Bintang Barcelona, Lionel Messi, mendedahkan bahawa anaknya, Thiago, tidak berminat dengan sukan bola sepak meskipun ayahnya antara pemain terbaik dunia.
Walaupun dilimpahi pelbagai anugerah individu, dengan lapan kejuaraan La Liga dan empat kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), namun semuanya tidak cukup untuk menarik minat anaknya yang baru berusia tiga tahun itu.
Senario itu mungkin menjadi cabaran terbesar Messi untuk cuba membuat Thiago berminat dengan bola sepak.
“Saya tidak membelikan dia bola atau memaksa dia kerana dia tidak gemar bermain bola sepak,” Messi memberitahu Telefe’s Polemica en el Bar.
Bagaimanapun, harapan pemain berusia 29 tahun itu mungkin direalisasikan apabila Barcelona bakal memperkenalkan projek bagi memberi ruang buat anak pemain bola sepak untuk bermain bola sepak.
“Kita tunggu dan lihat jika projek itu mampu menarik minatnya, ia mungkin menjadi satu permulaan yang baik,” tambahnya.