Alysson Felix Dianggap Atlet Trek Dan Balapan Terhebat Dalam Sejarah Sukan Olimpik

Pelari pecut Amerika Syarikat, Allyson Felix telah dinobatkan sebagai atlet trek dan balapan wanita paling decorated dalam sejarah sukan Olimpik.

Beliau baru sahaja memenangi pingat gangsa dalam acara 400m di temasya Olimpik Tokyo 2020 semalam, seterusnya menambah lagi koleksi pingat yang beliau miliki.

Atlet dari Amerika Syarikat itu berjaya memenangi pingat gangsa selepas menamatkan larian dibelakang pelari Bahamas, Shaunae Miller-Uibo dan pelari Republic Dominican, Marileidy Paulinho.

Sementara pelari pilihan dari Great Britain, Jodie Williams pula sekadar menamatkan larian di kedudukan keenam sahaja.

Temasya Sukan Olimpik Tokyo ini merupakan Olimpik kelima Felix dalam kariernya dengan beliau mula memenangi pingat ketika temasya di Athens pada tahun 2004 dalam acara 200m.

Sejak itu, pelari pecut yang kini berusia 35 tahun itu telah menikmati karier yang sungguh gemilang selama hampir 20 tahun.

Beliau telah terlibat dalam beberapa acara berbeza termasuklah 100m, 200m dan terbaru beliau lebih kerap beraksi dalam acara 400m.

Atlet Amerika Syarikat itu sememangnya dianggap sebagai salah seorang atlet paling decorated dalam sejarah dunia sukan olahraga, dengan beliau secara keseluruhannya telah memenangi 18 pingat.

Dan semalam, beliau telah berjaya memecahkan rekod milik Merlene Ottey yang telah memenangi sembilan pingat di pentas Olimpik untuk menjadi salah seorang atlet wanita terhebat dalam sejarah sukan Olimpik.

Kutipan pingat beliau setakat ini mengandungi enam emas, tiga perak dan satu pingat gangsa, dengan lima dari 10 pingat miliknya merupakan dari acara berpasukan.

Apa yang lebih menakjubkan tentang kejayaan Felix adalah tidak ramai yang percaya beliau akan berjaya untuk beraksi di pentas Olimpik Tokyo pada tahun ini.

Atlet Amerika Syarikat itu pada tahun 2018 telah hamil dan hal itu menyebabkan beliau tidak boleh menyertai apa-apa kejohanan selama hampir setahun setengah.

Beliau turut mempunyai masalah salah faham dengan Nike yang menolak untuk memberi jaminan beliau tidak akan dihukum andai mempamerkan persembahan yang teruk selepas bersalin.

Oleh yang demikian, pelari pecut itu memutuskan untuk meninggalkan Nike, seterusnya menandatangani perjanjian tajaan bersama Athleta.

Selepas selamat melahirkan anak perempuan, beliau kembali menjalani latihan dan kini berjaya memenangi pingat perak emas Olimpik ke-10 dalam kariernya.

Walaupun beliau sudah berjaya mencipta sejarah yang menakjubkan, Felix sebenarnya masih berkesempatan untuk mendapatkan hasil yang lebih menakjubkan.

Beliau selepas ini akan turun beraksi dalam acara 4×400m dengan quartet Amerika Syarikat akan turun dalam usaha mereka untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di temasya Olimpik Rio sebelum ini.

Felix ketika meraikan kejayaan beliau memenangi pingat Olimpik ke-10 dalam kariernya

Seandainya Felix memenangi pingat dalam acara tersebut, beliau secara tak langsung akan memintas kedudukan Carl Lewis sebagai atlet trek dan balapan terhebat sepanjang zaman Amerika Syarikat.

BACA:  Atlet Wanita Ini Gagal Beraksi Sehebat Ketika Beliau Lelaki