Amaran Mourinho Buat Pogba

Jose Mourinho dikatakan bengang dengan pemain termahal dunia, Paul Pogba yang dilihat banyak memberikan fokus terhadap penajaan dan komersialnya.

Mourinho dikatakan telah memberi amaran kepada bintang Perancis ini bahawa dia patut mengurangkan aktitviti di luar bola sepak dan fokus terhadap kariernya di Manchester United, dan jika Pogba gagal untuk berbuat demikian, dia bakal diketepikan daripada kesebelasan utama.

Pogba, walaupun memegang gelaran pemain termahal dunia selepas perpindahannya dari Juventus yang bernilai £89 juta pada musim panas lalu, gagal menjustifikasikan nilai tersebut dengan prestasi yang longlai dan ala kadar di atas padang.

Pogba dilihat lebih bersinar dalam perlawanan menentang pasukan kecil seperti Swansea, Arsenal dan Stoke City, namun tidak dapat dilihat sumbangannya dalam perlawanan yang besar seperti menentang Chelsea, Manchester City dan Liverpool.

Cer teka diorang tengah tengok apa

Dalam perlawanan menentang Liverpool tempoh hari, Pogba dilihat lebih banyak membetulkan gaya rambut berbanding melakukan hantaran yang berbahaya. Dalam perlawanan Piala FA menentang Chelsea pula, Pogba dengan mudah ditaji dan ditahi oleh rakan senegara, N’Golo Kante.

Sebelum perlawanan menentang Liverpool, Pogba telah mempromosikan emojinya di Twitter, manakala gaya rambutnya yang kreatif hampir ditukar setiap minggu.

Baru-baru ini, Mourinho telah mempertahankan Pogba daripada kritikan wartawan dengan mengatakan mereka dengki dengan kekayaan Pogba, namun mungkin kerana hilang sabar dengan pemain tengahnya, Mourinho telah memberi amaran pula.

Setakat ini Pogba telah menjaringkan enam gol buat United, dan empat assist dalam 41 perlawanan – satu statistik yang tidak cukup kuat bagi pemain termahal dunia.

Jangan nanti Pogba bernasib seperti Bastian Schweinsteiger sudah lah.

Sumber : The Sun

Baca Juga

Baca Juga