Analisis: Carrick Dedah Cara Bagaimana Central Midfielder Berfungsi

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat, Manchester United telah melantik Michael Carrick dan Darren Fletcher sebagai pengurus sementara kelab.

Kedua-dua legenda Manchester United itu akan menguruskan kelab untuk perlawanan-perlawanan selepas ini, sehingga pihak kelab menemui pengganti kepada Solskjaer.

Peminat mungkin tidak tahu yang Carrick sebenarnya mempunyai ilmu yang sangat tinggi dari segi teknikal dan taktikal dan beliau juga ada pengalaman luas sebagai seorang jurulatih.

Michael Carrick sebelum ini telah memberi penerangan secara terperinci tentang bagaimana beliau berfungsi ketika kariernya sebagai seorang pemain.

Video analisis bagaimana Carrick menerangkan tentang fungsi beliau di atas padang sebenarnya harus disaksikan oleh kesemua pemain di posisi centre-midfielder.

Banyak ilmu yang boleh dipelajari dan jelas sekali Carrick memberi pandangan dari pelbagai sudut tentang bagaimana fungsi sebenar seorang pemain centre-midfielder itu.

Bekas pemain West Ham, Spurs dan Manchester United itu sangat terkenal dengan gaya permainan beliau yang sering membuat hantaran pinpoint dari bawah.

Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain paling underrated dan pemain midfield yang tidak dihargai selayaknya dalam sejarah saingan premier league.

Ketika era pimpinan Sir Alex Ferguson, Carrick merupakan pemain deep-lying midfielder yang paling berkesan dan beliau juga boleh dianggap sebagai pemain yang sering memberi impak yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Sepanjang kariernya di Old Trafford, beliau berjaya membantu setan merah menjulang lima kali gelaran liga dan satu kejuaraan saingan liga Juara-juara.

Carrick merupakan pemain yang sering diberi kepercayaan untuk turun beraksi dan beliau juga berjaya menjadi sebahagian dari pemain penting dalam sistem Sir Alex Ferguson.

Beliau juga boleh dianggap sebagai yang terbaik di benua Eropah ketika bermain di posisi holding midfielder dan sedikit tidak bernasib baik kerana hanya mempunyai 34 caps sahaja untuk skuad kebangsaan England.

Jadi apa yang membuatkan beliau dianggap sebagai salah seorang midfield terhebat dunia?

Legenda berusia 39 tahun itu sebelum ini berkhidmat sebagai jurulatih untuk skuad utama Manchester United selepas bersara dari dunia bola sepak pada tahun 2018 lalu.

Carrick ketika dalam satu temu bual bersama The Boot Room, beliau telah menjelaskan secara terperinci tentang posisi yang beliau mainkan.

Beliau membincangkan tentang seni dalam membuat hantaran dan menerima hantaran, serta turut membicarakan tentang beberapa topik yang lain.

Berikut merupakan rakaman tentang bagaimana Carrick menjelaskan kepada umum tentang bagaimana beliau berfungsi sebagai pemain midfield.

Pengguna twitter bernama @lawrenceostlere menggabungkan semua klip video tersebut dan memuat naiknya di laman media sosial miliknya.

“Saya baru belajar secara lebih mendalam tentang bagaimana untuk menjadi seorang pemain central midfielder hanya dari rakaman berdurasi dua minit ini sahaja berbanding menghabiskan masa seumur hidup saya mendengar bebelan semua pundit dalam dunia bola sepak.”

Tulis beliau.

“Siaran TV bakal menjadi lebih kaya andai Roy Keane, contohnya memberitahu kami tentang bagaimana dia bermain dan mengajar dari segi teknikal dan skills berbanding hal lain.”

Carrick telah membicarakan tentang masa lalu dan tentang bagaimana beliau mempengaruhi permainan dari posisi dan peranan sebagai seorang holding midfielder itu.

“Andai kamu bermain di posisi holding di kawasan central three di bahagian midfield, kamu bakal berada di hadapan dua pemain centre-halves dan menghentikan serangan yang mencari pemain penyerang pasukan lawan.”

“Andai perlawanan di mainkan di tahap 100mph, jangan terikut dengan apa yang berlaku, positioning merupakan kunci segalanya. Andai kamu boleh mendapatkan bola dan memberi sokongan kepada penyerang maka teruskan, tapi pastikan kamu selalu sedar tentang di mana bahaya itu andai serangan kamu terbantut.”

“Andai mereka membuat serangan balas pantas, kamu seharusnya berada di posisi kamu secepat mungkin untuk membantu barisan pertahanan.”

Melihat kepada United yang sememangnya jelas mempunyai masalah di posisi defensive midfielder, jadi mungkin Carrick akan ada jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bahagian midfield United jelas sekali merupakan posisi paling bermasalah, dengan kebanyakan gol yang mereka bolosi berpunca dari kelemahan di posisi tengah.

Carrick sebelum ini sememangnya bekerja di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, mungkin khidmat beliau agak terbatas untuk lakukan sesuatu.

Kini selepas beliau sah dilantik sebagai pengurus sementara, mungkin Carrick bersama Fletcher boleh kongsi apa yang mereka tahu, untuk membantu pemain skuad setan merah perbaiki persembahan mereka di bahagian tengah.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carrick Umum Undur Diri Selepas Mencatatkan Rekod 'Unbeaten' Sebagai Pengurus Sementara