencinta muzik rap.

Dek kerana beliau terlalu mencintai dunia seni nyanyian itu, Davies akhirnya memutuskan untuk menubuhkan kumpulan rap yang diberi nama Stugang.

Stugang merupakan kumpulan muzik yang diasaskan dari tiga orang pemain yang kini sedang beraksi di pentas bola sepak Jerman.

Davies ditemani oleh Alexis Fambo dari SV Heimstetten dan Stephan Menseh dari 1860 Rosenheim merupakan trio yang menganggotai kumpulan tersebut.

Lagu mereka berjudul ‘Nur Weil’ yang mana ia membawa maksud ‘Hanya Kerana’ telah diterbitkan pada minggu ini dan kini ia sudah mendapat hampir 100,000 tontonan di YouTube.

Davies di dalam rakaman lagu tersebut dilihat memakai baju Supreme berwarna hitam serta beliau juga turut memakai rantai dan beliau sememangnya nampak seperti seorang artis rap terkenal.

Sebenarnya nyanyian beliau tidak lah begitu teruk dan mungkin untuk mereka yang memiliki budaya sepertinya sudah tentu akan gemar dengan lagu tersebut.

Lirik dalam lagu tersebut sebenarnya ditulis oleh Alphonso Davies dan ia sedikit sebanyak menceritakan tentang kisah dewasa beliau serta ia turut menyatakan tentang senjata api.

Nyanyian beliau itu telah mencetuskan pelbagai pendapat di kalangan peminat dengan ada yang suka dan jelas sekali ramai yang tak gembira dengan hasil lagu tersebut.

“Saya rasa dia sepatutnya bagi tumpuan kepada bola sepak, persembahan dia jelas merosot lepas dia beri tumpuan kepada nyanyian.”

“Nyanyian dia tak bagus mana, saya rasa dia sepatutnya bagi tumpuan kepada bola sepak sahaja.”

“Dia sekarang nampak lebih bersemangat mahu jadi penyanyi berbanding pemain bola sepak. Saya rasa karier dia bakal berakhir kalau dia terus begini.”

“Kalau lah dia semangat macam ni waktu bermain tentu karier dia boleh pergi lebih jauh.”

Davies sememangnya aktif bersiaran langsung dan beliau sebelum ini pernah mencetuskan sensasi internet kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Harry Maguire.

Alphonso Davies menganjing Maguire tanpa belas

Alphonso Davies tampil menganjing Harry Maguire tanpa belas dengan beliau kebingungan memikirkan mengapa bintang England itu dipilih menjadi ketua pasukan.

Harry Maguire jelas sekali sedang melalui musim yang sangat mendukacitakan bersama Manchester United dengan beliau boleh dikatakan bakal dikecam setiap kali beliau diturunkan untuk beraksi.

Ketua pasukan setan merah itu tidak dinafikan lagi sememangnya beraksi dengan sangat cemerlang untuk skuad England ketika aksi dalam saingan Euro pada musim panas lalu.

Beliau walau bagaimanapun gagal untuk mengekalkan tahap persembahan yang sama ketika beraksi bersama Manchester United sepanjang musim ini.

Maguire boleh dikatakan akan melakukan sekurang-kurangnya satu aksi dungu dalam mana-mana perlawanan bersama setan merah musim ini.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang beliau tidak berada di tahap persembahan terbaik seperti yang diharapkan oleh pihak kelab terhadapnya.

Namun begitu, walau beliau konsisten mempamerkan aksi persembahan ultimate dungu, namun Maguire tetap dipilih sebagai ketua pasukan.

Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick kedua-duanya menaruh kepercayaan penuh kepada Harry Maguire untuk memimpin skuad mereka.

Kedua-dua pengurus dan bekas pengurus setan merah itu menolak untuk menarik balik armband kapten dari Maguire dan menyerahkan kepada Cristiano Ronaldo.

Cristiano Ronaldo jelas sekali merupakan pemain terhebat yang pernah ada dalam dunia bola sepak dan beliau juga diakui memiliki ciri kepimpinan yang sungguh dasyat.

Beliau mampu menjadi contoh yang baik dan boleh memimpin skuad dengan sangat cemerlang.

Beliau menjadi ketua pasukan untuk skuad kebangsaan Portugal sejak tahun 2008 yang lalu dan beliau juga cemerlang memimpin rakan sepasukannya untuk menjuarai saingan Euro pada tahun 2016 lalu.

Ramai lagi pemain lain yang turut mempunyai ciri kepimpinan dalam diri mereka dalam dunia bola sepak ini.

Dan kerana itulah Alphonso Davies tampil mempersoalkan mengapa Harry Maguire lebih dipilih untuk menjadi ketua pasukan berbanding Cristiano Ronaldo.

Bintang Bayern Munich itu dilihat sedang bersiaran langsung bermain FIFA 22 di Twitch dan beliau ketika itu mendapat pack Maguire.

Beliau kemudiannya dengan tiba-tiba menyatakan:

‘Boleh tak kamu semua bayangkan. BOLEH TAK KAMU SEMUA BAYANGKAN…”

Davies kemudiannya memperlahankan muzik yang beliau pasang dan kemudian beliau mendedahkan bahawa:

“Kamu Ronaldo… Salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman. Dan apa nama ketua pasukan kamu? Harry Maguire adalah ketua pasukan kamu?”

“Dan kamu akan bercakap pada dia, ‘Ya Cap’. Saya tak tahu apa dia panggil.. bro. Saya bukan pandang rendah pada Harry Maguire tapi Ronaldo… Ronaldo sepatutnya dapat armband itu.”

Kejam tak? Dia suruh bayangkan saja pun dah nampak macam mana rendahnya martabat Maguire di mata dia.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Alphonso Davies Menganjing Maguire Tanpa Belas