Jendela Perpindahan Chelsea: Analisis Pergerakan Keluar Masuk Pemain
Sepanjang jendela perpindahan nama kelab kesayangan ramai, Chelsea disebut hampir setiap hari.
Konsortium Todd Boehly-Clearlake telah mengambil pendekatan berbeza dalam 2 jendela perpindahan pertengahan musim pertamanya selepas mengambil alik kelab itu.
Pada Januari 2023, Chelsea berbelanja besar dengan membawa masuk 6 pemain termasuk pembelian berprofil tinggi Enzo Fernandez dan Mykhailo Mudryk dengan jumlah melebihi £170 juta. Namun pada tahun lalu, Chelsea tidak membuat sebarang pembelian, hanya memanggil pulang Cesare Casadei dari pinjaman di Leicester City.
Jadi, apa yang Chelsea lakukan pada kali ini? Jendela perpindahan kali ini sama seperti tahun sebelumnya. Chelsea tidak berbelanja.
Berjaya atau Gagal?
Keputusan yang dibuat sepanjang jendela perpindahan ini hanya akan dinilai pada akhir musim.
Chelsea lebih fokus untuk ‘membuang’ pemain berbanding membawa masuk muka baharu. Skuad Chelsea terlalu besar dan mengekalkan pemain yang tidak gembira boleh memberi kesan negatif kepada moral pasukan.
Sejak awal lagu Chelsea mengatakan mereka mahukan seorang pemain sayap dan penyerang tetapi tidak akan membayar harga yang melampau terutamanya apabila kebanyakan kelab tidak mahu menjual pemain utama mereka.
Chelsea telah membuat pertanyaan mengenai Alejandro Garnacho dari Manchester United namun tiada rundingan lanjut berlaku. Jika ada tawaran yang sesuai pada harga yang berpatutan, Chelsea akan bertindak. Jika tidak, mereka lebih menumpukan kepada perancangan perpindahan musim panas nanti dan kelab percaya mereka telah membuat kemajuan dalam hal ini.
Siapa yang Masuk dan Keluar?
Chelsea mengambil keputusan untuk memanggil pulang Trevoh Chalobah daripada pinjamannya di Crystal Palace. Keputusan itu dibuat selepas kecederaan hamstring yang dialami Wesley Fofana dan Benoit Badiashile. Langkah ini memberi perlindungan tambahan di bahagian pertahanan dengan pemain yang sudah biasa bermain dengan Chelsea dan Liga Perdana.
Selain itu, Chelsea menandatangani dua pemain muda berbakat yang berusia 19 tahun, Mamadou Sarr dan Mathis Amougou, sebagai pelaburan masa depan. Aaron Anselmino yang ditandatangani dari Boca Juniors musim panas lalu menyertai pasukan utama.
Untuk bahagian pemain keluar, Chelsea gagal menjual sebarang pemain. 5 pemain pasukan utama dipinjamkan ke kelab lain dan kelab melihatnya secara positif kerana pemain itu akan beraksi di kelab yang bersaing dalam Liga Juara-Juara. Mereka ialah Renato Veiga, Carney Chukwuemeka, Axel Disasi dan Joao Felix. Ben Chilwell pula menyertai Crystal Palace juga secara pinjaman. Harapan Chelsea, pemain-pemain ini akan kembali dengan prestasi lebih baik atau dijual secara tetap untuk menjana pendapatan.
Berapa Banyak yang Dibelanjakan dan Diperolehi oleh Chelsea?
Chelsea berjaya mencatat keuntungan dalam jendela perpindahan kali ini. Chelsea memperolehi wang hasil daripada penjualan Casadei ke Torino (€15 juta) berbanding jumlah yang dibayar kepada kelab parent club, Strasbourg untuk mendapatkan Sarr (€14 juta).
Chelsea juga meraih sekitar £15 juta dalam yuran pinjaman pemain. Hasil itu cukup untuk menampung pembelian Amougou yang berharga £12.5 juta. Bil gaji Chelsea telah dikurangkan dan kelab akan mendapat lebih banyak hasil apabila klausa jualan semula pemain-pemain tertentu diaktifkan.
Adakah Chelsea Kehilangan Pemain Penting?
Enzo Maresca sebenarnya tidak mahu kehilangan Casadei atau Veiga tetapi pemain ini mahukan lebih banyak minit permainan dalam kesebelasan utama. Veiga merupakan pemain serba boleh yang boleh beraksi di posisi bek tengah, bek kiri dan tengah bertahan. kehilangan Viega mungkin dirasai apabila Liga Konferensi Eropah bersambung pada bulan Mac nanti.
Adakah Masih Ada Kekurangan dalam Pasukan?
Kegigihan Chelsea untuk mendapatkan pemain sayap dan penyerang baru menunjukkan mereka masih memerlukan penambahbaikan di posisi tersebut. Nicolas Jackson kini dalam kemarau jaringan terpanjangnya di kelab (8 perlawanan tanpa gol) manakala Mykhailo Mudryk digantung kerana gagal ujian doping. Pemain muda berusia 19 tahun, Tyrique George terpaksa mengambil alih peranan itu.
Bahagian tengah juga menjadi kebimbangan Chelsea selepas Romeo Lavia mengalami masalah kecergasan. Chelsea kini terlalu bergantung kepada Moises Caicedo untuk sentiasa kekal cergas.
Di posisi penjaga gol, Robert Sanchez dan Filip Jorgensen masih belum meyakinkan penyokongnya tetapi Chelsea sudah mengikat penjaga gol muda berbakat, Mike Penders dari Genk. Dia akan menyertai kelab pada musim panas nanti.
Adakah Chelsea Cukup Kuat untuk Mencapai Sasarannya Musim Ini?
Chelsea kehilangan sedikit squad depth tetapi dari sudut lain Maresca kini mempunyai pasukan yang lebih mudah diurus tanpa terlalu ramai pemain yang tidak berpuas hati.
Tanggungjawab kini banyak berada di bahu Cole Palmer namun dia telah menunjukkan kemampuannya sejak 18 bulan lalu. Jika dia terus menyumbang dalam serangan, Chelsea masih boleh optimis untuk bersaing mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara serta mencuba untuk menjuarai Piala FA atau Liga Konferensi Eropah.
Adakah Chelsea Akan Berbelanja Besar pada Musim Panas?
Ya. Kelayakan ke Liga Juara-Juara akan membantu menambah dana kelab. Model perniagaan Chelsea sejak kebelakangan ini banyak bergantung kepada hasil jualan pemain untuk membiayai pembelian baharu. Musim panas akan datang tidak akan berbeza.
Keutamaan Chelsea untuk Musim Panas?
Pemain sayap dan penyerang kekal menjadi sasaran utama.
Senarai Perpindahan
Masuk:
- Mamadou Sarr (€14 juta/ Strasbourg)
- Mathis Amougou (£12.5 juta/Saint-Etienne)
- Aaron Anselmino (dipanggil balik/Boca Juniors)
- Trevoh Chalobah (dipanggil balik/Crystal Palace)
Keluar:
- Cesare Casadei (€15 juta/Torino)
- Ben Chilwell (pinjaman/Crystal Palace)
- Renato Veiga (pinjaman/Juventus)
- Carney Chukwuemeka (pinjaman/Dortmund)
- Joao Felix (pinjaman/ACMilan)
- Axel Disasi (pinjaman/Aston Villa)