Anak Didik Louis Van Gaal Berminat Untuk Menjadi Jurulatih Harimau Malaya

Bekas anak didik pengurus Manchester United, Louis van Gaal pada hari ini meluahkan rasa berminat untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan Malaysia. Pemain tersebut telah diberikan debut pada 15 tahun lepas, ketika van Gaal menjadi jurulatih Belanda, menentang Denmark di Copenhagen bersama-sama Clarence Seedorf, Ronald dan Frank de Boer, Jaap Stam dan Edgar Davids.

Bekas jurulatih Kelantan, George Boateng , kini berada di Kuala Lumpur atas urusan peribadi dan membayangkan dirinya bersedia untuk memegang jawatan paling panas dalam suasan bola sepak asia tenggara.

Senyuman manis George Boateng buat peminat bola sepak tanah air (Gambar : ESPNFC)
Senyuman manis George Boateng buat peminat bola sepak tanah air (Gambar : ESPNFC)

“Pasukan kebangsaan Malaysia sedang  jatuh terduduk akibat dari beberapa keputusan perlawanan sebelum ini dan masanya telah tiba untuk membuat perubahan dengan membawa masuk seorang jurulatih luar yang akan membawa idea baru,” kata Boateng ketika ditemuramah ESPN di Kuala Lumpur.

Kritikan itu dilihat seolah-olah meletakkan diri Boateng bagai ‘mengata dulang paku serpih’, jika khidmatnya bersama pasukan Kelantan selama hampir dua musim diteliti.

Pada Liga Super 2014, Kelantan mengakhiri saingan di tangga keenam, dan dia direhatkan hanya selepas lima perlawanan pada musim ini ketika Kelantan berada di tangga ke 7 dengan 7 mata.

Walau bagaimanapun, nasib Kelantan di saingan Piala FA dilihat lebih baik di bawah pimpinannya – The Red Warriors mara ke suku akhir dan mlangkah jauh ke perlawanan akhir di bawah kendalian Azraai Khor.

Ketika ditanya mengenai Kelantan, Boateng mempunyai perasaan yang bercampur baur .

“Sesetengah orang akan cakap saya tidak memenangi apa-apa ketika menjadi jurulatih tetapi kalaulah pihak pengurusan lebih bersabar kami mampu untunk menjulang Piala FA dan berada di tangga empat teratas liga,” kata Boateng.

Guru besar Boateng bersama TRW
Guru besar Boateng bersama TRW

“Di Kelantan, saya cuba untuk mendidik para pemain beberapa sistem permainan dan jika pihak lawan bertukar (taktik) kita juga mampu untuk menanganginya, tetapi perkara tersebut kadang-kala membawa kepada kesan negative walaupun pemain sudah mampu membiasakan diri dengan situasi tersebut.”

“Walau bagaimanapun, mereka (para pemain) telah mendapat kemajuan yang besar dari segi pendidikan bolasepak.”

“Saya akan membawa pendekatan sama untuk pasukan kebangsaan dan tidak hanya bergantung kepada 4-4-2 yang senang dipecahkan oleh pasukan lawan.”

Sebagai seorang pemain, Boateng telah menghabiskan 14 tahun yang di Liga Perdana Inggeris bersama Coventry City, Aston Villa, Middlesborough dan Hull City.

Ketika di Boro, Boateng mendapat kenangan paling indah dalam kariernya sebagai pemain apabila bermain di perlawanan akhir Piala UEFA pada 2006 menentang Sevilla.

Ketika ditanya mengenai van Gaal, Boateng berkata,” Cara saya dan van Gaal berbeza. Saya lebih kepada seorang guru yang tegas tetapi van Gaal ialah guru besar yang meletakkan tekanan kepada pemainnya, dan hanya yang terbaik mampu untuk menghadapinya.”

Van Gaal - mempunyai hubungan baik dengan Boateng
Van Gaal – mempunyai hubungan baik dengan Boateng

“Tetapi persamaan di antara kami ialah kami suka untuk membangunkan pemain dan menuai hasil terbaik dari mereka. Kami berdua sependapat bahawa Memphis Depay akan mampu menjaid X-Factor yang hilang di Manchester United. “

Berhijrah ke Belanda dari Ghana pada uisa 9 tahun, Boateng banyak membangunkan gaya permainan bola sepaknya di bumi Oranje.

Setelah berbelas tahun di Eropah, Boateng menyertai T-Team setelah dijemput bekas pemain West Ham, Peter Butler, yang memujuknya keluar dari persaraan.

Pada usia 37 tahun dan bermain di Terengganu, Boateng bermain 20 perlawanan dan menjaringkan 4 gol.

Setelah kontraknya tamat bersama Kelantan, Boateng berubah angin menjadi pengulas sukan di Astro  SuperSport dan BeIN Sports, akan tetapi naluri kejurulatihan masih kekal di dalam jiwanya. Dia telah mempunyai lesen kejurulatihan UEFA kelas Adan B dan akan mendapat lesen Pro UEFA pada Mei tahun depan.

“Setelah bermain untuk Belanda B -21 dan skuad senior Belanda, saya tahu apa yang perlu dilakukan untuk memenangi perlawanan di peringkat antarabangsa dalam situasi bolasepak yang berbeza dan possession ialah perkara utama,” tambahnya lagi.

boateng middlesborough
Dijulang sebagai wira di Boro

Boateng dilihat mempunyai pengalaman luas dalam perlawanan peringkat tertinggi akan tetapi keupayaanya sebagai ketua jurulatih masih lagi belum terbukti. Tetapi  Boateng yakin adunan antara pemain muda, taktik yang fleksibel dan semangat berjuang yang tinggi – sinonim dengan pasukan bekas gurunya, van Gaal – mampu untuk membawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

“Anda kena pastikan para pemain membawa bersama semangat negara bersama mereka ke padang. Jawatan mengemudi pasukan kebangsaan ini sebenarnya sangat menarik dan sangat berpotensi, walaupun dilanda pelbagai masalah,” tambah Boateng.

Ketika ditanya adakah dirinya ada pertalian darah dengan Kevin Prince dan Jerome Boateng, beliau sekadar menafikannya.

Sumber : ESPNFC

Baca Juga

Baca Juga