Amri Yahyah Sah Menyertai Melaka United

Amri Yahyah dengan kini secara sah telah menyertai Melaka United(MU) selepas usaha yang dibuat untuk mendapatkan beliau minggu lalu oleh Melaka United Soccer Association(MUSA) walaupun pada mulanya Amri tiada dalam perancangan MU.

Usaha untuk mendapatkan Amri dimulakan selepas MUSA terdapat penaja yang ingin menawarkan dana mendapatkan Amri. Majlis menandatangani kontrak untuk Amri Yahyah telah diadakan di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir Idris Haron merangkap Presiden MUSA, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Datuk Fadzil A. Bakar, Naib Presiden.

Turut hadir dimajlis tersebut CEO Mamme Double Decker Tan Sri Pang Tee Chew yang merupakan antara penaja MU.

Baca Juga

Baca Juga