Pemain pertahanan Perlis Amirizdwan Taj Tajuddin , melakukan kesilapan pada minit ke 90 ketika perlawanan seri 1-1. Perlis yang mengalami perbagai kontroversi sekali lagi mempamerkan aksi lesu selepas tewas 2-1 kepada JDT II.
Hantaran dua kali ke belakang dari pemain Perlis mengundang pada lalu terhasil gol kelakar. Padah menunggu apabila hantaran ke belakang buat kali kedua dipotong lawan.
Ketika kesilapan ini dilakukan kedudukan terikat 1-1 dan akhirnya JDT II meraih 3 mata.
Syahdu.
Hasnizam Uzir yang merupakan bekas pemain kebangsaan dengan lantang mengecam kesilapan yang dilakukan oleh Amirizdwan Taj dan menuduh kesilapan itu sebagai memalukan dan bola sepak bukan tempat untuk berjudi.
“Perlis gol JDT II ni terbagi or biar je bagi, memalukan @MFL_MY @FAM_Malaysia ambil tindakan tegas, kluarkn dari Liga Premier itu keputusan terbaik. Kita ingin didik anak2 bola menjadi insan,jujur & amanah.Bolasepak bkn tempat utk berjudi.Ini sebab pengurusan poyo x byr gaji.”
Perlis gol JDT II ni terbagi or biar je bagi, memalukan @MFL_MY @FAM_Malaysia ambil tindakan tegas, kluarkn dari Liga Premier itu keputusan terbaik. Kita ingin didik anak2 bola menjadi insan,jujur & amanah.Bolasepak bkn tempat utk berjudi.Ini sebab pengurusan poyo x byr gaji pic.twitter.com/5bsBIixwA7
— هسنظام اوذير 哈士尼占穆 (@hasnizamuzir) February 16, 2019
Amirizdwan Taj nyata tidak senang hati dengan kecaman dari Hasnizam Uzir dan menjawab tuduhan itu sambil mengakui kesilapan itu sesuatu yang memalukan tetapi beliau masih mengenal erti halal dan haram.
Yes memalukan.. tp rasa xperlu nk pnaskan lgi isu.. abg pun asal dri player jgak kn.. abg xpnah buat mstake lngsung ke zmn main? Klo abg rasa saya involve mnde bkn2 tlg la report dtg chek saya. Saya stil tahu halal haram.. respect is earned not given…
— Amirizdwan Taj (@AmirizdwanTaj24) February 17, 2019
Melihat tindak balas dari Amirizdwan Taj yang kecewa dengan kenyataannya, Hasnizam Uzir seperti membuat pusingan u dengan menyatakan kecaman itu tidak ditujukan kepada Amirizdwan Taj.
bukan ingin memanaskan tapi ingin memberi kesedaran kpd pengurusan supaya minda players tidak terganggu supaya tidak melakukan kesilapan atas kelemahan mereka dan juga keadilan kpd pasukan yg lbh layak dan bukan tuju pada bro tapi pd pengurusan dan saya mohon maaf #respect
— هسنظام اوذير 哈士尼占穆 (@hasnizamuzir) February 17, 2019
Selepas 3 perlawanan, Perlis hanya menang 1 dan tewas 2 kali.