Alphonso Davies Mempamerkan Aksi Kepantasan Menakjubkan Ketika Meledak Gol Untuk Canada

Kylian Mbappe dan Erling Haaland jelas sekali dianggap antara bakat terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, dan mereka juga dianggap sebagai pemain yang memiliki kepantasan yang sungguh menakjubkan.

Walau bagaimanapun, ada seorang pemain yang sebenarnya sangat berbakat tetapi namanya tidak begitu disebut-sebut oleh para peminat.

Siapa pemain itu?

Alphonso Davies, beliau merupakan pemain muda yang sangat berbakat dan dianggap sebagai salah seorang prospek masa hadapan yang cukup menakjubkan.

Pemain pertahanan kiri Bayern Munich itu baru berusia 20 tahun pada ketika ini, dan beliau mula mencuri tumpuan ramai atas aksi hebat yang beliau pamerkan pada musim 2019/20.

Antara sebab mengapa peminat tidak begitu menganggap beliau sebagai calon pemain masa hadapan adalah kerana Davies sudah lama beraksi bersama Bayern.

Beliau sudah berjaya memenangi tiga gelaran Bundesliga, dua kali gelaran Jerman Cup, Champions League, Super Cup dan FIFA Club World Cup.

Walau bagaimanapun, peluang untuk beliau memenangi Piala bersama skuad kebangsaannya, Canada dilihat sedikit sukar berbanding kelabnya, Bayern.

Davies mewakili Canada dan telah berjaya menjaringkan 10 gol dari 28 perlawanan.

Apa yang menariknya, gol ke-10 beliau berjaya dijaringkan dengan jaringan yang sungguh dasyat, yang mana jaringan itu berjaya dihasilkan ketika bertemu Panama dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Davies bermain lebih kepada membantu jentera serangan bersama Canada, dengan skuad kebangsaannya benar-benar memanfaatkan kemampuan yang dimiliki oleh bintang Bayern Munich itu.

Salah satu kemampuan Davies yang dianggap sungguh dasyat adalah dari segi kelajuan yang beliau miliki.

Beliau jelas mempunyai kelajuan yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan tidak dinafikan lagi Alphonso Davies sememangnya antara pemain terpantas dalam dunia bola sepak hari ini.

Bukti kelajuan yang beliau miliki itu sungguh menakjubkan adalah melihatkan bagaimana beliau menjaringkan gol, hasil gerakan menggunakan kepantasannya ketika aksi bertemu Panama.

Keadaan pada ketika itu dilihat tidak merbahaya untuk Panama, dengan Sam Adekugbe dilihat boleh mengawal keadaan selepas kehilangan bola.

Walau bagaimanapun, entah dari mana, Davies tiba-tiba muncul mengasak, dan beliau sebenarnya memecut laju dari tengah padang, dan merampas bola dari Adekugbe.

Tidak cukup dengan berjaya merampas bola tersebut, beliau kemudian membawa bola pantas masuk ke kotak penalti, melepaskan diri dari pemain pertahanan dan terus merembat padu bola menewaskan penjaga gol Panama.

Gol yang sungguh menakjubkan, dan tidak dinafikan gol itu berjaya dihasilkan dengan gerakan yang sangat mengagumkan.

Jaringan dari Alphonso Davies itu juga berjaya membantu Canada untuk mendahului perlawanan 2-1, dan mereka akhirnya menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan 4-1.

Para peminat tidak henti-henti bercakap tentang kemampuan dan kecantikkan gol jaringan Alphonso Davies dalam perlawanan tersebut.

Bahkan, ada peminat yang menyunting video gol jaringan Alphonso Davies dengan mengenakan lagu titanic untuk menambah lagi dramatik ketika menontonnya.

Sumber: GMS

BACA:  Alphonso Davies Merendah Diri Ketika Peminat Anggap Shaw Lebih Bagus Darinya