Analisis: Kecederaan ‘Subluxation Transfer Mechanism’ Origi, Satu Fakta Atau Mitos Semata-Mata?

Perlawanan Manchester United dan Liverpool tidak pernah lekang dari kontroversi. Terkini, ialah berkaitan dengan VAR.

Ramai di kalangan penyokong Liverpool, termasuk Jurgen Klopp berpendapat jaringan Marcus Rashford pada babak pertama perlawanan untuk United mendahului sebagai tidak sah.

Ini kerana pemain bintang dan hero Champions League mereka, Divock Origi dikasari oleh Victor Lindelof ketika build up perlawanan tersebut.

Anehnya, walau pun kaki sebelah kiri yang terkena sepakan minimal persis disapu dengan kapas dan bulu ayam, Origi tertunduk bergolek memegang kaki kanan sambil menahan kesakitan.

Tangkap layar karenah Origi itu turut menjadi tular dan dijadikan bahan oleh penyokong United untuk mengejek juara eropah itu.

Kemudian timbul satu teori kecederaan tersebut adalah disebabkan oleh ‘subluxation transfer mechanism’.

Antara penjelasan mengenai kecederaan tersebut adalah kecederaan di kaki kanan Origi adalah disebabkan tekanan dan impak yang diterima dari kaki kiri beliau.

Benarkah dakwaan ini?

Adakah ini benar?

Hasil carian kami mendapati perkara itu tidak benar. Subluxation merujuk kepada kecederaan ligamen akibat terseliuh. 

Tiada dinyatakan kecederaan tersebut bersifat penduduk nomad dan boleh berpindah randah. Ini bermakna jika benar Origi mengalami kecederaan tersebut, ini kerana Origi terlalu ‘over’ untuk berguling untuk mendapat perhatian bahawa dirinya dikasari.

https://twitter.com/function2fitnes/status/1160173963366060033

Perkara tersebut akhirnya mamakan diri kerana serangan balas pasukan No.14 liga berjaya mendahului juara eropah sebanyak enam kali itu dalam perlawanan ini.

Jika anda melakukan carian di media sosial, anda juga tidak akan menjumpai dakwaan sedemikian. Ini bermakna teori ini hanya wujud di kalangan penyokong Liverpool dan Manchester United di negara ini.

Hasil carian kami juga, teori mengarut ini sebenarnya berasal dari gurauan sesama rakan MU-Liverpool. Bagaimana ia menjadi tular dan dipercayai oleh ramai masih menjadi tanda tanya.

Mungkinkah kerana ianya mengandungi sedikit terma Bahasa Inggeris lantas ia diterima sebagai kajian perubatan yang sah? Cubit paha kiri, paha kanan pun sakit?

Baca Juga

Baca Juga