Analisis Prestasi Pemain Barcelona Musim 05/06 Oleh Mourinho Sangat Menakjubkan

Scouting Report bagi menganalisis prestasi pemain Barcelona untuk musim 2005/06 yang telah dilakukan oleh Jose Mourinho telah didedahkan dan laporan itu sangat menakjubkan.

Untuk menyediakan laporan analisis prestasi pemain itu, Jose Mourinho telah berganding bahu bersama Andre Villas-Boas yang bertindak selaku pembantunya pada ketika itu.

Pada musim 2005/06, Jose Mourinho terkenal dengan panggilan the special one telah menjadi pengurus pasukan Chelsea yang bangkit untuk menjadi pasukan gergasi.

Analisis prestasi pemain di padang yang dilakukan oleh Jose Mourinho dan Andre Villas-Boas ini sangat penting untuk menjadi rujukan buat pengurus.

Kelebihan dan kekuatan yang ada pada pemain akan digunakan serta dimanfaat sepenuhnya manakala kekurangan pula akan diperbaiki.

Antara analisis prestasi pemain Barcelona yang dilakukan oleh Mourinho dan Villa-Boas adalah Carles Puyol, Andreas Iniesta, Ronaldinho dan Lionel Messi.

Carles Puyol

Pada musim 05/06 Carles Puyol baru berusia 28 tahun yang merupakan umur kemuncak bagi seorang pemain bola sepak dan Puyol ketika ini sudah menjadi pemain tonggak Barcelona.

Mula memasuki skuad utama Barcelona pada 1999 dan dilantik sebagai ketua pasukan pada musim 2003/04 selepas Luis Enrique bersara.

Walaupun sudah menjadi ketua pasukan dan pemain utama, Puyol tidak terlepas daripada analisis untuk penambahbaikan prestasi.

Analisis Jose Mourinho dan Andre Villas-Boas:

1. Agresif tetapi sangat beremosi. Boleh naik gila dengan pengadil jika dihukum selepas melakukan kekasaran dan akan naik angin bila ada provokasi.

2. Seorang pemain pertahanan yang agresif. Permainan yang dijangka akan menggunakan badan.

3. Teruk untuk kekal dalam posisi(pergi ke tengah bersama penyerang) dan mempunyai kepimpinan yang teruk ketika bertahan(Nak buat offside manjang walaupun tidak perlu).

4. Mempunyai keupayaan menanduk yang bagus dan berkuasa.

Andreas Iniesta

Andreas Iniesta tidak boleh lagi dipertikaikan lagi permainan beliau yang mampu menjadi jeneral ditengah padang bagi merencanakan serangan.

Walalupun bersaiz kecil, itu tidak menjadi masalah bagi Iniesta yang sangat bijak.

Musim 2005/06 Iniesta mula mendapat peluang bermula dari kesebelasan utama kerana kecederaan yang dialami Xavi Hernandes.

Analisis Jose Mourinho dan Andre Villas-Boas:

1. Selalu masuk dari bangku simpanan. Seorang pemain yang dinamik. Sangat bagus dengan visi yang tinggi.

2. Pergerakan yang laju dan juga pantas dalam membuat keputusan. Pemain yang licik.

Ronaldinho

Ronaldinho pemain yang sangat berbakat dan menghiburkan yang pernah wujud dalam dunia bola sepak dan pada musim 2005/06, Ronadinho berada di puncak prestasi.

Kelincahan, kelicikan dan helah yang sangat mengelirukan merupakan kelebihan yang ada pada Ronaldinho.

Analisis Jose Mourinho dan Andre Villas-Boas:

1. Mempunyai kualiti teknikal untuk lari dari pertahanan dengan sentuhan pertama bila menerima bola dan akan menyerang full-back dalan situasi 1 vs 1(Dalam kotak rembat atau luar kotak cross).

2. Lebih merbahaya apabila menyerang ruang antara garisa kotak penalti, dari kedudukan itu akan memaksa pertahanan tengah lawan keluar. Hantaran akan dilepaskan kepada Messi, Eto’o atau pemain tengah.

3. Sangat lemah untuk turun bertahan dan membuat kerja bertahan. Boleh digeksploitasi.

4. Penipu yang setia dan mudah jatuh.

Lionel Messi

Lionel Messi pada ketika ini merupakan pemain terbaik dunia dan pada musim 2005/06 Messi sedang menimba ilmu untuk menguasai dunia.

Ronaldinho merupakan tuan guru Messi di Barcelona selepas mula memecah masuk ke skuad utama Barcelona pada tahun 2004.

Ternyata Messi lebih baik berbanding tuan guru kerana mempunyai disiplin yang lebih tinggi. Sesuatu yang sukar dilakukan tuan guru.

Analisis Jose Mourinho dan Andre Villas-Boas:

1. Kualiti + kelajuan. Tetapi sangat bergantung kepada kaki kiri.

2. Perlakuan yang sama seperti Ronaldinho. Menyerang ruang tengah antara garisan kotak penalti atau dari tepi padang.

3. Menggalakan kemaraan pasukan ke depan dengan membawa bola.

4. Sangat menakjubkan dalam situasi 1 vs 1. Jika ada pilihan untuk mengasari Messi sangat penting untuk melakukannya di luar kota kotak dan secepat mungkin.

5. Telah pulih daripada kecederaan.

BACA:  Martial & Valencia Jadi Mangsa Kritikan Terbaru Mourinho