Anak Yassine Bounou Menyangka Mikrofon Itu Ais Krim

anak Bounou

Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou telah menjadi salah seorang pemain paling menyerlah di pentas Piala Dunia 2022, tetapi dengan mudah tumpuan yang diberikan kepada Bono itu lenyap gara-gara anak lelakinya menyangka mikrofon itu aiskrim.

Benteng akhir kelab La Liga, Sevilla itu lebih dikenali sebagai ‘Bono’ telah meningkatkan reputasinya ke tahap lebih tinggi semasa berada di Qatar.

Selepas mengekalkan rekod empat gol perlawanan tanpa bolos secara berturut-turut dalam perjalanan luar biasa Maghribi ke separuh akhir kejohanan, Bounou kini pasti diburu dan diintai banyak kelab.

Perlawanan yang terakhir daripada rekod bersih itu ialah ketika menentang Portugal dalam kemenangan suku akhir 1-0 dan mencatatkan sejarah tersendiri apabila mara ke separuh akhir

Setelah berjaya mendiamkan pemain seperti Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo, tidak hairanlah media dunia mahu mengambil masa beberapa saat bersama penjaga gol Maghribi itu selepas perlawanan.

Walau bagaimanapun, semasa peminat di seluruh dunia meraikan kejayaan Maghribi, anak lelaki Bounou nampaknya tidak menyedari betapa besarnya pencapaian ayahnya apabila dia menemaninya ke temu bual selepas perlawanan.

Bounou menggendong anak kecilnya itu ketika dia bercakap dengan seorang wartawan tentang kemenangan penting negaranya dan mara ke separuh akhir.

Walaupun kebanyakan wartawan yang hadir menunggu setiap patah perkataan yang akan keluar dari mulut Bounou, anak lelakinya tidak kelihatan sedikit pun terganggu dan sangat steady.

Malah, anak kecil itu tidak menunggu lamadan kelihatan lebih berminat dengan mikrofon gergasi yang disua ke muka bapanya untuk bercakap.

Jelingan tajam dilemparkan oleh anak lelaki Bono ke arah mikrofon yang berwarna ungu, lalu disentuhnya dengan penuh minat dengan satu senyuman dilempar, dijilatnya mikrofon itu.

Dengan pantas semuanya menjadi jelas mengapa. Dia fikir ia adalah ais krim yang besar lagi enak. Bonou tersenyum lebar melihat telatah anaknya itu.

Wartawan pula semput menahan ketawa untuk bertanya soalan selanjutnya dan apabila mikrofon disua sekali lagi terus satu jilatan lagi hinggap.

Tidak berpuas hati barangkali kenapa aiskrim besar itu terlalu tawar.

Maghribi diundi untuk berada dalam kumpulan F bersama naib juara Piala Dunia, Croatia, pemenang tempat ketiga, Belgium dan Canada. Croatia dan Belgium menjadi pilihan untuk ke pusingan kalah mati.

Namun Maghribi melenyapkan jangkaan awal bahawa Croatia dan Belgium akan layak dengan menjadi juara kumpulan dan kemenangan ke atas Belgium belum lagi membuka mata ramai.

Satu kisah keajaiban telah dilakar oleh Yassine Bounou dan rakan-rakan, Bertemu Sepanyol, Maghribi dilihat akan menjadi lawan mudah buat Sepanyol namun perlawanan inilah yang membuka mata dunia yang membuatkan mereka jatuh hati dengan Maghribi.

Sepanyol tewas dipenentuan sepakan penalti apabila Yassine Bounou menjadi hero negara dengan menafikan kesemua sepakan penalti pemain Sepanyol yang berlatih 1,000 sepakan.

Portugal yang berpesta gol dengan kemenangan 6-1 ke atas Switzerland menjadi lawan Singa Atlas di suku akhir dan tandukan En-Nesyri telah menamatkan impian Piala Dunia Cristiano Ronaldo.

Sejarah tercipta apabila Maghribi menjadi negara Afrika dan Arab pertama berjaya mara ke separuh akhir dan negara ketiga selain Eropah serta Amerika Selatan menjadi pasukan empat terbaik selepas USA dan Korea Selatan.

Juara bertahan Perancis akhirnya menamatkan perjalanan dan kisah dongeng Maghribi untuk dibawa ke tahap seterusnya apabila tewas 2-0.

Walaupun Piala Dunia belum tamat, Maghribi sudah menjadi juara dihati peminat bola sepak dunia dengan satu pencapaian yang sangat membanggakan.

BACA:  Misteri Kehilangan Penjaga Gol Maghribi Beberapa Saat Sebelum Sepak Mula