Amaran Fernandes Buat Lawan Gerun: “Saya & Fans United Akan Bawa Piala Balik Ke Old Trafford”

Bruno Fernandes baru sahaja melanjutkan kontrak beliau secara rasmi dengan Manchester United.

Walaupun Laporte dengan biadap sekali mempersoalkan kemandulan Manchester United, namun Bruno Fernandes sudah melaungkan amaran bahawa dia dan penyokong Manchester United akan bersatu padu untuk membawa pulang trofi kembali ke Manchester United.

Hanya dengan bersatu sahaja sudah cukup bagi Bruno untuk meyakinkan bahawa kabinet trofi Manchester United akan mulai diisi dengan piala sekali lagi.

Dengan persetujuan rasmi itu, Bruno Fernandes bakal menerima gaji £250,000 seminggu sehigga 2026.

Ianya berkat usaha Bruno selama ini yang sedaya upaya membantu kelab itu kembali semula ke landasan tepat. Di mana musim lalu Bruno Fernandes menjadi nadi penting Manchester United menamatkan saingan di tangga kedua dalam Liga Perdana Inggeris.

Sejak menyertai Manchester United dari Sporting Lisbon pada 2020, tiada pemain yang lebih banyak sumbangan ke atas gol mengatasi Bruno Fernandes. Musim ini Fernandes agak bergelut dengan prestasi. Namun dia masih menunjukkan aksi yang baik.

Selepas menurunkan tandatangan pada sekeping kertas yang akan menjadi haluan hidup yang dia pilih untuk 4 tahun lagi, jejaka berbangsa Portugis itu terus melaungkan amaran. Seperti mana dia selalu lakukan sebelum ini. Tapi kali ini amaran ini nampak serius. Sudah cukup membuatkan pasukan lawannya gerun untuk menghantar borang penyertaan pada musim hadapan.

“Hai gais, saya dengan sukacita mengumumkan bahawa akan terus kekal bersama dengan kamu di sini lebih lama.”

“Saya sangat gembira dengan detik ini. Saya berharap, kita bersama sama akan dapat membawa pulang trofi kembali semula ke rumah kita [Old Trafford], tempat ianya sepatutnya ia berada.”

Sebelum ini Bruno Fernandes pernah melaungkan amaran bahawa Piala FA dan UCL akan menjadi milik mereka.

Namun sayangnya hasratnya tidak kesampaian kerana berlaku tentangan sengit daripada lawan dengan bantuan Maguire.

Fernandes mengingatkan bahawa, sebagai pemain Manchester United, beliau sentiasa mahu memenangi piala dan mengisi semula kabinet trofi.

“Saya nak menang piala dengan kelab ini. Itu sentiasa dalam kepala otak saya sehingga hari terakhir saya di kelab ini. Saya tak tahu bila ia akan berlaku, tetapi, selagi saya berada di sini, saya sentiasa percaya bahawa saya akan memenangi trofi dengan kelab ini.”

Bruno Fernandes berkata Manchester United berhak menamatkan penantian trofi mereka selama lima tahun tanpa sebarang piala – dan menganggap mereka boleh memenangi Liga Juara-Juara dan Piala FA musim ini. Namun malangnya United akhirnya terjerumus juga ke dalam rekod 5 tahun straight tanpa Piala.

Trofi terakhir yang dimenangi United ialah Liga Europa pada 2017, di bawah kendalian bekas bos Jose Mourinho, yang menyaksikan mereka layak ke Liga Juara-Juara selepas menduduki tempat keenam dalam liga tahun itu.

Sebelum itu United turut pernah merasai kejuaraan Piala Pasar Payang. Namun Bruno Fernandes ketika itu masih belum bermain untuk mereka lagi.

Fernandes, yang meraikan dua tahun di United pada musim ini, menganggap skuad Ralf Rangnick sangat bagus dan bernafsu untuk memburu 4 teratas.

“Sudah tentu, dalam liga ia terlalu jauh sekarang [dah tak mampu nak kejar],” kata Fernandes.

“Kami perlu realistik dan kami perlu berjuang untuk empat teratas dan berada dalam Liga Juara-Juara musim depan.”

“Tetapi, pada masa yang sama, berjuang untuk Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA. Saya tidak peduli apa yang orang fikir atau katakan tentang kami, sama ada boleh atau tak memenangi Liga Juara-Juara atau Piala FA,” kata Fernandes pada masa itu.

“Saya fikir kami mempunyai peluang untuk memenangi trofi trofi ini, kerana kami ada kualiti untuk memenangi piala piala ini, dan yang paling penting, kami berada dalam pertandingan tersebut. Selagi lagi kami belum tersingkir, kami harus percaya kami boleh memenangi pertandingan tersebut.

“Cita-cita saya masih sama. Saya mahu memenangi trofi bersama kelab. Itu sentiasa dalam kepala otak saya sehingga hari terakhir saya di kelab ini. Saya tak tahu bila ia akan berlaku, tetapi, selagi saya berada di sini, saya sentiasa percaya bahawa saya akan memenangi trofi dengan kelab ini, kerana saya fikir kami boleh melakukannya.”

“Saya rasa kelab berhak mendapatnya, peminat berhak mendapatkanya dan juga pemain – kami layak memenangi trofi.”

“Apa pun, kami perlu melakukannya langkah demi langkah dan faham kami mempunyai kualiti itu.

“Kami juga perlu memahami cara melakukannya, bagaimana untuk menggabungkan segala-galanya – kualiti, ketelitian dan segala-galanya.”

Fernandes menyertai United dari Sporting Lisbon dengan yuran permulaan £47 juta, meningkat kepada potensi £67 juta. Dia berkata, hari paling teruk dalam kariernya di United adalah ketika tewas dalam perlawanan akhir Liga Europa musim lalu.

United dan Villarreal seri 1-1 di Gdansk, dengan pasukan Sepanyol itu menjulang trofi selepas menewaskan penentuan penalti epik 11-10, kekalahan yang masih menghantui pemain sensasi Portugal itu.

Nak ajak Villarreal repeat

Bruno Fernandes kemudian menyatakan dia masih tak puas hati kalah dengan Villarreal. Dan harap dapat repeat balik jumpa mereka.

Fernandes berkata: “Mungkin perlawanan akhir Liga Europa, itu yang paling sukar diterima sehingga sekarang, kerana saya merasakan pasukan yang lebih baik kalah pada hari itu,” kata Fernandes yang memuji pasukannya lebih baik.

“Jelas sekali tahniah kepada Villarreal. Mereka bermain permainan yang sangat bagus dan pasukan yang menang sentiasa yang terbaik, itu yang anda boleh katakan.”

“Tetapi tidak, jelas sekali, itu yang saya ingin ulangi. Saya pasti jika kami bermain sekali lagi, kami akan menang.”

Dalam perlawanan tersebut, Bruno Fernandes agak tidak berguna seperti hari hari yang lain di mana dia selalu bermain luar biasa.

BACA:  Nani Dedahkan Bagaimana Beliau Mempengaruhi Fernandes Supaya Tidak Sertai City